25,000 orang banduan diberikan pengampunan

Apa yang dimaksudkan dengan penjara?
Berikut adalah definisi dan istilah kepenjaraan yang telah dikongsi di Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia. 
Pautan : http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hijau/soalan


PENJARA
Menahan banduan reman (unconvicted) menunggu perbicaraan di Mahkamah dan banduan sabitan (convicted) iaitu banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)
Menahan penghuni yang berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Kanak-Kanak.

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)
Menahan tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

PUSAT PEMULIHAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

TEMPAT TAHANAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015.

RUMAH PERANTARAAN JABATAN PENJARA
Rumah Perantaraan Jabatan Penjara digunakan untuk menempatkan bekas banduan dan Orang Diparol yang tiada tempat tinggal atau tidak diterima oleh keluarga. Penempatan sementara ini membolehkan bekas banduan meneruskan pemulihan di dalam masyarakat serta memperolehi peluang pekerjaan. Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara merupakan antara 50 inisiatif yang terkandung dalam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dalam Negara.

BANDUAN REMAN
Banduan yang ditahan di penjara menunggu perbicaraan di Mahkamah

BANDUAN SABITAN
Banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

BANDUAN HUKUMAN LAMA
Banduan yang menjalani hukuman penjara bagi suatu tempoh melebihi enam bulan.

BANDUAN HUKUMAN SINGKAT
Banduan yang menjalani suatu tempoh hukuman penjara kurang daripada enam bulan.

BANDUAN PERTAMA KALI
Ertinya seseorang banduan sabitan yang pertama kali dimasukkan ke dalam penjara.

BANDUAN BERULANG KALI
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulang kali masuk penjara.

BANDUAN MUDA
Terdiri daripada banduan sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.

BANDUAN DADAH
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan kes dadah.

PENGHUNI (KANAK-KANAK/JUVANA)
Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga bawah 18 tahun yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Kanak-Kanak dan mereka ini ditahan di Sekolah Henry Gurney.

ORANG TAHANAN (OT)
Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh Menteri Dalam Negeri atau Lembaga Pencegahan Jenayah atau Lembaga Pencegahan Keganasan.

BANDUAN AKHIR (BA)
Banduan yang dijatuhi hukuman mati.

BANDUAN SEUMUR HAYAT
Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

BANDUAN SEUMUR HIDUP
Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.

TAHANAN LIMPAH YANG DI-PERTUAN AGONG/ SULTAN/ YANG DI PERTUA NEGERI
Banduan yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh djatuhkan hukuman mati tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun atau didapati tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas telah mendapat pengampunan atau peringanan hukuman Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.

ORANG DIPAROL (ODP)
Banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di luar penjara bersama masyarakat.

ORANG DISELIA (ODS)
Banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan di kem tentera atau tempat-tempat lain yang diluluskan.

PESALAH PERINTAH KEHADIRAN WAJIB
Pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah bagi menjalani kerja wajib untuk tempoh tertentu mengikut Akta Kehadiran Wajib 1954, yang diselia oleh pegawai penjara (pegawai parol)

Kebelakangan ini, beberapa negara telah mengambil langkah memberikan pengampunan kepada pesalah yang sedang menjalani hukuman penjara dalam usaha mengurangkan kesesakan dan dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

Terdahulu kira - kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 bakal diberikan pengampunan oleh kerajaan Chile selepas Mahkamah Persekutuan negara itu meluluskan undang-undang khas yang digubal oleh pentadbiran Presiden Sebastian Pinera.


Pengampunan itu diberikan bagi mengurangkan tekanan di penjara, yang mana menurut mahkamah agung, ia umpama “bom jangka” dengan kira-kira 42,000 banduan.
Chile beri pengampunan kepada 1,300 banduan 
Pautan : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/237713


Terkini, Myanmar membebaskan hampir 25,000 banduan bagi mengurangkan kesesakan penjara di tengah-tengah kebimbangan pelbagai pihak akibat penularan Covid-19.

Kenyataan Pejabat Presiden memaklumkan, pembebasan meliputi pelbagai penjara di seluruh negara itu sempena sambutan Tahun Baharu Myanmar.
Myanmar bebaskan 25,000 banduan
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/04/567801/myanmar-bebaskan-25000-banduan


Antara yang dibebaskan di penjara Insein. Foto AFP.

Bagaimana dengan Malaysia?
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah mencadangkan banduan untuk kesalahan tidak serius diberi pembebasan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara. Ia susulan permintaan Jabatan Penjara agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara bagi mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Permintaan itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara Zulkifli Omar menerusi surat kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Penjara sesak: Lim cadang banduan kesalahan tak serius dibebas awal
Pautan : https://www.malaysiakini.com/news/518868

Namun begitu pihak kerajaan telah mengadakan mensyuarat khas berkenaan isu ini dan keputusannya iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 13 akademi penjara sebagai pusat tahanan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua pesalah yang akan ditempatkan di akademi penjara itu juga melalui prosedur operasi standard (SOP) seperti di penjara. SOP Jabatan Penjara Malaysia akan diguna pakai di premis yang diwartakan sebagai pusat tahanan sementara untuk pesalah menjalani hukuman sama seperti di penjara.
13 akademi penjara diwartakan pusat tahanan ingkar PKP
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/78996/BERITA/Nasional/13-akademi-penjara-akan-diwartakan-pusat-tahanan-ingkar-PKP

Begitulah ceritanya....


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.