Selamat pulang ke Bangladesh Rayhan Kabir!


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan.

"Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya," katanya ketika dihubungi hari ini.



Permit kerja Rayhan Kabir sudah dibatalkan
Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/598950/permit-kerja-rayhan-kabir-sudah-dibatalkan


Terdahulu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum itu mengesahkan telah menerima sebanyak lima laporan polis berhubung penyiaran dokumentari berkenaan yang berat sebelah, tidak tepat dan memburukkan Malaysia dalam usaha mengekang pandemik Covid-19 membabitkan warga asing.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.



Enam petugas Al Jazeera selesai beri keterangan
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/91607/BERITA/Nasional/Enam-petugas-Al-Jazeera-selesai-beri-keterangan


1 comments:

Thanks for your comment.