Hukuman gantung lesen pemandu mabuk minimum 7 tahun wajar


Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Bacaan kali pertama Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada persidangan dewan kali ini.

Saya merupakan antara rakyat Malaysia yang menantikan perkhabaran ini. Terdahulu saya pernah mengulas bahawa hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pemandu mabuk yang telah menyebabkan kecederaan serta kematian. Hukuman ini secara jelas bukanlah bersifat rasis semata.

Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk bukan isu rasis
Pautan : https://www.simiey.info/2020/05/hukuman-lebih-berat-kepada-pemandu.html


Berikut adalah antara pindaan yang telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama;
1. Hukuman penjara bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian dinaikkan kepada tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun, serta denda minimum RM50,000 sehingga RM100,000.

2. Sabitan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara diperuntukkan selama tempoh tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000.

3. Pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun daripada tarikh sabitan dan tidak kurang 7 tahun bagi pemandu yang menyebabkan kecederaan.

4. Had alkohol yang ditetapkan iaitu 22mg alkohol dalam 100ml nafas; 50mg alkohol dalam 100ml darah atau 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.

Pemandu mabuk: Hukuman penjara dinaikkan sehingga 15 tahun
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/94165/BERITA/Nasional/Pemandu-mabuk-Hukuman-penjara-dinaikkan-sehingga-15-tahun

Semoga tindakan yang lebih tegas ini dapat menyelamatkan lebih banyak jiwa dari terkorban akibat kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.