5 Jul 2020

CePSWaM Penangguhan Penghantaran Field Training Report (FTR)


Terima kasih diucapkan kepada trainer Kursus CePSWaM dari INSTEP yang telah berkongsi maklumat terkini berkaitan penghantaran FTR. Puan Pengarah EiMAS telah mengeluarkan satu surat kepada semua peserta Kursus Pensijilan Industri Jabatan Alam Sekitar bertarikh 22 Jun 2020.

Di dalam surat tersebut, telah dinyatakan bahawa Jawatankuasa Panel Penilai Kursus-kursus Pensijilan Jabatan Alam Sekitar telah bersetuju untuk memberi penangguhan tempoh penghantaran FTR kepada semua peserta kursus pensijilan Industri di Jabatan Alam Sekitar iaitu dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Sijil Kompetensi Sementara dikeluarkan mulai Januari 2018.


Namun begitu, kebenaran ini tidak akan memanjangkan tempoh Sijil Kompetensi Sementara dan syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai Orang Yang Berwibawa (OYB) sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 49A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 selepas tamat tempoh sijil tersebut.


Kesimpulannya, sekiranya data sudah tersedia maka cepat-cepatlah selesaikan FTR anda. Anda berdepan risiko disaman sekiranya anda satu-satunya orang di tempat kerja anda yang memiliki Sijil Kompetensi Sementara tetapi telah tamat tempoh.



Zahirkan tanda sokongan anda kepada artikel-artikel dari blog ini dengan klik iklan berkaitan. Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.