Ralat dalam pengiraan bacaan sebenar bil elektrik


Bermula Mei 2020, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulakan kembali kaedah mengambil bacaan sebenar pada meter. Difahamkan, pada 2 bulan sebelumnya bil dikeluarkan berdasarkan bacaan anggaran.

Apa yang menjadi persoalan para pengguna TNB adalah jumlah bil yang diterima agak tinggi dari kebiasaannya dan didakwa terdapat kesilapan dalam pengiraan. Rungutan ini turut menarik perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim
dan mendesak agar pihak TNB menjelaskan teknik pengiraan elektrik yang dibuat agar dapat menyelesaikan kekeliruan.

Katanya, sekiranya ada kelemahan pada kaedah pengiraan sehingga berlaku tambahan bebanan kepada pengguna yang bukan akibat penggunaan elektrik yang luar biasa tetapi oleh kaedah pengiraan yang mengikut blok tarif ditentukan yang bertambah luar biasa kerana ia dijumlahkan untuk tiga bulan, hal itu perlu diselesaikan.

TNB perlu jelaskan teknik pengiraan bil elektrik
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/87421/BERITA/Nasional/TNB-perlu-jelaskan-teknik-pengiraan-bil-elektrik


Namun begitu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengesahkan tiada sebarang kesilapan berlaku dalam pengiraan bil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa melambung tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu kemungkinan berlaku disebabkan salah faham segelintir pengguna yang keliru dengan kaedah pengiraan dilakukan syarikat utiliti terbabit.

"Satu perkara yang saya nak sebut, apa juga kaedah pengiraan, TNB tidak boleh membuat sewenangnya, ia hanya boleh dilakukan setelah ia diluluskan Suruhanjaya Tenaga (ST).

"Sebagai sebuah badan yang mempunyai autoriti, ST bertanggungjawab mengawal selia apa juga berkaitan isu itu dan saya nyatakan di sini bahawa kaedah pengiraan yang dimaklumkan kepada rakyat itu telah pun diluluskan," katanya.

[DIKEMASKINI] Pengguna keliru kaedah kira bil TNB: Menteri
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/85236/BERITA/Nasional/[DIKEMASKINI]-Pengguna-keliru-kaedah-kira-bil-TNB-Menteri


Terdahulu saya pernah berkongsi artikel yang berkaitan dengan Diskaun Rangsangan Ekonomi bagi penggunaan elektrik mulai 1/4/2020 sehingga 30/9/2020. Melihat kepada kadar bacaan sebenar bil baru-baru ni, nampak gayanya ramai yang hanya akan menikmati diskaun sebanyak 15 peratus.

Cara cek dan bayar bil elektrik sepanjang PKP
Pautan : https://www.simiey.info/2020/04/cara-cek-dan-bayar-bil-elektrik.html


Sebagai salah seorang pengguna TNB, saya juga agak terkejut apabila melihat amaun yang tercatat pada bil elektrik yang telah diterima. Saya telah mengambil inisiatif untuk meneliti bil diterima dan berkongsi apa yang saya faham dengan pembaca.



1. Sekiranya bacaan sebenar diambil bagi tempoh 3 bulan, secara logiknya blok tarif (kWh) perlu didarab 3.
Blok tarif dan kadar
200kWh pertama = RM0.218
100kWh berikutnya = RM0.334
300kWh seterusnya = RM0.516

Bil diterima : (607x0.218)+(303x0.334)+(192x0.516) = RM332.60

Dapat diperhatikan blok prorata yang dimasukkan dalam pengiraan telah melebihi dari tarif, malah sekiranya didarab 3, angkanya sudah melebihi 3 kali ganda.

Kemungkinan besar terdapat pengiraan tertentu yang telah dibuat oleh pihak TNB.


2. Berapa jumlah anggaran sebenar dan amaun yang telah dibayar. 

Pada bahagian keterangan bil, jumlah anggaran terdahulu ialah RM119.36. Apabila dicampurkan dengan amaun bil terdahulu RM43.45. Maka jumlah anggaran adalah RM162.81.

Saya telah membuat pembayaran sebanyak RM70 secara konsisten bermula penghujung Mac, April dan Mei dengan jumlah keseluruhan RM210. Mengikut pengiraan , sepatutnya terdapat lebihan bayaran sebanyak RM47.19
Namun tunggakan yang dinyatakan RM-26.55.

Secara logiknya begitu lah pengiraannya, seperti dikatakan sebelum ini selagi belum dikeluarkan secara rasmi cara pengiraan yang telah dibuat..pengiraan ini kekal sebagai "anggapan" sahaja...

Saya juga telah mengambil inisiatif memohon penerangan terperinci berkenaan kekeliruan yang dihadapi melalui aplikasi myTNB. Statusnya sedang diproses dan akan dijawab dalam sikit masa lagi.



---------------------------------------------------------------------------------
Update

Wakil TNB Kulai, Johor telah menelefon saya pada 18 June 2020. Daripada penerangan terperinci yang telah diberikan, saya berpuas hati dengan amaun bil elektrik yang diterima. 

Bagi kes saya, kekeliruan timbul kerana saya telah menjumlahkan jumlah bayaran dibuat pada penghujung bulan Mac, April dan May. Sedangkan bayaran bulan 3 adalah penggunaan elektrik sehingga 13 Mac 2020, sebelum PKP bermula.

Pegawai berkenaan juga turut berkongsi berdasarkan analisa ringkas kepada pertambahan bil elektrik saya, penyumbang utama adalah peti televisyen dan kipas yang mana telah digunakan dalam tempoh lebih lama dari sebelumnya. Saya akui kebenarannya kerana pada kebiasaanya kedua peralatan elektrik ini amat minima pada siang hari.
--------------------------------------------------------------------------



Pengerusi TNB, Dato' Mahdzir Khalid di laman facebooknya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini dan petikannya sepertimana di bawah;



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera kepada seluruh Rakyat Malaysia yang dikasihi.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada para pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.

Sejajar dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu. Bil terkini yang diterima oleh para pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.

Saya mengambil maklum akan keluh kesah dan rungutan yang diluahkan oleh Rakyat Malaysia setelah menerima bil TNB tersebut.

Oleh itu, selaku Pengerusi TNB, saya dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan. InsyaAllah, doakan kami menemui jalan penyelesaiannya.

Adalah menjadi misi saya untuk merakyatkan TNB apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi TNB oleh YAB Perdana Menteri. Misi ini akan kekal selagi saya menyandang jawatan tersebut.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menafikan dakwaan sesetengah pihak yang sedikit nakal mengenai elaun yang diterima oleh saya sebagai Pengerusi TNB. Elaun sebenar yang diterima adalah jauh lebih rendah. Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan.

Saya amat berharap penjelasan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan dalam kalangan Rakyat Malaysia seterusnya memberikan kelegaan.

#bilTNB #PKP #prorata



Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tiada pihak yang terluka..


Selingan : Artikel berkaitan bil elektrik

Bayar bil elektrik dengan hasil pertanian seperti ubi kayu, pisang, ayam dan itik
Pautan : https://www.simiey.info/2016/01/bayar-bil-elektrik-dengan-hasil.html

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.