Kerusi roda selesai masalah pundi renang ikan emas


Seorang pereka fesyen berjaya membina kerusi roda untuk ikan emas kesayangannya yang sukar berenang akibat kecacatan di Seoul.

Daily Mail melaporkan, Henry Kim, 32, berusaha mencari idea di enjin carian Google sebelum mengolahnya sendiri menggunakan bahan plastik bagi membolehkannya membantu ikan itu terapung.

Ikan terbabit mengalami penyakit pundi renang yang menyebabkannya sama ada terapung secara terbalik atau tenggelam di dalam akuarium.

Menurut Kim, sebelum ini banyak daripada ikan emas peliharaannya mati akibat penyakit itu sekali gus mendorongnya mencari jalan menyelamatkan ikan terbabit.

“Penyakit pundi renang boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti terlebih makan atau air yang kotor.

“Keadaan ini sering terjadi kepada ikan emas yang diimport dari Thailand atau China.


“Ikan emas yang mengalami penyakit ini hanya boleh hidup untuk beberapa bulan saja dan saya amat bertuah kerana kerusi roda ini memberi peluang ikan peliharaan hidup sehingga lima bulan. Ia membantunya terapung dan hidup lebih lama,” katanya.



Ikan emas dapat 'kerusi roda'
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2019/07/477385/ikan-emas-dapat-kerusi-roda


Seorang lelaki di Texas sanggup membuat ‘kerusi roda’ untuk ikan emas yang menghidap penyakit yang menyebabkan ia tidak dapat terapung di dalam air.

Lelaki dikenali sebagai Derek, 20, itu yang bekerja di sebuah kedai akuarium di San Antonio, Texas berkata, dia tidak sampai hati melihat ikan itu cuma mampu ‘duduk’ di dasar akuariumnya.

“Saya membeli tiub yang selalunya digunakan untuk pengudaraan tangki ikan dan melilitnya keliling ikan berkenaan.

“Kemudian saya menambah injap pada bahagian bawah yang berfungsi seperti ‘kerusi’ untuk menegakkannya.


“Selain itu, saya turut meletakkan pemberat di bawah ‘kerusi’ berkenaan manakala stirofoam digunakan untuk membantu apungan dan memudahkan pergerakannya,” katanya.



Kerusi roda bantu ikan emas terapung
Pautan : https://www.hmetro.com.my/node/213877

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.