Jemaah Haji Tahun 2020 dipilih secara online


Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:[18][11]


  • Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah.
  • Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji.
  • Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh.
  • Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah.
  • Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:[11][19]


  1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai.
  2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji.
  3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan.
  5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.

Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman.[18]

Haji
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Haji



Kementerian Haji dan Umrah memilih ekspatriat dari 160 negara yang menetap di Arab Saudi melalui pemilihan online untuk mengerjakan haji tahun ini.

Sehingga 10,000 orang yang menetap di Arab Saudi akan mengerjakan haji, jumlah kecil berbanding 2.5 juta jemaah haji pada tahun lalu.

Proses pemilihan kali ini juga menyaksikan banyak permohonan untuk mengerjakan haji ditolak.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada awalnya mengumumkan bahawa seramai 1,000 jemaah yang tinggal di negara itu akan dibenarkan mengerjakan haji tetapi menurut media Arab Saudi, seramai 10,000 orang mendapat kelulusan untuk menunaikan ibadat tersebut.

Kementerian haji juga menyatakan bahawa 70 peratus jemaah haji tahun ini terdiri daripada warga asing.

Media asing pula dilarang daripada membuat liputan pada musim haji 2020 ketika Riyadh mengetatkan akses ke kota suci Mekah serta melaksanakan sekatan kesihatan yang ketat bagi mencegah penularan wabak Covid-19 sepanjang lima hari ibadat tersebut berlangsung mulai Rabu ini.

Arab Saudi telah merekodkan lebih 260,000 kes Covid-19, manakala bilangan jangkitan global melepasi angka 16 juta kes kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, jemaah haji mula memasuki Tanah Haram hujung minggu lalu dengan mereka diwajibkan melalui pengesanan suhu badan dan menjalani proses kuarantin.

Mereka juga diberikan kit kemudahan termasuk batu-batu disteril untuk kegunaan melontar jamrah, cecair pembasmi kuman, pelitup muka, sejadah dan kain ihram.

Jemaah haji diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum tiba di Mekah dan perlu menjalani kuarantin sekali lagi selepas ibadat haji selesai.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah menerima banyak pertanyaan di laman Twitter daripada pemohon-pemohon yang kecewa selepas permohonan mereka ditolak.

Bagaimanapun, Menteri Haji, Mohammad Benten menegaskan bahawa proses pemilihan online yang dilaksanakan adalah telus. Menurutnya kepada stesen televisyen kerajaan, Al-Arabiya, faktor kesihatan adalah penentu dalam pemilihan tersebut.

Pemilihan jemaah haji secara online
Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/07/28/pemilihan-jemaah-haji-secara-online/

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.