Permintaan Roti Gardenia meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Selepas enam hari perlaksanaan perintah kawalan pergerakan, rak-rak roti dikedai runcit mulai kosong. Menurut pengusaha kedai runcit berhampiran rumah saya, bekalan roti sudah beberapa hari tidak dihantar.

Ini merupakan fenomena baru yang ditempuhi rakyat Malaysia yang sudah mula beralih ke menu yang berasaskan roti. Masakan tidak, terdapat cookpad telah menyenaraikan sehingga 89 resepi roti gardenia yang sedap dan mudah.
Pautan : https://cookpad.com/my/search/roti%20gardenia

Laman web SirapLimau turut berkongsi 10 Resepi Paling Mudah & Lazat Guna Lebihan Roti Gardenia. Anda mungkin tidak percaya kalau saya katakan entri tersebut telah dikongsi sebanyak 13.1k.
Pautan : https://siraplimau.com/resepi-roti-gardenia-pizza/

Page Facebook Aneka Resepi Kuih Muih turut berkongsi cara membuat Pizza Roti Gardenia. Sedap pulak bila tengok gambarnya.huhuu..
Pautan : https://www.facebook.com/1712103592368601/posts/pizza-roti-gardeniabahan-bahan-roti-gardeniakejusosej-dicelurcendawan-potong-kec/2059188130993477/

Sejujurnya bagi saya roti Gardenia sememangnya mempunyai tarikan tersendiri dan tidak pelik jika mendapat sambutan luarbiasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Sejak beberapa hari kebelakangan, netizen (internet citizen) sudah mula posting gambar roti Gardenia, sudah kemaruk barangkali. Hahaa..

Pihak pengurusan Gardenia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa penghantara Gardenia akan dibuat seperti biasa dan kadar pengeluaran akan ditingkatkan kepada tahap maksimum untuk memenuhi permintaan.




Rindu roti Wholemeal hijau....

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.