Panduan mengisi borang Penilaian Tempat Kerja OSHWA di portal MyKKP


Adakah anda OSH Coordinator (OSH-C) di tempat kerja anda?

Sekiranya jawapannya ya, untuk pengetahuan anda pihak Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) telah membuat ketetapan di bawah Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 2016-2020 di mana aktiviti OSH Coordinator (OSH-C) perlu dipantau melalui perlaksanaan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja masing -masing menggunakan senarai semak OSHWA. 

Setiap OSH-C yang dilantik oleh Jabatan perlu mengemukakan pelaporan PENILAIAN TEMPAT KERJA (OSHWA) setiap 6 bulan sekali bagi tujuan rekod Jabatan. 

Anda diminta untuk melaksanakan dan menghantar  Senarai Semak (OSHWA) melalui portal MyKKP selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2020 dan 30 Julai 2020 bagi tempat kerja masing-masing. 

Maklumat di atas telah dikeluarkan oleh bahagian IKS JKKP Johor. Saya tidak pasti perlaksanaannya bagi negeri - negeri lain dan anda boleh berhubung terus dengan pejabat JKKP negeri anda.


Berikut adalah perkongsian ringkas cara untuk membuat Penilaian Tempat Kerja melalui portal MyKKP.

Langkah pertama, anda perlu mengklik menu Penilaian tempat kerja setelah login ke MyKKP.



Kemudian, anda perlu mengklik pada Aktiviti Penilaian Tempat Kerja seperti gambar.



Senarai semak OSHWA akan dipaparkan beserta maklumat terperinci tempat kerja anda.
Langkah seterusnya adalah memilih untuk memulakan audit melalui tetingkap seperti di bawah.



Setelah diklik, senarai semak/checklist akan dipaparkan dan anda disarankan untuk memuat turun Panduan senarai semak terlebih dahulu sebagai rujukan.


Setelah selesai Audit Dokumentasi, anda boleh meneruskan dengan Audit Fizikal.

Senang kan?

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.