Siapa berisiko tinggi dijangkiti Covid-19

Perkongsian Prof Dr. Azreen Shahril Adnan di platform laman sosial facebook dan beliau meminta agar perkongsiannya dipanjangkan kepada umum. Saya mengambil inisiatif berkongsi di blog ini agar sampai kepada golongan sasaran.


COVID 19 - Siapa Yang Berisiko Tinggi

Covid-19 adalah virus baru, "novel virus" banyak perkara yang masih belum diketahui tentang virus ini. Apabila banyak perkara yang tidak diketahui maka kaedah perawatan, kaedah pencegahan menjadi lebih kompleks.

Kita sedang mengharungi situasi yang sangat mencabar, dan kita perlu tenang dan sistematik serta 'lebih precautious' dalam menghadapi situasi ini. "being panic" do not help, "just follow instructions from the authority"

Sedar atau tidak kita sedang diuji dengan jati diri, prinsip diri kita sendiri dan disiplin.



1. Berlaku jujur dan ikhlas
Adakah kita jujur dengan diri kita sendiri ?, adalah kita telah menjalankan tanggungjawab memberikan maklumat kesihatan/perjalanan sejujur dan seikhlas mungkin kepada perawat?

Sedarkah kita dengan ketidakjujuran dan ketidak ikhlasan kita ramai akan sakit dan mungkin berakhir dengan kematian??

2. Disiplin
Sudah tiba masanya kita berdisiplin demi nyawa kita sendiri, nyawa keluarga kita, saudara mara kita, orang tua kita..
Mengingkari perintah kawalan pergerakan adalah contoh jelas tidak berdisiplin. Penjawat awam seperti polis dan tentera terpaksa dikerah untuk mendisiplinkan kita, jelas menggambarkan kita memerlukan orang lain untuk mendisiplinkan diri kita semata-mata untuk menyelamatkan nyawa kita sendiri.

Kegagalan kita mematuhi saranan kerajaan bermakna kita sendiri menempah maut

3. Prinsip diri kita
Ingin membantu atau tidak, jika prinsip hidup kita untuk membantu orang yang susah (pesakit) atau menghalang dari menjangkiti orang lain, sepatutnya kita sudah sedia maklum apa yang perlu dilakukan. Dan memahami sendiri kenapa kita perlu "berkurung" dalam rumah, guna hand sanitizers, pakai topeng muka ..

Tapi kalau prinsip kita tidak pedulikan orang lain? atau anggap orang lain tidak penting dan nasihat mereka tidak bermakna pada kita?, rasanya masalah Covid akan menjadi lebih "Complicated" untuk diselesaikan akibat "kedegilan"kita untuk memahami masalah ini.

Matlamat kita sekarang adalah untuk "Flatten the curve"


"Break the chain - You Can Do It!"


Siapa Yang Berisiko Tinggi - Sambungan

1. Pesakit Kronik
Pesakit diabetes, darah tinggi, asma, kanser, lemah jantung, pesakit CKD, pesakit hemodialysis dan byk lagi.. semua pesakit yang mempunyai masalah kronik kesihatan terdedah kepada masalah covid-19, dan kemungkinan tinggi untuk kematian..

2. Orang tua
Orang tua yang berumur 65 tahun ke atas, umum mengetahui sistem pertahanan badan atau imun yang lemah sangat terdedah kepada jangkitan kuman.. sila elakkan daripada menziarahi mereka buat masa ini..

3. Kanak-kanak dan bayi
Kanak-kanak dan bayi adalah golongan yang berisiko akibat sistem pertahanan badan yang belum matang. Mereka memerlukan perhatian yang lebih dan rapi.



Setakat ini kajian masih berjalan dalam mengenalpasti demografi golongan berisiko, walaubagaimanapun saya berpendapat dengan virus baru seperti Covid kita sepatutnya "overprecautious" dari mengambil langkah-langkah seperti yang biasa dilakukan apabila mengahadapi virus lain yang pernah kita hadapi.
Share on Google Plus

About simiey

Penulis merupakan seorang blogger separuh masa dan berminat untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan,kemahiran serta cerita-cerita menarik dengan masyarakat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.