Pusat operasi i-Rakyat Trade diserbu Polis


Pelaburan dalam bidang minyak dan gas di peringkat antarabangsa dengan pulangan lumayan kepada pelabur. Itu janji manis sindiket pelaburan online i-Rakyat Trade yang berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, operasi sepasukan JSJK Bukit Aman yang bermula pada jam 5 petang di Sri Petaling, Dang Wangi dan Jalan Klang Lama itu berjaya memberkas 10 individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun.

"Serbuan ini telah merampas pelbagai barang seperti komputer riba, telefon bimbit, jam tangan mewah, sim kad serta mata wang asing dan ringgit.

"Polis turut menyita enam buah kenderaan antaranya jenis Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Lamborghini, Toyota Vios dan Mercedes," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, katanya, setakat ini, polis telah menerima 22 laporan daripada mangsa dengan keseluruhan kerugian kira-kira RM200,000.

Tegasnya, kesemua suspek telah direman untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tindakan juga akan diambil di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Polis bongkar sindiket tipu pelaburan i-Rakyat Trade
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/92443/BERITA/Jenayah/Polis-bongkar-sindiket-tipu-pelaburan-i-Rakyat-Trade


Melalui carian di google search dengan kata kunci i-Rakyat Trade. Terdapat laman web dan laman page facebook yang dipaparkan. Jika dilihat pada tawaran yang dimuatnaik pada page facebook i-Rakyat Trade, jelas sekali ciri-cirinya selari dengan perkongsian saya berkaitan dengan pelaburan kripton sebelum ini.

Pelaburan matawang kripto Bitcoin 
Pautan : https://www.simiey.info/2020/02/pelaburan-matawang-kripto-bitcoin.html

Suka saya ingatkan, pelaburan yang sah tidak akan sesekali menjanjikan pulangan yang lumayan dalam tempoh yang singkat.

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.