Rebusan Bawang Putih Penawar Covid-19??

Tular kebelakangan ni di laman sosial facebook mahupun whatsapp group bawang putih mampu menyembuhkan Covid-19. Terdahulu turut tular dakwaan kononnya menu ikan singgang yang popular di negeri sebelah Pantai Timur mampu menyembuhkan Covid-19.

Namun begitu, saya mengambil pendekatan tidak terus menghukum salah atau betul tentang ni kerana saya berpendapat selagi tiada kajian terperinci yang telah dibuat oleh pihak yang berwajib dan mengesahkan keputusannya. Maka kita menganggap ini sebagai salah satu ikhtiar.

Astro Awani turut mengulas dengan terperinci dalam posting bertajuk Bawang putih sebagai penawar? Ini mitos tentang COVID-19 yang perlu anda tahu.
Pautan : http://www.astroawani.com/gaya-hidup/bawang-putih-sebagai-penawar-ini-mitos-tentang-covid-19-yang-perlu-anda-tahu-233233
Turut disertakan beberapa mitos-mitos mengenai COVID-19 yang disebarkan warganet seperti:
1- ‘Mineral ajaib’
2- Resipi gel pembasmi kuman buatan sendiri
3- Minum air setiap 15 minit
4- Pilih suhu panas

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberikan saranan dalam menghadapi dugaan Covid-19 dalam BAYAN LINNAS SIRI KE - 224: COVID-19: SARANAN KAMI.
Pautan : https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/4295-bayan-linnas-siri-ke-224-covid-19-saranan-kami
Maklumat terperinci berkenaan Covid-19 turut disertakan seperti takrif, keluarga virus, sejarah, kronologi, gejala, statisktik, dan fatwa-fatwa berkaitan.

Terdapat beberapa doa yang telah diijazahkan oleh beberapa ustaz untu diamalkan agar dijauhi dari bencana virus Covid-19. Saya kongsikan di sini agar dapat diamalkan dan sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada rukun iman yang keenam. Sedikit ulangkaji, rukun Iman 6 perkara;
1- Percaya kepada Allah
2- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
3- Percaya kepada Kitab-Kitab
4- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
5- Percaya kepada Hari Akhirat
6- Percaya kepada Qada' dan Qadar


Maksud yang terperinci berkenaan rukun iman yang keenam boleh dibaca di sini untuk kefahaman yang lebih mendalam. IRSYAD AL-FATWA KE-2: MAKSUD QADA' & QADAR
Pautan : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2011-2




Kita berdoa agar dilindungi dan berusaha melindungi diri dan selebihnya berserah kepada Qada' dan Qadar Allah...
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.