Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk bukan isu rasis


Individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan Seksyen 41 Akta 333 pula memperuntukkan mana-mana individu yang didapati bersalah menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya hendaklah dihukum penjara untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun selain dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.


Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.



Berita Harian Online telah melaporkan pada 29 Januari 2020 bahawa kabinet telah bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Cadangan itu akan dibincangkan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi membincangkan dari sudut perundangan. Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi kedua pada Jun atau Julai ini.



Hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/650931/hukuman-lebih-berat-bagi-pemandu-mabuk

Setelah peralihan kuasa, tidak dapat dipastikan apa progress bagi usaha bekas Menteri Pengangkutan ini sama ada terberhenti begitu sahaja.


Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong juga telah dilaporkan oleh myMetro pada 13 Februari 2020 berkata, pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut beliau, kerajaan menyerahkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengubal akta berkenaan kerana ia di bawah kementeriannya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Secara prinsipnya Kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal.

Pemandu mabuk bakal dipenjara 20 tahun
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/544353/pemandu-mabuk-bakal-dipenjara-20-tahun


Isu pemandu mabuk juga turut diulas oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guang Eng dan dilaporkan oleh Berita Harian Online pada 15 Februari 2020. Katanya, individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, dicadang untuk dikenakan denda sehingga RM100,000.

Selain itu kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah berkenaan turut ditingkatkan kepada 20 tahun, berbanding 10 tahun ketika ini. Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk.


Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun, denda RM100,000
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/655852/pemandu-mabuk-sebabkan-kematian-bakal-dipenjara-20-tahun-denda


Dari ketiga-tiga petikan adakah anda masih lagi fikir ini isu rasis.
Rasis mengikut tafsiran umum ialah persepsi dan tindakan yang menidakkan hak bangsa atau kumpulan lain untuk mendapatkan perkhidmatan, peluang atau layanan disebabkan mereka tidak sealiran dengan kumpulan yang memberi sama ada dalam aspek keturunan, bangsa, agama dan budaya.

Isu pemandu mabuk adalah merupakan isu keselamatan kerana apabila anda memandu dalam keadaan mabuk, anda secara tidak sedar akan bertindak diluar pertimbangan akal.
Beberapa kes kemalangan yang berlaku kebelakangan ini mengakibatkan kematian dan tindakan dari segi pencegahan dan hukuman lebih setimpal adalah diperlukan.


Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Perdana Menteri berkata, arahan itu sebagai maklum balas kepada keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk yang mana statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia. Perkara itu sangat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan dalam tempoh lima bulan tahun ini menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu.



PM arah pinda akta hukuman lebih berat pemandu mabuk
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694479/pm-arah-pinda-akta-hukuman-lebih-berat-pemandu-mabuk



Semoga solusi segera bagi permasalahan ini dapat dicapai dan seterusnya mengelakkan kejadian serupa di masa hadapan.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.