Milo Si Kucing mixed Persian & DLH

Selepas seminggu bersedih selepas kehilangan Rocky, anak kembali ceria selepas diganti dengan seekor anak kucing yang sangat comel diberi nama Milo.

Iye Milo sempena air milo. Hahaa..
Disebabkan warna bulunya yang coklat cair seakan milo ais.

Milo seekor anak kucing jantan berusia 2 bulan. Sengaja saya carikan anak kucing agar mudah diajar dan sifatnya yang suka bermain. Dapatlah menghiburkan kami sekeluarga.

Milo merupakan hasil kacukan kucing Persian (ibu) dan DLH (bapa). Diharapkan sifat jinak ibunya melekat pada Si Milo ni sebab orang cakap kucing Persian suka dibelai.

Risiko yang perlu diambil kira bila pelihara kucing kacukan ni, sifatnya akan berbagai mengikut jenis baka asalnya. Hahaa..bayangkan kalau dah 4 5 jenis dicampur.



Setakat ni (2 hari bela), Si Milo ni kuat makan (berselera) dan kuat main (1 jam non-stop).
Tapi yang tak tahan cam jaga baby..berenggang sikit menangis. nak buang air pun menangis. aduhhai..

2 comments:

  1. Alahi sedihnya kenapa Rocky mati.

    Mrs. A pun baharu kematian si Damak yang manja dan kuat main jugak bila tengok video-video Damak mesti meleleh air mata huwaaaa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rocky lari dari rumah Mrs. A. huhuu..

      Padam

Thanks for your comment.