Persatuan Seniman Malaysia cadang bantuan khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia (COVIDSENI-2020)

Berbagai-bagai isu timbul ekoran Covid-19 sehingga kadang-kadang menyesakkan kepala. 
Terkadang terfikir juga mungkin bila sudah menghampiri fasa kedua PKP (1 April - 14 April),  telah berlaku serba sedikit perubahan pada cara kita berfikir, tahap emosi dan juga tindakan kita (sedar /tidak sedar). Depression?? Mungkin..

Beberapa hari yang lepas usaha murni seorang pendakwah terkenal membantu para frontliner dalam menyediakan kelengkapan sepanjang PKP telah disindir oleh gologan ustaz sendiri. Beliau akaui sedikit terkesan dan mengambil inisiatif memohon maaf secara terbuka tanpa mendedahkan nama individu terbabit, namun netizen telah berjaya membongkar "individu" berkenaan dan sudah mula ditularkan di laman facebook.

Terbaru beberapa artis telah tampil dengan meminta kerajaan mempertimbangkan bantuan yang bersesuaian kepada rakan artis yang memerlukan. Ia menjadi perdebatan hangat di antara netizen dan artis-artis tersebut dan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh salah faham. Terdapat juga artis yang lain telah mengulas lanjut isu berkenaan di laman istagram dan ada juga yang turut menyindir (troll).

Mengikut kefahaman dan pengalaman saya, kadang-kadang apa yang kita tulis adalah mengikut kefahaman dan situasi kita berkemungkinan akan disalahertikan / disalahtafsir oleh orang yang membaca disebabkan oleh susunan ayat dan gaya bahasa. Saya juga kerap berselisih dengan wife bila berhubung menggunakan aplikasi whatsapp. Jadi saya mengambil keputusan tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam hal ini.

Dalam kekecohan tersebut tular pula cadangan bantuan khas Seniman (Persatuan Seniman Malaysia) kepada pihak kerajaan. Seakan menyiram minyak, isu ini menjadi bertambah hangat kerana netizen mula mempersoalkan kenapa golongan artis perlu diberi keistimewaan sedangkan ramai golongan yang lebih memerlukan bantuan seperti fakir miskin, gelandangan, ibu tunggal dan sebagainya sepanjang PKP ni.

Presiden Seniman telah mengulas lanjut berkenaan isu cadangan bantuan dan disiarkan di laman web myMetro. "Itu hanya cadangan awal Seniman" - Zed Zaidi

Di antara komen beliau.


“Ini salah satu inisiatif karyawan seni yang dibuat mengikut saluran yang betul, merangkumi proses dan prosedurnya.

“Cuma, ketika itu kerajaan belum memperkenalkan lagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

“Kami juga akur apabila PM meletakkan golongan artis dalam kategori B40 dan M40.”

“Pihak warganet sebenarnya tidak faham istilah penggiat seni. Ia bukan sahaja merangkumi artis tapi turut membabitkan tenaga kerja produksi, mekap artis dan sebagainya,”

Sebenarnya pihak kerajaan telah meletakkan artis, penyanyi dan karyawan telah diletak dalam kategori B40 dan M40 dan apa yang perlu mereka lakukan adalah memohon di laman web Bantuan Sara Hidup LHDN.

Saya percaya terdapat ramai artis Malaysia yang sudah pun berada di T20.



Untuk tuntutan yang selebihnya, tunggulah masa yang sesuai seperti semasa pembentangan bajet, etc...

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.