Mekanisma jualan durian perlu campur tangan kerajaan elak pihak teraniaya


Durian (Tulisan Jawi: دورين) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian)[2] yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.[3] Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur memerikan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Durian
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Durian


Di Malaysia terdapat 199 klon durian telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1934 untuk dijadikan piawaian kepada durian.[1] Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa.

Pengenalan klon buah durian dibuat dengan meneliti ciri-ciri pokok, daun, bunga dan buah. Pengenalan fizikal buah adalah cara termudah untuk mengenali klon. Ciri-ciri buah untuk pengenalan klon adalah seperti:-

  • bentuk buah
  • bentuk bahu buah
  • saiz buah
  • berat buah
  • warna kulit
  • bentuk tangkai
  • susunan duri di pangkal dan di hujung buah
  • warna duri dan kejelasan garis pangsa
  • ketebalan kulit
  • ketebalan empulur
  • ketebalan isi
  • warna isi
  • rasa isi
  • bilangan dan bentuk biji
  • warna pangsa dan ulas

2 klon durian yang berbeza (kiri D24, kanan D101)


Walaupun terdapat banyak klon yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian, hanya 8 jenis klon yang bernilai komersil sahaja disyorkan untuk ditanam oleh pengusaha dusun. Klon tersebut adalah:-

D24      Sultan
D99      Kop Kecil
D123    Chanee
D145    Tuan Mek Hijau/Beserah
D158    Kan Yau/Tangkai Panjang
D159    Mon Thong/Bantal Mas
D169    Tok Litok
D197    Raja Kunyit/Musang King

Klon Durian
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Klon_durian


Seingat saya 30 tahun lepas, durian dijual secara longgok atau dalam bakul sahaja. Entah siapa yang memulakan kaedah menjual durian secara timbang sebiji (termasuk kulit). Namun kaedah ini telah digunapakai oleh penjual durian di Malaysia kini. Jelas kaedah ini secara tidak langsung telah menjadikan harga jualan durian menjadi "sangat mahal".


Sesetengah pembeli berpandangan kaedah menjual durian secara timbangan seperti menindas pembeli kerana tidak semua isinya elok, malah kebiasaannya kulit lebih berat daripada isi.

Berikut ialah soalannya dan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan:-

Soalan

Assalamualaikum, tuan mufti. Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi?

Jawapan:

Waalaikumussalam, Kaedah menyebut: الأصل في العقود هو التراضي Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredaan kedua-dua belah pihak.

Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila jual beli mengikut timbangan dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak reda kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi.

Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan. Sabda Rasulullah SAW:

أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu di atas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku. Hadis riwayat Imam Muslim (102)

Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredai dan hasil jualan juga diberkati. Wallahua’lam.

Apa hukum jual beli durian secara timbang
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/36646/BERITA/Nasional/Apa-hukum-jual-beli-durian-secara-timbang


Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling durian klon, mengikut gred.

"Sebagai contoh harga durian jenis musang king mempunyai gred A, B dan C, harga siling ditetapkan berdasarkan gred buah dan tindakan diambil kepada peniaga menjualnya lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.


Beliau mengulas laporan media sebelum ini, mengenai sikap segelintir peniaga durian yang menjual buah berkenaan, mengikut model kereta yang digunakan pembeli.

"Bukan semua orang mampu membeli durian, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak ramai.

"Sebagai contoh apa perasaan seorang ayah kepada lima anak yang hanya mampu membeli sebiji atau dua, tetapi apabila pulang ke rumah mendapati buah yang dibeli rosak atau isinya keras," katanya.

Che Hassan berkata, alasan yang diberikan harga durian tidak boleh dikawal kerana ia buah bermusim adalah tidak lagi wajar.

Beliau menasihati pengguna membawa bekas ketika membeli durian agar tidak mudah tertipu.


"Nasihat saya apabila beli buah durian, jangan bawa balik sekali dengan kulit, sebaliknya kupas durian dan letak isi dalam bekas terlebih dahulu," katanya.

Perlu harga siling durian
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/597979/perlu-harga-siling-durian


Pandangan peribadi saya, durian masih boleh dijual secara timbang kilo tetapi menggunakan kaedah hanya isi durian yang ditimbang. Ini secara langsung dilihat akan mengurangkan kadar keuntungan yang bakal diperolehi para penjual. Terdapat beberapa risiko dalam jual beli yang perlu ditanggung oleh pembeli sekiranya kaedah sekarang masih digunapakai (durian mangkal, kulit tebal, pangsa sikit).

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.