• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Pendaftaran Program Saringan Prihatin PERKESO (SOCSO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO / SOCSO) telah memulakan satu program yang dipanggil Program Saringan Prihatin (PSP) iaitu proses saringan Covid-19 bagi pekerja-pekerja termasuk pekerja asing yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web PERKESO dengan menggunakan nombor kad pengenalan pekerja atau nombor keselamatan sosial pekerja asing (KSPA) bagi pekerja asing. Program PSP PERKESO akan dilaksanakan secara berperingkat dan bagi Peringkat Pertama (bermula 27 April 2020), proses saringan akan disediakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan yang dilantik.

Pautan : https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/prihatin-screening-programme



Sebelum memulakan proses pendaftaran dan anda membuat pendaftaran sendiri, pastikan anda mendapatkan nombor PERKESO pekerja dan nombor kelulusan MITI daripada majikan anda. Terdapat sesetengah majikan yang mengambil inisiatif membantu para pekerja membuat pendaftaran (bersama-sama).



Anda boleh terus mendaftar dengan mengklik pautan di atas atau dengan mengklik Icon PERMOHONAN & SEMAKAN pada Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO di laman web PERKESO.
Pautan : https://prihatin.perkeso.gov.my/

Setelah selesai proses pendaftaran, satu email akan dihantar ke alamat email anda. Anda dikehendaki mengklik pautan pada email tersebut bagi tujuan pengesahan.




Seterusnya anda sudah boleh login dan perlu memberikan maklumat pendaftara kepada majikan bagi tindakan selanjutnya. Proses saringan Covid-19 di bawah program PSP PERKESO ini adalah PERCUMA bagi majikan yang berdaftar dengan PERKESO.




Begitulah ceritanya..

Laporan Harian Program Pencegahan Wabak Covid-19 di tempat kerja JKKP



::: UPDATE :::


Terdapat perubahan pada cara pelaporan. Mulai 20 Mei 2020 laporan harian perlu dihantar melalui laman web MITI.
Sila rujuk pada entri terbaru saya
Laporan Harian Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) V2.0
Pautan : https://www.simiey.info/2020/05/laporan-harian-prosedur-operasi.html


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Laporan Harian SOP Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat Dalam Tempoh PKP

Laporan ini bertujuan untuk mendapatkan status pematuhan Syarat Kebenaran Beroperasi dan pergerakan pekerja bagi syarikat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyelaras Langkah-Langkah Pencegahan Penularan Wabak COVID-19 yang dilantik oleh majikan di tempat kerja bertanggungjawab untuk melengkapkan laporan ini dan mengemukakannya SETIAP HARI.


Laporan ini perlu diisi:
    i. bagi SETIAP tempat kerja yang membuat permohonan melalui CIMS 2.0 MITI dan diluluskan untuk beroperasi.
    ii. hanya 1 laporan per hari per tempat kerja.
    iii. laporan harian perlu dikemukakan jika terdapat pekerja bertugas di tempat kerja (walaupun seorang pekerja).

Pelaporan harian berkuatkuasa daripada tarikh 24 April 2020 atau tarikh kelulusan yang diperolehi daripada CIMS 2.0 yang mana terkemudian.

Cara melaporkan adalah dengan melayari laman web rasmi JKKP dan mengklik pada pautan : http://survey.dosh.gov.my/laporanhariancovid19/


Semua soalan survey mesti dijawab dan pastikan anda memuat turun satu salinan disimpan untuk rujukan.



Begitulah ceritanya....


Update : Klik "Open it directly" yer kalau keluar notifikasi camni masa klik link kat atas.                Ini sebenarnya bagi tujuan pemeriksaan sekuriti bila anda klik link keluar dari  
              blog ini.



Selepas pelaksanaan PKPB, soalan - soalan yang perlu dijawab telah dikurangkan daripada 53 ke 27 soalan.

Cara cek dan bayar bil elektrik sepanjang PKP

Terdahulu Tenaga Nasional Malaysia (TNB) telah menyumbang sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu menambah bekalan perubatan yang semakin berkurangan, terutama di institusi perubatan dan kesihatan negara yang menjadi barisan hadapan negara dalam menangani koronavirus baharu (Covid-19).

Tambahan sumbangan RM10 juta telah diluluskan dan akan disalurkan ke beberapa hospital lain di seluruh negara. TNB turut menyediakan sumbangan tambahan berjumlah RM150 juta bagi menyokong usaha terbaru kerajaan membantu rakyat menerusi pemberian rebat elektrik berperingkat.

Hampir 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menerima rebat 15 hingga 50 peratus secara automatik bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan rebat tertinggi sebanyak 50 peratus diterima kumpulan B40.

Di bawah rebat berperingkat terbabit, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus, manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.


Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

TNB hulur sumbangan RM150 juta
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559364/tnb-hulur-sumbangan-rm150-juta

Sepanjang tempoh PKP, TNB tidak akan membuat bacaan meter dan penghantaran bil elektrik dari rumah ke rumah.

Jadi, cara untuk cek dan bayar bil menggunakan portal myTNB seperti yang telah dikongsi di says.com.


Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang PKP, Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online
Pautan : https://says.com/my/seismik/tiada-lagi-bil-elektrik-bercetak-sepanjang-pkp-ini-cara-anda-cek-bil-tnb-secara-online


Cara kedua adalah dengan menggunakan aplikasi myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apple App Store. 



Cara ketiga adalah dengan bertanya terus kepada admin laman page TNB Careline.
Disarankan kepada yang mempunyai kesulitan untuk menggunakan cara pertama dan kedua.
TNB Careline
Pautan : https://www.facebook.com/TNBCareline/

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan
secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB
berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April

hingga 30 September 2020. 

Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara
automatik seperti jadual di bawah: 
Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.
Contoh : Sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.


DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BERIKUTAN PENULARAN WABAK COVID-19

Berkenaan dengan cara pembayaran. Anda boleg membuat pembayaran terus melalui portal atau aplikasi myTNB. Pilihan lain seperti pembayaran melalui website akaun (pembayaran bil atas talian & JOMPay) dan terbaru menggunakan aplikasi e-wallet.
Begitulah ceritanya....

Masak apa tak jadi hari ni

Sebelum ni saya pernah berkongsi page saudara Santesh Kumar yang memuatnaik filem tamil pendek yang dialihsuara ke Bahasa Melayu. Memang tak kering gusi dibuatnya.
Pautan : https://www.simiey.info/2020/04/filem-tamil-alihsuara-santesh-cuit-hati.html

Sekiranya anda sedang mencari cara untuk release tension. Terdapat satu group facebook yang diberi nama Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Group ni baru dibuat pada 14 April 2020 dan hari ini ahlinya telah mencecah 150,000 orang ketika posting ni dibuat dan semakin bertambah dengan drastik. Wow..
Pautan : https://www.facebook.com/groups/940736506384223/



Berbeza dengan group atau page facebook yang mana ahlinya berkongsi masakan yang sempurna. Di Group ini, ahli-ahlinya berkongsi menu masakan yang tidak sempurna/ tidak menjadi. Anda pasti ketawa terkekek-kekek melihat beberapa gambar yang telah dikongsi.

Berikut antara gambar- gambar yang menarik perhatian saya. Sila join group tersebut sekiranya berminat.








Begitulah ceritanya...

25,000 orang banduan diberikan pengampunan

Apa yang dimaksudkan dengan penjara?
Berikut adalah definisi dan istilah kepenjaraan yang telah dikongsi di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia. 
Pautan : http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/soalan


PENJARA
Menahan banduan reman (unconvicted) menunggu perbicaraan di Mahkamah dan banduan sabitan (convicted) iaitu banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)
Menahan penghuni yang berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Kanak-Kanak.

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)
Menahan tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

PUSAT PEMULIHAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

TEMPAT TAHANAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015.

RUMAH PERANTARAAN JABATAN PENJARA
Rumah Perantaraan Jabatan Penjara digunakan untuk menempatkan bekas banduan dan Orang Diparol yang tiada tempat tinggal atau tidak diterima oleh keluarga. Penempatan sementara ini membolehkan bekas banduan meneruskan pemulihan di dalam masyarakat serta memperolehi peluang pekerjaan. Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara merupakan antara 50 inisiatif yang terkandung dalam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dalam Negara.

BANDUAN REMAN
Banduan yang ditahan di penjara menunggu perbicaraan di Mahkamah

BANDUAN SABITAN
Banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

BANDUAN HUKUMAN LAMA
Banduan yang menjalani hukuman penjara bagi suatu tempoh melebihi enam bulan.

BANDUAN HUKUMAN SINGKAT
Banduan yang menjalani suatu tempoh hukuman penjara kurang daripada enam bulan.

BANDUAN PERTAMA KALI
Ertinya seseorang banduan sabitan yang pertama kali dimasukkan ke dalam penjara.

BANDUAN BERULANG KALI
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulang kali masuk penjara.

BANDUAN MUDA
Terdiri daripada banduan sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.

BANDUAN DADAH
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan kes dadah.

PENGHUNI (KANAK-KANAK/JUVANA)
Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga bawah 18 tahun yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Kanak-Kanak dan mereka ini ditahan di Sekolah Henry Gurney.

ORANG TAHANAN (OT)
Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh Menteri Dalam Negeri atau Lembaga Pencegahan Jenayah atau Lembaga Pencegahan Keganasan.

BANDUAN AKHIR (BA)
Banduan yang dijatuhi hukuman mati.

BANDUAN SEUMUR HAYAT
Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

BANDUAN SEUMUR HIDUP
Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.

TAHANAN LIMPAH YANG DI-PERTUAN AGONG/ SULTAN/ YANG DI PERTUA NEGERI
Banduan yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh djatuhkan hukuman mati tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun atau didapati tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas telah mendapat pengampunan atau peringanan hukuman Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

ORANG DIPAROL (ODP)
Banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di luar penjara bersama masyarakat.

ORANG DISELIA (ODS)
Banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan di kem tentera atau tempat-tempat lain yang diluluskan.

PESALAH PERINTAH KEHADIRAN WAJIB
Pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah bagi menjalani kerja wajib untuk tempoh tertentu mengikut Akta Kehadiran Wajib 1954, yang diselia oleh pegawai penjara (pegawai parol)

Kebelakangan ini, beberapa negara telah mengambil langkah memberikan pengampunan kepada pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara dalam usaha mengurangkan kesesakan dan dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Terdahulu kira - kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 bakal diberikan pengampunan oleh kerajaan Chile selepas Mahkamah Persekutuan negara itu meluluskan undang-undang khas yang digubal oleh pentadbiran Presiden Sebastian Pinera.


Pengampunan itu diberikan bagi mengurangkan tekanan di penjara, yang mana menurut mahkamah agung, ia umpama “bom jangka” dengan kira-kira 42,000 banduan.
Chile beri pengampunan kepada 1,300 banduan 
Pautan : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/237713


Terkini, Myanmar membebaskan hampir 25,000 banduan bagi mengurangkan kesesakan penjara di tengah-tengah kebimbangan pelbagai pihak akibat penularan Covid-19.

Kenyataan Pejabat Presiden memaklumkan, pembebasan meliputi pelbagai penjara di seluruh negara itu sempena sambutan Tahun Baharu Myanmar.
Myanmar bebaskan 25,000 banduan
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/04/567801/myanmar-bebaskan-25000-banduan


Antara yang dibebaskan di penjara Insein. Foto AFP.

Bagaimana dengan Malaysia?
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah mencadangkan banduan untuk kesalahan tidak serius diberi pembebasan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara. Ia susulan permintaan Jabatan Penjara agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara bagi mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Permintaan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Zulkifli Omar menerusi surat kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Penjara sesak: Lim cadang banduan kesalahan tak serius dibebas awal
Pautan : https://www.malaysiakini.com/news/518868

Namun begitu pihak kerajaan telah mengadakan mensyuarat khas berkenaan isu ini dan keputusannya iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua pesalah yang akan ditempatkan di akademi penjara itu juga melalui prosedur operasi standard (SOP) seperti di penjara. SOP Jabatan Penjara Malaysia akan diguna pakai di premis yang diwartakan sebagai pusat tahanan sementara untuk pesalah menjalani hukuman sama seperti di penjara.
13 akademi penjara diwartakan pusat tahanan ingkar PKP
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/78996/BERITA/Nasional/13-akademi-penjara-akan-diwartakan-pusat-tahanan-ingkar-PKP

Begitulah ceritanya....


Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ya Allah...Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagian antara kami,
Agar kemesraan itu abadi,

Ya Allah...Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
dia bukan miliku,
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

gambar ehsan dari kartunhits.blogspot.com

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku senantiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segalanya....

Repost : 17 Apr 2020

Chef hasilkan menu makanan bertemakan Covid-19

Covid-19 jelas memberikan impak negatif yang sangat besar ke atas umat manusia di seluruh dunia. Sehingga kini, jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah hampir 1.8 juta manakala kes kematian meningkat lebih 109,000 orang.

Koronavirus (Covid-19) boleh membunuh lebih ramai individu berbanding jumlah korban ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang meragut lebih 77 juta nyawa.
Korban Covid-19 diramal melebihi mangsa Perang Dunia
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/78654/KHAS/Koronavirus/Korban-Covid-19-diramal-melebihi-mangsa-Perang-Dunia


Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat peningkatan pada bahan jualan berasaskan makanan ekoran inisiatif beberapa negara yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan malahan lebih tegas perintah berkurung.

Beberapa pengusaha makanan di beberapa negara telah mengambil inisiatif menghasilkan makanan bertemakan Covid-19 seperti bentuk virus itu sendiri serta isu yang berkaitan dengan Covid-19. Di samping dapat memberikan kesedaran dan mengenang peristiwa besar yang sedang dihadapi, usaha ini juga dapat meningkatkan jualan mereka.

Menu makanan berinspirasikan 'Corona'
Pautan : https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/selera/2020/04/676177/menu-makanan-berinspirasikan-corona

Di Hanoi, Vietnam - burger bertemakan coronavirus

Di Perancis – telur easter bertema coronavirus

Di Jerman – kek menyerupai tisu tandas

Di Amerika – donut papar wajah pakar penyakit berjangkit

Pesara ingkar PKP tiada bayaran pencen bulanan

Persaraan merupakan status seseorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya (kini dipanggil pesara). Ia biasanya berlaku disebabkan mencapai had umur. Ada juga persaraan yang disebabkan faktor lain seperti keadaan fizikal ataupun dengan pilihan.
Persaraan
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Persaraan


Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib boleh dibuat dengan melayari laman web Portal Pencen - JPA.
Pautan : http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html




Namun jika anda (pesara kerajaan) disabit kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membawa hukuman penjara walaupun sehari, maka hilanglah manfaat wang pencen yang anda terima setiap bulan.

Kejam??
Ini telah termaktub dalam Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya.

Anda masih boleh dapat balik duit pencen bulanan anda. Caranya..
Juga mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya anda mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, terpaksa la buat rayuan.
Boleh hilang pencen jika sabit kesalahan PKP
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677523/boleh-hilang-pencen-jika-sabit-kesalahan-pkp

Bayangkan sekiranya anda bergantung sepenuhnya kepada duit pencen pada ketika ini..


Kesimpulannya jadilah seorang pesara yang patuh kepada peraturan kerajaan dan contoh yang baik kepada masyarakat.


Begitulah ceritanya...

Tulis "saya tidak mematuhi arahan perintah berkurung dan meminta maaf" 500 kali

Esok 14 April 2020, maka berakhirlah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua. Seterusnya kita akan melalui Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan bermula 15 APril 2020 sehingga 28 April 2020.

Terdahulu, ekoran permohonan rakyat agar kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi. Yang Berhormat Perdana Menteri telah memberi kebenaran di dalam ucapan beliau. Namun begitu telah ditarik balik setelah diteliti dari semua aspek keselamatan. Kebanyakan netizen dan saya menyambut baik keputusan ini kerana mengambil kira kes luar negara yang melibatkan pengusaha kedai gunting rambut yang dilaporkan oleh pihak media.

Tukang gunting maut dijangkiti Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/04/565206/tukang-gunting-maut-dijangkiti-covid-19
Tukang gunting rambut di Mississippi meninggal dunia selepas berterusan menerima pelanggan ketika pandemik Covid-19 masih menular. Eugene Thompson dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kurang seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 46.

iHeart Radio memetik laporan Gossip On This melaporkan, Thompson meninggal dunia di Hospital St Dominic, minggu lalu iaitu hampir sebulan selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.


Sebagaimana diketahui, tindakan kawalan pergerakan bukan hanya diambil oleh negara kita sahaja. Malah terdapat sebilangan negara yang telah mengaktifkan perintah berkurung dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19.


Diakui kadar kesedaran dan pematuhan di beberapa negara masih belum memuaskan. Bukan niat menunding jari kepada negara-negara lain. Kadar tangkapan ingkar PKP terus menunjukkan peningkatan. Entah di mana silapnya..

PKP: Tangkapan ingkar PKP naik 20.6 peratus
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676601/pkp-tangkapan-ingkar-pkp-naik-206-peratus
Kadar penahanan individu menerusi sekatan jalan raya dan rondaan oleh pihak berkuasa itu melonjak kepada 1,471 orang semalam, berbanding 1,220 orang kelmarin. Kompaun RM1,000 kerana ingkar PKP juga meningkat dengan membabitkan 949 individu semalam, berbanding 854 individu kelmarin.


Saya berminat untuk mengupas pendekatan yang diambil oleh beberapa orang polis tempatan Mumbai. Inisiatif ini kelihatan sangat ringkas, namun cukup memberikan kesan untuk menunjukkan komitmen pihak berkuasa kepada pesalah sebagai amaran awal sebelum hukuman lebih berat diberikan sekiranya masih ingkar.

COVID-19: Diperintah tulis permohonan maaf 500 kali
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/04/676728/covid-19-diperintah-tulis-permohonan-maaf-500-kali


Pegawai polis tempatan, Vinod Sharma, berkata mereka diarahkan menulis ‘saya tidak mematuhi arahan perintah berkurung dan meminta maaf’ sebanyak 500 kali.

Lebih 700 pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Mexico dan Israel yang menetap di kawasan terbabit didapati tidak mengendahkan arahan perintah berkurung itu, kata Sharma sambil menambah, hukuman luar biasa berkenaan dibuat untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Menurut polis, mereka akan mengarahkan semua hotel di kawasan sekitar untuk membenarkan penghuni keluar hanya jika mereka ditemani penduduk tempatan. Sharma berkata, premis yang mengingkari arahan itu akan berdepan tindakan undang-undang.


Begitu lah ceritanya...

Plasma darah bekas pesakit jadi serum lawan virus Covid-19

Terdahulu beberapa portal berita telah membuat liputan berkaitan bekas pesakit Covid-19 yang sembuh telah menjadi penderma pertama plasma darah negara bagi tujuan rawatan virus Covid-19. Pesakit ke-46, Covid-19, Reza Huzairi Zainudin, 41 telah dijangkiti ketika gelombang kedua. Dia yang baru tiga minggu pulih daripada jangkitan Covid-19 menderma 500 mililiter (ml) plasma darahnya di Pusat Darah Negara pada 3 April lalu.
'Allah ganti sedih saya dengan berita gembira'
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/562818/allah-ganti-sedih-saya-dengan-berita-gembira
Derma 500ml plasma darah bantu pesakit Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563648/derma-500ml-plasma-darah-bantu-pesakit-covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas pesakit yang ingin menderma darah tetap perlu ulangi proses saringan penyakit termasuk Covid-19 dan menjalani sesi kaunseling. Darah ada dua komponen iaitu darah merah dan plasma. Apa yang diperlukan adalah plasma manakala darah merah akan dipulangkan, jadi penderma tiada rasa kekurangan darah.
Ambil plasma sahaja, darah dipulangkan [METROTV]
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564605/ambil-plasma-sahaja-darah-dipulangkan-metrotv

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr Faizal Amri Hamzah berkata, rawatan pencegahan adalah langkah terbaik menangani wabak ini.

Katanya, kaedah plasma darah berpotensi membantu merawat pesakit, namun ia masih dalam peringkat kajian rawatan. Perkongsian kaedah rawatan ini dalam jurnal kesihatan antarabangsa ke atas lima pesakit turut mendapat perhatian dunia perubatan. Kaedah rawatan ini dinamakan sebagai ‘convalescent plasma’ yang mengandungi antibodi terhadap virus Covid-19. Cecair kekuningan mengandungi sejumlah titer antibodi Covid-19 diambil daripada darah bekas pesakit Covid-19 yang sembuh sepenuhnya. Ia kemudian dimasukkan ke tubuh pesakit tenat yang lain sebagai keimunan pasif bagi melawan virus itu.
'Convalescent plasma' lawan virus Covid-19
Pautan : https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/04/565468/convalescent-plasma-lawan-virus-covid-19


Plasma darah ialah komponen cecair kuning pucat di dalam darah yang biasanya mengekalkan sel darah di dalam seluruh darah dalam ampaian. Cecair ini membentuk kira-kira 55% keseluruhan isi padu darah badan.[1]

Cecair ini merupakan bahagian bendalir dalam pembuluh darah bagi bendalir luar sel (semua bendalir badan di luar sel). Cecair ini kebanyakannya merupakan air (sehingga 95% mengikut isi padu), dan mengandungi protein terlarut (6-8%) (i.e.—albumin, globulin, dan fibrinogen),[2] glukosa, faktor pembekuan, elektrolit (Na+, Ca2+, Mg2+, HCO3-, Cl-, etc.), hormon, dan karbon dioksida (plasma sebagai medium utama untuk pengangkutan produk kumuh).

Plasma juga bertindak sebagai rizab protein badan manusia. Plasma memainkan peranan penting dalam kesan osmosis dalam pembuluh darah yang mengekalkan elektrolit dalam bentuk seimbang dan melindungi badan daripada jangkitan dan gangguan darah.[3]
Plasma darah
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Plasma_darah

Mesej daripada Tony Fernandes

Pada 20 tahun lepas, Kamarudin dan saya memulakan AirAsia untuk membuka peluang kepada semua orang untuk terbang. Malang tidak berbau, dan peluang tersebut kini tertutup.

Ini adalah masa yang mencabar untuk semua. Ianya sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya dan tiada sesiapa pun menjangka bahawa kita semua akan menghadapi cabaran getir ini. Jadi, saya ingin bersikap terbuka dan berterus-terang dalam situasi terkini.

Tidak dinafikan bahawa semua industri terjejas dengan cabaran ini, dan kami tidak terkecuali. Ini mungkin cabaran yang terbesar yang kami harus lalui. Bukan sahaja syarikat tidak dapat beroperasi sepenuhnya berikutan 96% pesawat tidak beroperasi, malah kami juga mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti membayar pembekal bahan api dan ejen pajakan selain tiada pendapatan.


Berikutan cabaran-cabaran ini, kami berusaha untuk mengurangkan kos pada masa ini supaya kami boleh beroperasi secepat mungkin dan terus menjadi syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, yang membuka peluang kepada semua untuk terbang bersama perkhidmatan dan nilai terbaik.

Kami adalah salah satu daripada beberapa buah syarikat penerbangan di dunia yang tidak melepaskan semua kakitangan kami. AirAsia adalah sebuah keluarga dan beribu-ribu Allstars bergantung kepada syarikat ini untuk meneruskan kehidupan mereka dan kesejahteraan keluarga mereka. Datuk Kamarudin dan saya telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang gaji sepanjang tempoh ini. Selain itu, Allstars daripada seluruh perniagaan kami telah menerima potongan gaji sementara daripada 15% hingga 75%, bergantung kepada jawatan, supaya syarikat dapat diteruskan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengorbanan mereka dan percaya kami dapat mengharungi cabaran ini bersama-sama seperti sebuah keluarga.

Walau bagaimanapun, saya jamin bahawa AirAsia akan terus kukuh dan menumpukan sepenuh perhatian kepada operasi kami pada masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada anda yang terus setia bersama AirAsia dan saya berharap anda sekeluarga sihat sepanjang tempoh ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana menjejaskan rancangan perjalanan anda. Seperti syarikat penerbangan lain, AirAsia tiada pilihan tetapi membatalkan sejumlah besar penerbangan berikutan sekatan perjalanan oleh kerajaan untuk membendung wabak COVID-19.

Saya tahu ramai di kalangan anda yang menyuarakan kekecewaan kerana tidak mendapat bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menggalakkan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif yang terbaik. Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit dan kami amat menghargainya. Kami ingin memaklumkan bahawa polisi kami sejajar dengan banyak pengendali dalam industri pelancongan dan mencerminkan fokus kami untuk tampil di sebalik tempoh yang sukar ini dan membawa anda terbang bersama kami secepat mungkin. Kami telah memastikan bahawa kami mematuhi semua peraturan dan keperluan kerajaan masing-masing serta pihak berkuasa pengguna dan kami percaya ini adalah penyelesaian yang terbaik. Anda adalah antara 600 juta tetamu yang telah terbang bersama AirAsia dan kami tidak sabar untuk bersama anda sekali lagi selepas semua ini tamat.

Walaupun kami amat menggalakkan anda untuk menerima kredit yang bukan sahaja dapat dinikmati dengan kadar segera tetapi mempunyai tempoh kesahihan selama 365 hari serta membenarkan anda untuk membuat pertukaran tarikh penerbangan tanpa had, kami tetap menerima permintaan untuk bayaran balik berdasarkan kes demi kes. Walau bagaimanapun, berikutan jumlah permintaan yang amat tinggi, ia mungkin mengambil masa antara 12 hingga 16 minggu.

Saya juga ingin mengambil maklum komen yang saya lihat mengenai Allstar maya kami AVA. Kami menghargai maklum balas diberikan oleh anda dan pasukan saya sedang melakukan penambahbaikan kepada sistem setiap hari. Ketika ini, pasukan kami dan AVA mengendalikan jumlah permintaan sehingga 10 kali ganda, bersamaan dengan hampir setengah juta tetamu setiap hari.

Kami terus bertugas sepanjang masa, untuk memberi bantuan kepada setiap seorang daripada anda. Kami telah mengerah sokongan tambahan buat pasukan khidmat pelanggan kami, termasuk 1,800 Allstar daripada jabatan lain, yang telah menawarkan diri secara sukarela untuk membantu, agar lebih ramai ejen atas talian sedia membantu anda melalui Sembang Langsung, Facebook Messenger, Twitter & WeChat 24/7.

Kami tidak pernah melalui saat seperti ini sebelum ini dan kami sedang melakukan yang terbaik. Kami tidaklah sempurna tetapi kami berusaha untuk melakukan sedaya upaya untuk warga kerja kami dan tetamu kami setiap masa. Ini adalah perkara yang tidak dijangka berlaku tetapi ianya bersifat sementara dan kami akan kembali lebih kuat, mewarnai langit biru dengan warna merah dan memastikan semua orang boleh terbang sekali lagi.

Sehingga bertemu lagi...

Kekal di rumah, sentiasa berhati-hati dan bersama kita mara ke hadapan.

#InThisTogether

Sekian
Tony


** Ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk maklumat terkini, atau hubungi perkhidmatan pelanggan kami di support.airasia.com. Untuk menyemak status penerbangan anda secara langsung, layari airasia.com/flightstatus.

Sila rujuk kepada Panduan COVID-19 untuk menyemak kelayakan anda dan untuk cara menghantar permohonan bagi pilihan perjalanan baharu.



from:AirAsia no-reply@redbuzz.airasia.com
to:xxxxxxx@xxxxx.com
date:12 Apr 2020, 12:13
subject:Mesej daripada Tony Fernandes
mailing list:765155098 <AirAsia> Filter messages from this mailing list
mailed-by:xxxxx.com
Signed by:redbuzz.airasia.com
security: Standard encryption (TLS) Learn more

Terapi pernafasan utk sakit kepala & keletihan ( breathing theraphy for headache & tiredness )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe-out"?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold").


Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .
Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat, tetapi tidak sembuh .
I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study.. I took medicine but I was not cured.

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak berulang lagi.
One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me.

Ini adalah pengalaman saya sendiri .. Saya beritahu hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Practice the correct ways of breathing "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition.

Jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu .
When you are having suicide, please try to closed both of your nostril { right and left side } for about 2 hours, then you feel nothing 'aka' gone.

Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..


From: Wan Ahmad Wazir Afandy
Subject: INFO : Terapi Pernafasan

Filem tamil alihsuara Santesh cuit hati netizen sepanjang PKP

Para peminat Maharaja Lawak Mega 2019 tentu masih ingat persembahan kumpulan Zero dan Santesh di Minggu Suku Akhir (Persembahan Kedua Minggu 9). Ternyata kehadiran Santesh jelas menghangatkan lagi persembahan Zero.
Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=tayfP6x26Mc

Mulai 5 April yang lepas, beberapa sedutan filem tamil yang telah dialihsuara ke bahasa Melayu telah dimuatnaik di fanpage Santesh Kumar. Idea kreatif beliau nyata mendapat tempat di hati para netizen yang telah mulai tepu dalam menghadapi tempoh PKP.
Pautan : https://www.facebook.com/fanpage.santesh/

Filem komedi lakonan bintang komedi terkenal filem tamil Vadivelu telah menjadi pilihan Santesh. Ternyata percaturan yang dibuat tepat kerana boleh dikatakan kesemua filem lakonan beliau amat mencuit hati dan dekat dengan masyarakat.
Pautan : https://en.wikipedia.org/wiki/Vadivelu


Jadi kombinasi aksi lucu Vadivelu dicampur dengan alihsuara yang bersahaja dan kelakar telah menarik minat para netizen dan mulai dikongsi di laman facebook.

Anda boleh menonton video-video tersebut di fanpage Santesh atau channel youtube Rentak Angkasa Production.

18 perkara mengenai seorang wanita

Repost : 

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.