Panic Buying trend baru dunia kesan Covid-19

Panic Buying (Pembelian panik) mengikut wikipedia bermaksud membeli produk dalam kuantiti yang banyak melangkaui keadaan normal disebabkan oleh bencana, kenaikan atau penurunan harga.
Macam tu lah kurang lebih maksudnya bila pandai-pandai translate. hahaa..
Baca sendiri di wikipedia : Panic buying.

Tapi kalau mengikut pemahaman saya selama ni pembeliaan panik ni lebih kepada keadaan pembelian secara tergesa-gesa. Huhuu..

Bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara-negara besar turut terjadi pembelian panik sehingga pasaraya kehabisan stok barang keperluan. Gara-gara Covid-19, semua orang menjadi panik dan paranoid.

Beberapa hari lepas saya menonton video kejadian perebutan tisu tandas di pasaraya dan kejadian berlaku di luar negara. Datuk Lee Chong Wei juga turut berkongsi pengalaman yang sama apabila terserempak seseorang membeli tisu tandas dalam kuantiti yang banyak ketika keluar membeli keperluan untuk keluarganya.
Malangnya tempoh sekatan 14 hari ini akan menjadi hari pembelian panik yang berulang-ulang bagi ketua keluarga yang keluar membeli barang keperluan. Hahaa..

Pembelian panik dah jadi satu cerita yang sudah lepas bagi rakyat Malaysia. Apa yang saya mahu ketengahkan ialah tindakan selepas pembelian dibuat. Mungkin ada yang beranggapan apabila kita sudah terlebih beli, bahan mentah terutamanya maka kita kena masak banyak-banyak macam bulan puasa. Bak kata pepatah "alah membeli menang memakai" diubahsuai sikit menjadi "panik membeli, menang memasak".

Seharusnya kita mengambil langkah berjimat cermat kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan dilalui seminggu atau dua minggu dari sekarang. Ya, mungkin anda mempunyai kewangan yang kukuh, risiko ketiadaan sumber perlu diambilkira. Bagi yang kurang bernasib baik, risiko kehabisan duit belanja harus dititikberatkan sekiranya tempoh dilanjutkan.

Dengan situasi sekarang, segelintir rakyat Malaysia masih mementingkan diri sendiri dan degil tidak mengikut arahan kawalan pergerakan malahan dengan sombong memperlekehkan usaha kerajaan ini. Gelombang ketiga Covid-19 kemungkinan besar akan menjadi bencana yang maha dahsyat. Bukan mahu menakut-nakutkan, namun inilah yang akan kita hadapi melihat kepada keadaan sekarang..

Semoga Covid-19 cepat berlalu pergi..usah ditroll segmen Menteri Kesihatan yang diwawancara satu stesen televisyen. Perbuatan tu tak baik..

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.