Bagaimana cara pulih allergic dan eczema dalam masa sebulan


Biasanya FB ni aku guna untuk buat benda –benda santai je: baca news, follow group memancing dan skodeng barang- barang hobi je..

Tapi harini status aku panjang sikit. Kebetulan pulak esok Ramadhan dan peristiwa ni jadi masa bulan Ramadhan. Kalau ada kelapangan masa, jemput baca. Semoga bermanfaat.

Aku ni memang ada masalah allergic dan eczema. Aku kene masalah ni masa tahun pertama aku buat master di UPM. Aku kene masa bulan Ramadhan 2011. Masa mula-mula kena, tempat gatal tu kecik je sebesar duit lima sen di betis kanan. Sangat gatal, tapi gatal dia lain macam, Tuhan je tau.

Pada mulanya, aku tak ambil kisah, mungkin ni gatal biasa. Aku terfikir mungkin kena gigit serangga dan aku tak perasaan. Selepas seminggu, gatal ni makin membesar dan macam nak merebak satu badan. Tempat lain di badan aku pun naik biji-biji gatal. So, aku ambil keputusan pergi ke Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM).



Bila aku jumpa doctor yang bertugas, dia bagi aku Dermovate, sejenis ubat sapu pada tempat gatal. Dermovate ni ada dua jenis: ointment dan cream. Ya, ini krim steroid yang memberikan tindak balas yang sangat cepat sapu je terus ok, gatal-gatal yang berair tadi tu terus kering.

Tapi masalah aku tak selesai. Bila aku tersalah makan gatal-gatal ni datang balik di kawasan parut gatal yang dah kering. Bila aku sapu dermovate tu, bila dah gatal aku garu sampai pecah kulit aku, garu berdarah-darah tu pekara biasa. Sentiasa kena spare tisu la dalam poket, sebab kadang kau tak nak garu pun akan tergaru juga. Memang sengsara hidup aku.

Aku pergi PKU UPM untuk kali kedua. Kali ni doktor sahkan aku kene eczema. First time aku dengar nama penyakit macam nama orang. Aku pun study pasal eczema ni dan yang paling aku tak boleh terima eczema ni penyakit yang agak misteri sampai ada yang cakap takda ubat lepastu banyak pulak aku jumpa wawancara di tv, surat khabar berkenaan eczema yang misteri ni. Memang termenung la aku bila tau eczema ni bukan biasa-biasa punya penyakit. Ramai yang cuba berubat tapi tak ramai yang berjaya. Apa yang boleh buat ialah kene pantang makan dan kenal pasti kau allergic dengan benda apa. Macam dalam kes aku ni aku allergic dengan semua seafood. Sebelum ni aku makan seafood memang takda masalah, lepas kene eczema ni semua seafood aku tak boleh makan, kalau aku makan memang cari penyakit sebab kulit aku akan jadi bengkak-bengkak gatal dan bila aku garu kulit aku pecah dan berair.

Sengsara dia Tuhan je tahu. Yang tak kene memang la boleh jadi pakar tak bertauliah bagi nasihat buat itu ini, cakap aku gatal sebab faktor psikologi lah dan macam-macamlah. Banyak la orang datang cuba membantu bagi tips macam-macam, berubat cara islamik minum air jampi kene buatan orang lah macam-macam lah. Bila kau berada dalam keadaan terdesak macam ni, nak baik punya pasal, kau cuba je semua yang orang bagitahu. Hasilnya sama juga, paling berkesan sekali ialah aku kene elak semua makanan yang menyebabkan aku allergic ni terutama seafood.

Selepas kene allergic yang sangat teruk, aku buat kesimpulan aku memang dah tak boleh makan seafood sampai mati. Harapan nak makan seafood tu semula dah boleh dilupakan dan aku pun pantang memang mengalahkan orang bersalin, yang aku boleh makan ayam je.

Walaupun aku pantang dan sangat berdisplin pasal makan tapi aku tetap kene juga allergic ni, sebab apa bila kau makan di restauran kau oder sup ayam..ye memang sampai sup ayam tapi dalam sup tu terselit pulak sekor sotong la, sekor udang la. Order nasi goreng pun sama, order nasi goreng ayam, tengah-tengah makan ada sekor udang terselit dalam tu. Hal hal macam ni la buat aku jadi lagi stress sebab allergic aku ni memang sangat sensitive. Contoh kau goreng udang, lepas tu kau goreng ayam guna minyak gorengan yang sama bila kau makan ayam tu kesan dia sama macam kau makan udang. KFC selalu buat macam ni. Aku boleh tau KFC goreng udang dan ayam menggunakan minyak yang sama.

Jadi macam tu lah hidup aku selepas kene eczema. Salah satu nikmat hidup aku seolah-olah ditarik balik dan aku makan ayam je sepanjang aku allergic ni. Bosan tak bosan, memang tu je aku boleh makan sampai bila-bila.

Dipendekkan cerita setelah lapan tahun, suatu hari aku terbaca kisah seorang ibu, anak dia mengalami masalah kulit di FB sama macam aku eczema, pergi jumpa pakar kulit di Prince Court dan macam-macam cara masalah tak selesai juga sehinggalah dia pergi di Klinik Dr. Wong, Pakar Kulit di Tangkak, Johor dan masalah dia selesai.

Kebetulan Klinik Dr wong di Pekan Tangkak ni dekat dengan rumah mertua aku di Segamat Johor. Jadi aku pun ambil keputusan untuk mencuba setelah penat mencuba pelbagai cara berubat. Klinik Dr. Wong ni, klinik biasa macam klinik lama, tapi kalau kau nak pergi kene buat appointment online. kalau nak walk-in kene datang sebelah petang jam 2 p.m. dan digalakkan datang awal kalau tidak memang beratur panjang la jawabnya.



Dr. Wong ni dah tua umur lingkungan 60 -70 macam tu. Cara Dr. wong untuk detect allergic ni sangat menakjubkan. Mula-mula aku terbayang alatan canggih macam scanner ke, atau suntik jarum masuk substance dalam body ke tapi semua jangkaan aku meleset. Apa yang aku kene buat ialah aku kene duduk atas kerusi genggam test tube. Atas meja Dr Wong ni ada banyak test tube yang dalamnya ada substance berbeza contohnya macam belacan, udang kering, sotong, sos tiram, kacang dan sebagainya. Aku kena gengam setiap test tube tu dan sebelah tangan lagi kene depang ke tepi macam kau nak luruskan barisan semasa berkawad tu. Kemudian, tangan yang kau depang tadi tu, Dr. Wong akan tekan ke bawah sambil sebelah tangan lagi kau gengam test tube yang ada substance tadi tu.

Dialog Perbualan:

Dr Wong: “You tahan tangan you sekuat hati, saya mau tekan”

Aku : “Ok Doc”, (Setiap kali lepas die tekan tangan aku, dia akan tukar tube lain)

Dr Wong : “Ini sotong ok, kacang ok, udang ok, belacan ok, ikan masin ok, unagi ok”

Aku : Krik..Krik..Krik..(Dalam hati, betul ke aku jumpa Medical doctor nie?)

Tiba-tiba ada satu test tube tu aku pegang aku rasa Dr wong tekan dengan kuat sampai tangan yang aku depang tu jatuh kebawah.

Dr Wong : “Ok you makanan semua ok. Tak ada alahan, semua you boleh makan, you alahan pada anti-bacteria product”

Bila dengar je Doc tu cakap macam tu, aku macam kurang setuju..yela aku dah alergik 8 tahun kot.

Aku : “Tapi Doc, saya makan udang sotong badan saya naik gatal-gatal Doc”

Dr Wong : “ You makan seafood, dia menyebabkan alergik you jadi lagi teruk saja, tapi punca alergik you adalah anti-bacteria product”

Aku diam dan terkebil-kebil. Dalam hati aku, “betul ke doctor nie..”

Dr Wong : “Ok siap. You pergi bilik belakang, nanti nurse ajar apa you kena buat”

Aku pun bangun pergi bilik belakang jumpa nurse tersebut.



Nurse : “Ok. Dr sudah detect you punya alergik. Takda masalah dengan makanan. You alergik dengan any anti-bacteria product. You nampak atas almari tu ada produk yang you boleh pakai. Pergi snap gambar, nanti pergi beli dekat kedai Watson or Guardian”

Aku pun bawak keluar handphone ambil gambar. Antaranya shampoo, pencuci muka, sabun mandi dan pencuci baju semua aku kene tukar pakai yang dia disarankan.

Nurse : “Ok. lepas nie you boleh celebrate la. Apa yang you tak boleh makan, sekarang you boleh makan”

Aku : “Ok nurse”

Proses yang hanya makan masa 15 minit tu pun berakhir, consultant fee dan ubat untuk tiga bulan semua aku kena bayar RM 380.00.

Aku masih lagi terpikir betul ke Doc ni cakap aku ni boleh makan seafood, bila sampai je rumah aku tak kelam kabut mentekedarah seafood. Aku, macam biasa masih lagi tak berani mencuba. Aku pun search method apa Dr ni guna untuk diagnosis aku tadi. Rupanya dia guna applied kinesiology technique. Dr ni dia menggunakan muscle strength untuk tahu body aku alergik apa, dan badan aku jadi weak bila kene anti-bacteria product. Bila aku pakai sabun yang ada anti-bakteria, badan aku tak gatal pun, tapi bila aku makan je seafood terus jadi gatal. Ini kerana, badan aku dah lemah disebabkan sabun tu tadi. Owh begitu rupanya… masalah aku.

Selepas seminggu lebih aku tukar semua produk mandian aku, aku cuba makan sikit-sikit seafood, sotong, udang, kacang dan memang menakjubkan tidak gatal langsung. Dan lepas tu apa lagi, sepinggan sotong celup tepung aku lahap, ikan bakar, tomyam seafood semua aku bedal dengan yakin. Alhamdulillah sikit pun tak gatal.




Setelah lapan tahun aku tak makan seafood, rasa macam mati hidup semula. Semua benda yang aku tak boleh makan kini aku dah boleh makan. Kalau dulu tangan kaki penuh dengan parut kini dah semakin pudar dan hilang.

Kerana itu aku harap jika ada kawan-kawan atau kenalan yang menderita masalah kulit macam aku boleh share info ni, pergi la jumpa Dr Wong ni google jer Dr wong tangkak. Aku faham perasaan orang yang ada masalah kulit, memang sangat sengsara, Tuhan je tahu.

Artkel ini ditulis lebih kurang satu bulan selepas aku jumpa Dr Wong. Boleh dikatakan, 100% masalah aku selama lapan tahun selesai, Alhamdulilah,syukur padaMu Ya Allah.


Note:
Lokasi Klinik : Tangkak Johor,
pada yang jauh dari klinik Dr Wong boleh download Apps ini untuk penginapan berhampiran klinik Dr Wong.
Link: https://www.airbnb.co.uk/c/yawasis?currency=MYR&s=42&user_id=261481091&ref_device_id=fb529419b710424b&suuid=bda84a66-b3ef-4575-b5b1-af8b4a3e4362&slevel=0&fbclid=IwAR3yDzZGQYXPUljVZMGH4_Lh1qG2A0uovxxyBGg15vkQHrkW9Z2G58hC7r4&_branch_match_id=791429522791595556

Airbnb untuk homestay murah sekitar klinik Dr Wong ni. (Bedasarkan pada link yang saya bagi sahaja seperti di atas) Nanti Airbnb akan bagi credit percuma lebih kurang Rm 100++ macam tu, so anda boleh guna untuk book homestay dengan credit yang dia bagi tu, lepastu search je "Tangkak" nanti Boleh dapat penginapan murah dan selasa area Tangkak, Johor.

Semoga membantu.

Yawasi Adam.


Kredit : Yasawi Adam
Pautan : https://www.facebook.com/muhamat.yawasi/posts/10216592188214456

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.