Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (PenjanaKerjaya)


Apakah itu PenjanaKerjaya?
PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui Penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Negara (National Employment Services), PERKESO.



Apakah insentif di bawah PenjanaKerjaya?
Insentif di bawah PenjanaKerjaya meliputi 4 kategori berikut:
• #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil
pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan
sekolah dan graduan.

• #HireMalaysia - Terdapat tiga kategori:
     - Insentif Pengambilan Pekerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
     - Insentif Pengambilan Pekerja tempatan berumur 40 tahun sehingga 60 tahun; dan
     - Insentif Pengambilan Pekerja tempatan dalam golongan mudah terjejas terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work PERKESO.

Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada umur semasa tarikh pengambilan oleh majikan.

• Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja melalui majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;

• Program Latihan: menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah kategori #HireMalaysia.



Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?
 Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lain-lain pihak berkuasa dan PERKESO sebelum 1 Jun 2020;
● Permohonan bagi insentif ini adalah berdasarkan pekerja yang dilantik di bawah satu majikan yang berdaftar dengan SSM atau lain – lain pihak berkuasa. Sekiranya satu majikan mempunyai lebih daripada satu kod majikan dengan PERKESO (contohnya terdapat cawangan), permohonan yang dikemukakan di bawah kod majikan yang berbeza
oleh majikan yang sama akan digabungkan sebagai satu permohonan sahaja. 


Siapakah majikan yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya?
• Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan
• Majikan Sektor Awam, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).


Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya?
 Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak.
• Pekerja yang berhenti kerja secara sukarela (tidak termasuk yang hilang pekerjaan di bawah Skim VSS dan MSS).
• Pelajar internship yang masih belum menamatkan penggajian.
• Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik atau anak yang diambil sebagai pekerja.
• Pekerja yang pernah bekerja dan diambil semula bekerja dengan majikan yang sama





Muat turun dokumen: https://www.perkeso.gov.my/images/pengumuman/penjana/program_insentif/130720__-_FAQ_Program_Insentif_Pengambilan_Pekerja_dan_Program_Latihan_Hiring_Incentives_Program_and_Training_Program_di_Bawah_Program_Insentif_PenjanaKerjaya.pdf





Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan
Pautan : https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/program-insentif-pengambilan-pekerja-dan-bantuan-latihan

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.