Bil elektrik percuma April May dan Jun bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan selesai isu bil elektrik tinggi


Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terdapat peningkatan penggunaan tenaga elektrik bagi kegunaan domestik seperti rumah kediaman. Setelah pihak TNB mula mengambil bacaan sebenar meter elektrik, terdapat rungutan berkaitan peningkatan jumlah bil yang perlu dibayar. Boleh dikatakan, isu ini lebih bersifat subjektif kerana setiap pengguna menggunakan peralatan berbeza dan tempoh masa berbeza.

Namun begitu, pihak TNB telah meminta pengguna yang merasakan terdapat ralat pada bil elektrik mereka agar melaporkan kepada pihak TNB agar dapat disiasat dan diselesaikan dengan segera.

Saya turut mengulas isu ini dan ternyata penjelasan yang diterima oleh wakil pegawai TNB melalui panggilan telefon beberapa hari yang lepas telah menjawab beberapa persoalan saya.



Ralat dalam pengiraan bacaan sebenar bil elektrik
Pautan : https://www.simiey.info/2020/06/ralat-dalam-pengiraan-bacaan-sebenar.html


Mengambil kira keluh kesah dan rungutan para pengguna, Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersetuju untuk menghentikan tindakan pemotongan bekalan elektrik hingga 30 September ini bagi pengguna dengan bil elektrik tertunggak, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Justeru, beliau berkata pengguna tidak perlu risau kerana bekalan elektrik tidak akan dipotong sekiranya mereka menghadapi kesukaran kewangan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu susulan penularan COVID-19.


Bekalan elektrik tak dipotong hingga 30 September - TNB
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/702312/bekalan-elektrik-tak-dipotong-hingga-30-september-tnb



Satu lagi berita baik turut diumumkan oleh pihak kerajaan dan dan keputusan ini amat tepat dalam menangani isu bil elektrik..

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

Pengguna yang terbabit akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai dalam bentuk rebat.

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah turut menyatakan bahawa secara keseluruhan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan itu akan memanfaatkan 7.66 juta pengguna elektrik.


4 juta pengguna domestik nikmati elektrik percuma
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/702245/4-juta-pengguna-domestik-nikmati-elektrik-percuma

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.