Floating transaction teknik terbaru scammer

Zaman sekarang duit adalah segalanya. Tidak keterlaluan kalau dikatakan semua benda perlukan duit dan tanpa duit kita tak boleh buat apa-apa. No money no talk!

Ayat yang sering digunapakai bila bercakap tentang caj yang nak dikenakan apabila diminta percuma atau diskaun, "Nak masuk tandas pun kena bayar". Hahaa..

Sehingga tahun 2014, beberapa entri berkaitan scammer telah saya kongsikan.

1. maybank2u fake alert!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2009/10/maybank2u-fake-alert.html
2. pbebank fake alert!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/04/pbebank-fake-alert.html
3. maybank2u fake alert 2
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/05/maybank2u-fake-alert-2.html
4. Maybank fake alert : Account Locked!!
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-account-locked.html
5. Maybank fake alert : Service upgrade
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-service-upgrade.html
6. Maybank fake alert : Security Notice
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-security-notice.html
7. Maybank fake alert : new security message
    Pautan : https://www.simiey.info/2010/10/maybank-fake-alert-new-security-message.html
8. Mobile and Online services has been suspended - Maybank fake alert
    Pautan : https://www.simiey.info/2014/06/mobile-and-online-services-has-been.html

Jika dulu modus operandi adalah dengan menghantar email fake alert dan disambung ke alamat website yang salah. Namun kini, modus operandi lebih agresif.

Terbaru, seorang pengguna laman sosial facebook telah berkongsi teknik terbaru scammer yang telah dialaminnya.

Daripada perkongsian tersebut, maka saya rumuskan seperti berikut;

Trick baru scammer.
1. Transfer ke akaun lain (status floating, tunggu TAC).
2. Hubungi dan claim dari penyedia perkhidmatan jualan online.
3. Minta mangsa periksa akaun untuk pastikan berlaku transaksi.
4. Minta mangsa bagi no TAC bagi tujuan pemulangan balik semula.

Apa yang perlu dibuat.
1. Jangan panik apabila terima panggilan.

2. Hubungi pihak bank untuk pengesahan dan langkah seterusnya (sekiranya pemanggil beri nombor telefon pwgawai bank, jangan dail).

Diharap anda lebih berhati-hati dan tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi dengan pemanggil yang tidak dikenali walau dengan apa alasan / sebab sekalipun. Sila berhubung terus dengan pihak bank sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak betul untuk kepastian.


0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.