Ahli perniagaan ditaman bersama Mercedes-Benz E500

Bila bercakap tentang wasiat, mungkin ada yang terbayang wang berkepuk-kepuk dalam peti simpanan dan bank-bank di dalam dan luar negara. Hartanah berekar-ekar di sana sini dengan nilaian yang jauh dari jangkauan. Situasi ni mungkin bagi golongan T20, kita golongan B40 & M40 ni, mimpi je la. Bila la nak habis isu "B40 dan M40 tu", berkait-kait pula jalan ceritanya. Hahaa..

Teringat pula satu filem allayarham Tan Sri P. Ramlee 3 Abdul yang mengisahkan perebutan harta peninggalan bapa. Antara tagline yang pasti tidak dapat dilupakan, "Jangan marah, nanti kena jual.." dan "50 persen.."

Belum lagi kisah-kisah wasiat palsu yang dibuat waris bagi tujuan yang tidak baik. Ya, ini kisah benar dan saya pernah mendengar cerita ini di slot Adila di Klasik FM. Banyak pengajaran anda boleh dapat dari slot ini. 




Namun begitu, terdapat juga wasiat yang lebih kepada "permintaan terakhir" yang nak tak nak terpaksa ditunaikan oleh waris. Kisah ini terjadi nun jauh di Afrika Selatan.

Berita terperinci telah dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam artikel bertajuk Lelaki dikebumi bersama Mercedes Benz.
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/76919/GLOBAL/Lelaki-dikebumi-bersama-Mercedes-Benz

Ketua tradisional, Tshekede Pitso, 72, ditempatkan di bahagian pemandu Mercedes-Benz E500 tahun 1990 sebelum dikebumikan dan kuburnya ditempah khas yang memiliki kelebaran tujuh kaki di tanah perkuburan keluarganya di Afrika Selatan, lapor Dailymail.




Begitulah kisahnya..

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.