Pesara guru wanita disyaki terlibat kegiatan judi haram atas talian kerugian RM516,457


Perjudian atas talian meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Sindiket perjudian menjadikan orang ramai yang berada di rumah, terutamanya 'kaki judi' sebagai sasaran pelanggan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata sindiket itu aktif menawarkan judi atas talian kepada orang ramai sejak akhir-akhir ini.

"Mereka menyasarkan kaki judi dengan pelbagai tawaran dan kegiatan ini dikesan semakin meningkat apabila ramai orang yang berada di rumah terbabit dalam permainan perjudian atas talian.

"Ingin saya tegaskan bahawa pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan melaksanakan operasi besar-besaran mengesan mereka yang terbabit dalam kegiatan ini, terutamanya sindiket," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pada 6 April 2020.


Judi atas talian meningkat semasa PKP
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/673825/judi-atas-talian-meningkat-semasa-pkp


Bertitik tolak dari kenyataan di atas, beberapa sindiket telah berjaya ditumpaskan sepanjang Mei dan Jun. Namun tidak disangka, terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah menjadikan isu ini sebagai modal untuk memperdaya orang ramai.

Terbaru seorang pesara guru wanita mendakwa kerugian RM516,457 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM) dan polis sejak Mac hingga 22 Mei lalu.

Mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa adalah pegawai TM dan memberitahu kononnya talian telefon didaftarkan atas nama wanita itu akan dipotong kerana disyaki terbabit kegiatan judi dalam talian.

Mangsa kemudian disambungkan kononnya kepada seorang anggota polis di Kuantan, Pahang, bernama Sarjan Zulkifli Atot yang mendakwa membuat semakan dan mendapati pengadu ada menerima dana melalui bank berjumlah RM200,000 hasil daripada aktiviti judi haram.

Mangsa kemudian diarahkan menghubungi seorang wanita kononnya Inspektor Siti Nur Milah Jamil yang mendakwa siasatan akan dijalankan dengan mangsa perlu menyerahkan semua wang di dalam akaun banknya.


Akibat takut, mangsa telah mengikut arahan itu sehingga mengalami kerugian RM516,457, termasuk wang RM265,000 yang dipindahkan daripada akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kronologi kes sepertimana diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad kepada pihak media.


Macau Scam: Pesara guru dakwa kerugian lebih RM500,000
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/702469/macau-scam-pesara-guru-dakwa-kerugian-lebih-rm500000

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.