Harga petrol dan diesel merupakan isu yang sangat besar bagi dunia dan Malaysia khasnya yang merupakan negara pengeluar. Sebarang perubahan harga akan memberikan impak yang besar kepada sebahagian industri dalam negara.
Sekiranya anda masih ingat, pada 27 April 2019, pihak kerajaan telah menetapkan 'harga siling' bagi petrol dan diesel dan seterusnya berlaku penurunan bagi RON97 dan diesel pada Februari lalu.
Terkini, beberapa laman berita telah melaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan sudah membatalkan perintah harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun lalu.
Berdasarkan Warta Kerajaan itu, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) (Pembatalan) 2020, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dibuat Pengawal Harga, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad pada 10 April lalu dengan kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.
Ia membatalkan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) 2020 [PU (A) 64/2020].
Perintah itu membatalkan perintah yang dibuat pada Februari lalu yang menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter.
Tiada lagi harga siling petrol, diesel
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/588070/tiada-lagi-harga-siling-petrol-diesel
Apa kesannya kepada pengguna sekiranya ia ditarik balik? Wallahuallam.
Jika sebelum ni penetapan harga siling dikatakan dapat memberi peluang kepada peruncit untuk meletakkan harga lebih rendah dan mewujudkan persaingan.
Adakah selepas ini tidak akan ada persaingan lagi atau tidak seperti sebelumnya..
Penetapan harga siling petrol baik untuk pengguna
Pautan : https://www.malaysiakini.com/news/374674
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.