Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 Gagal

Ya perintah kawalan pergerakan Covid-19 berkemungkinan besar akan gagal. Malahan lebih teruk, perintah darurat akan dilaksanakan. Kenapa??

SIKAP
Harini 20 Mac 2020 merupakan hari ketiga penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ekoran penularan Covid-19. Selepas 2 hari perlaksanaan perintah ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang terus tidak mengendahkannya.

Apa yang menyedihkan, masih ada lagi yang cuba mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga seperti hari kebiasaan. Kononnya, bila semua orang di rumah, kita boleh gunakan peluang ini. Apa yang kamu semua fikirkan?? Kami seolah memperolok-olokkan perintah kerajaan.


Gambar di atas merupakan salah satu dari pelanggaran yang telah dibuat sebagai bukti..

Terasa amat sayu mendengar ucapan Yang Berhormat Perdana Menteri pada malam 18 Mac 2020, merayu agar semua pihak bersabar dan mengikut perintah yang telah dikeluarkan.
Pendekatan yang amat lembut ini seolah dipandang sepi oleh segelintir rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri. 

Untuk pengetahuan semua, pihak kerajaan boleh ja mengerahkan ATM untuk mengambil alih tugas memastikan pematuhan kepada perintah.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau hanya menunggu perintah rasmi.



Belum lagi ditambah jemaah tabligh yang mengikuti ijtimak di Masjid Seri Petaling belum melakukan pemeriksaan. Harian Metro melaporkan masih terdapat lebih 4,000 peserta yang belum membuat pemeriksaan. 4,000 jemaah tabligh belum serah diri [METROTV].
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/556443/4000-jemaah-tabligh-belum-serah-diri-metrotv

Kepada peserta ijtimak, tolonglah berikan kerjasama..sikap anda tidak mencerminkan sikap seorang muslim yang baik dan hanya memburukkan nama baik jemaah secara keseluruhannya.

Mohon semua ikut perintah ini..

Update : jumlah yang telah membuat pemeriksaan.


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.