Datuk didenda RM340000 gaji 68 pekerja asing tidak miliki pas pekerjaan sah


Seorang pengarah sebuah pasar raya didenda RM340,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, hari ini kerana menggaji 68 pekerja asing yang tidak memiliki pas pekerjaan yang sah.

Datuk Chiew Lian Keng, 56, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1956 yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, Liang Keng didakwa membenarkan 68 pendatang asing tanpa izin iaitu 51 lelaki warganegara India, 11 lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan tiga lelaki warga Myanmar memasuki premis kendaliannya.

Kesalahan itu dilakukan di pasar raya borong NSK Trade City No.19395 Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng Daerah Melaka Tengah lebih kurang jam 4 petang, 22 Januari lalu.


Mahkamah mengenakan hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap pendatang tanpa izin atau keseluruhan RM340,000 atau 68 bulan penjara.

Pengarah pasar raya didenda RM340,000 gaji PATI
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/91594/BERITA/Mahkamah/Pengarah-pasar-raya-didenda-RM340000-gaji-PATI


Mungkin ramai yang berpandangan jumlah amaun yang perlu dibayar berkemungkinan tidaklah seberapa bagi beliau. Namun kita perlu melihat dari segi kesan tidak langsung yang telah dihadapi seperti imej buruk pasaraya yang dikendalikan serta nama baik beliau sendiri. Semoga tiada kes berulang di masa hadapan.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.