Sabung nyawa buru kristal Gunung Keriang


Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. [1]

Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts (Metcalfe, I., 1981a) di barat laut Semenanjung Malaysia.

Gunung Keriang merupakan paling keselatan dari pembentukan Batu kapur Chuping. Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m (Khoo, 1996) melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang.

Kamal et. al (anggaran Mac'09) mengelaskan sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan yang terdapat di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.[2]

Gunung Keriang
Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Keriang



Cerita mengenai Gunung Keriang bermula apabila ada makhluk aneh dan mistik bernama Sang Gedembai yang telah jatuh cinta terhadap puteri raja. Namun lamarannya untuk berkahwin dengan puteri raja tersebut telah ditolak dan hal ini menyebabkan Sang Gedembai berasa marah dan tercabar. 

Sang Gedembai merupakan makhluk yang mempunyai kuasa sakti dan disifatkan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan besar. Sang Gedembai dikatakan tinggal di sebuah hutan dan berkuasa untuk menyumpah sesiapa sahaja yang dikehendakinya menjadi batu. 


Kemarahan Sang Gedembai terhadap puteri raja sudah sampai ke kemuncaknya apabila dia sanggup menyumpah puteri raja menjadi batu. Sewaktu peristiwa itu berlaku dikhabarkan sebuah kapal sedang membawa Pengantin Diraja iaitu puteri raja tersebut berlayar ke suatu tempat. 

Bukti yang mempamerkan bahawa Gunung Keriang ini berasal daripada sebuah kapal adalah berdasarkan penemuan terhadap tali panjang yang sebesar lengan dan ianya dipercayai tali daripada sebuah kapal. 


Selain itu, di dalam Gunung Keriang juga terdapat sebuah gua yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri raja. Penemuan tersebut menguatkan mitos yang diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. 

Bukti lain yang terdapat di Gunung Keriang ini adalah terdapat sebuah batu yang menyerupai manusia dan batu tersebut kelihatan seperti pengantin Cina bersanggul lintang dipercayai merupakan tuan puteri yang disumpah oleh Sang Gedembai. 


Sejauh mana kesahihan cerita ini kita tidak dapat pastikan, namun apa yang pasti ciri-ciri yang diceritakan semuanya terdapat di Gunung Keriang. Sehingga kini Gunung Keriang menjadi misteri dan tanda tanya penduduk mengenai kewujudannya.



Mitos Kewujudan Gunung Keriang di Kedah
Pautan : https://kedahnewsdotcom.blogspot.com/2018/02/mitos-kewujudan-gunung-keriang-di-kedah.html


Di sebalik keindahan Gunung Keriang 'disulami' pemandangan sawah yang menghijau, tidak ramai yang tahu ia mengungkap pelbagai kisah si pemburu batu kristal di dalam gunung berkenaan.

Kecantikan batu kristal di dalam gunung itu dapat dilihat sendiri oleh pengunjung di hampir 10 gerai yang menjual batu berkenaan di kaki Gunung Keriang, Kedah.

Namun, untuk mengambilnya ia menuntut kesabaran yang tinggi selain berdepan risiko kehilangan nyawa jika tersilap langkah.

Bagi penjual dan pencari batu kristal Gunung Keriang, Mahadi Mat Akhir,54, minatnya terhadap batu hiasan itu bermula sejak 23 tahun lalu selepas ramai kenalan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tetap menyara keluarga.


Katanya, batu kristal gunung terbabit mempunyai peminatnya tersendiri terutama kaum Cina yang percaya batu itu mempunyai aura baik serta mampu menolak aura jahat jika diletakkan di dalam rumah atau premis perniagaan.

Menceritakan pengalamannya, Mahadi berkata, walaupun beliau perlu menyelusuri kegelapan di dalam gua namun nalurinya untuk mengesan kedudukan batu itu sangat kuat.


"Untuk batu kristal yang berharga RM50,000 saya memburunya selama lima tahun, saya mengetuk dan menggoreng bahagian gua setiap hari kerana yakin akan terdapat batu besar yang cantik di dalamnya.

"Pada 2006, saya mula melakukan misi saya seorang diri, saya mengetuk dan menggali gua berbentuk 'zig zag' bagi memastikan tidak berlaku runtuhan, setiap hari saya akan habiskan masa kira-kira dua jam untuk menggali.



"Akhirnya selepas lima tahun saya menemui sebuah batu kristal yang besar dan cantik kira-kira satu meter tinggi dan lebar, saya mengambil masa 20 hari untuk mengorek dan mengetuk batu untuk di bawa keluar dari gunung.


"Kemudian saya mengambil masa lima hari untuk menurunkan batu kristal berkenaan bersama dua rakan dengan menggunakan peralatan khas,"katanya.

'Memburu' batu kristal Gunung Keriang
Pautan : https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/07/712449/memburu-batu-kristal-gunung-keriang

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.