28 Mac 2020

Sijil kompetensi AGTES dilanjutkan 90 hari lepas Perintah Kawalan Pergerakan

Terbaru Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengeluarkan notis awam dan ditujukan khas kepada orang yang kompeten (Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan - AGTES sahaja) yang berdaftar dengan JKKP.

Mana-mana AGTES yang tarikh sah laku sijil kompetensinya tamat semasa PKP dianggap dilanjutkan secara automatik sehingga 90 hari daripada tarikh akhir PKP.

Semoga dengan keluarnya notis ini dapat memberikan kelegaan kepada pemegang sijil kompensi AGTES yang berkaitan.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.