Aliran trafik PLUS lebih 1 juta bermula 10 Jun 2020


Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Di antara kelonggaran yang telah diberi adalah seperti berikut;
1- Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

2- Perkhidmatan gunting rambut, salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu,bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan
dibenarkan.

3- Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan. Termasuk dalam senarai yang dibenarkan juga ialah lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

4- Dalam kategori sukan, beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

5- Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.

6- Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.

7- Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan. Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci mengenainya sedikit masa lagi.

8- Beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan. Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Teks Perutusan YAB PM-PKPP-07062020
Pautan : https://www.pmo.gov.my/PerutusanKhas070620.php



Sejujurnya perkara yang paling menarik tentang pengumuman ini adalah kebenaran rentas negeri. Sementelahan kita masih lagi dipertengahan Syawal, pasti ramai yang akan mengambil peluang ini untuk pulang menziarahi ibu bapa di kampung dan meraikan hari raya Aidilfitri.

Perkara ini turut menarik perhatian pihak PLUS dan mereka menjangkakan sehingga 15 peratus tambahan aliran trafik bermula 10 Jun sehingga 14 Jun. Jumlah kenderaan pada hari biasa menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS pada hari biasa dicatat sebanyak 1 juta.

Untuk makluman umum, semua gerai R&R termasuk tempat makan dibuka mulai 15 Jun ini, selain PLUS akan menjalankan kerja pembersihan menyeluruh di semua R&R sebagai langkah tambahan bagi kerja pembersihan berjadual. Transaksi langsung bagi urusan tambah nilai di lorong perkhidmatan tambah nilai kad Touch 'n Go tidak disediakan bagi membendung penularan COVID-19.

PKPP: PLUS jangka aliran trafik lonjak hingga 15 peratus
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697761/pkpp-plus-jangka-aliran-trafik-lonjak-hingga-15-peratus

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.