Premis LHDNM ditutup sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Dalam kesibukan menghadapi Covid-19, jangan lupa bayar cukai pendapatan ya. Walaupun LHDNM telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan penutupan premisnya sepanjang perintah kawalan pergerakan, anda boleh ja buat di laman web secara e-filing.


Saya baru ja buat minggu lepas, dari tak buat apa-apa kat umah boleh juga mengisi masa lapang. Kepada yang pertama kali menggunakan perkhidmatan atas talian, jangan risau kerana pihak LHDN telah menyediakan manual lengkap cara mengisi borang.

Pastikan anda menggunakan sepenuhnya setiap pelepasan yang telah diberi seperti tuntutan pelepasan bagi ibu bapa yang telah berusia lebih 60 tahun dengan nilai maksimum RM1,500 seorang. Sekiranya lebih dari seorang pembayar cukai yang menuntut, maka jumlahnya akan dibahagi sama rata. Tahun ni, saya bagi adik saya menuntut kesemua jumlah yang diperuntukkan. Sekali sekala beralah. hahaa..



Saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada pembayar-pembayar cukai, sila simpan kesemua resit tuntutan pelepasan dalam fail elok-elok untuk mengelakkan kesulitan di masa depan. Kenapa??

Pihak LHDN akan membuat audit secara rambang dan anda mungkin akan dihubungi dan perlu mengemukakan kesemua bukti tuntutan pelepasan.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.