Honda Malaysia panggil balik 55,354 model 2018 dan 2019 bagi tujuan penggantian pam bahan api


Tugas utama pam bahan api adalah untuk mengepam bahan api ( petrol atau diesel) masuk ke dalam enjin. Kebiasaannya pam bahan api terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis mekanikal dan elektronik. 

Jenis mekanikal kebiasaanya digunakan pada kenderaan
jenis carburator dan kedudukannya berada di ruangan enjin. Manakala jenis elektronik pula kebiasaannya digunakan pada enjin jenis injection dan kedudukannya berada didalam tangki bahan api.

Bahan api digunakan untuk menyejukkan motor fuel pump,oleh itu JANGAN amalkan selalu dengan membiarkan bahan api anda (petrol/diesel) sentiasa berada diparas minima atau dengan kata lain paras minyak selalu dibiarkan hampir habis.

Ini boleh menyebabkan motor fuel pump anda kepanasan dan terbakar atau short,amalan ini juga secara tidak langsung akan menyebabkan tangki bahan api anda mudah berkarat dan tidak tahan lama.Ia akan menelan kos yang agak besar apabila tangki petrol juga turut sama rosak.


Oleh itu selalu pastikan petrol anda sentiasa berada diparas maksimum atau sekurang-kurangnya diparas setengah tangki,dengan ini hayat fuel pump anda akan tahan lebih lama.

JBT AUTO Centre
Pautan : https://www.facebook.com/157288228009039/posts/infofuel-pumppam-bahan-apitugas-utama-fuel-pump-adalah-untuk-mengepam-bahan-api-/215966138807914/



HONDA Malaysia memanggil balik 55,354 unit kenderaan untuk penggantian pam bahan api selaras dengan langkah pasaran Honda global.

Kenderaan yang perlu melakukan penggantian itu membabitkan model dari 2018 iaitu Accord, BR-V, Civic, HR-V dan HR-V Hybrid.

Untuk model 2019 antara yang terlibat ialah City Hybrid, Jazz dan Jazz Hybrid serta Model CR-V untuk tahun pembuatan 2018 dan 2019.

Menurut kenyataan Honda Malaysia hari ini, tiada sebarang insiden membabitkan alatan itu dilaporkan di negara ini.

Namun sebagai langkah pencegahan ia perlu diganti bagi mengelakkan kemungkinan kenderaan kehilangan kuasa enjin atau terhenti.

Honda juga memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menyatakan model Honda keluaran tahun 2020 tidak terlibat dengan penarikan semula produk tersebut.

Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan digesa untuk menghubungi mana-mana pengedar sah untuk urusan temu janji.


Proses penggantian adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda Malaysia.

Honda panggil balik 55,354 kenderaan
Pautan : https://www.hmetro.com.my/vroom/2020/06/591102/honda-panggil-balik-55354-kenderaan

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.