Pendaftaran Program Saringan Prihatin PERKESO (SOCSO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO / SOCSO) telah memulakan satu program yang dipanggil Program Saringan Prihatin (PSP) iaitu proses saringan Covid-19 bagi pekerja-pekerja termasuk pekerja asing yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web PERKESO dengan menggunakan nombor kad pengenalan pekerja atau nombor keselamatan sosial pekerja asing (KSPA) bagi pekerja asing. Program PSP PERKESO akan dilaksanakan secara berperingkat dan bagi Peringkat Pertama (bermula 27 April 2020), proses saringan akan disediakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan yang dilantik.

Pautan : https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/prihatin-screening-programme



Sebelum memulakan proses pendaftaran dan anda membuat pendaftaran sendiri, pastikan anda mendapatkan nombor PERKESO pekerja dan nombor kelulusan MITI daripada majikan anda. Terdapat sesetengah majikan yang mengambil inisiatif membantu para pekerja membuat pendaftaran (bersama-sama).



Anda boleh terus mendaftar dengan mengklik pautan di atas atau dengan mengklik Icon PERMOHONAN & SEMAKAN pada Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO di laman web PERKESO.
Pautan : https://prihatin.perkeso.gov.my/

Setelah selesai proses pendaftaran, satu email akan dihantar ke alamat email anda. Anda dikehendaki mengklik pautan pada email tersebut bagi tujuan pengesahan.




Seterusnya anda sudah boleh login dan perlu memberikan maklumat pendaftara kepada majikan bagi tindakan selanjutnya. Proses saringan Covid-19 di bawah program PSP PERKESO ini adalah PERCUMA bagi majikan yang berdaftar dengan PERKESO.




Begitulah ceritanya..

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.