Besi keluli tertusuk dalam kepala budak umur setahun

 

Seorang kanak-kanak lelaki berumur satu tahun nyaris maut selepas kepalanya tertusuk sebatang besi keluli dalam satu kejadian di China semalam, lapor portal Daily Mail.

Bapa mangsa berkata, anaknya sedang bermain di luar rumah mereka lalu tergelincir dan kepala tertusuk batang besi yang terjulur atas penutup lurang.

“Saya berlari ke arah anak dan segera memeriksa keadaannya. Secara jujur, keadaan nampak tidak baik kerana ada besi menusuk ke dalam kepala,” katanya.


Bapa mangsa menggunakan alat pemotong playar untuk memotong batang besi itu dan membawa anaknya ke sebuah hospital di bandar Jinan, wilayah Shandong di China pada Khamis lalu untuk rawatan.

Sekumpulan pakar bedah yang diketuai Pengarah Unit Neurosurgeri, Dr. Wang Guangning melakukan pembedahan selama satu jam untuk mengeluarkan batang besi berkenaan.

“Semasa pesakit tiba ke hospital ini, dia berada dalam keadaan kritikal. Anak kecil ini bergelut untuk terus kekal sedar dan menunjukkan tanda-tanda demam,” katanya.

Imbasan X-ray menunjukkan besi itu hampir memecahkan pembuluh darah di dalam kepala iaitu pada perbezaan jarak kirakira 5 milimeter.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil tetapi masih berada di wad hospital untuk pemeriksaan lanjut. – AGENSI


Kepala anak kecil tertusuk besi keluli

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/16/kepala-anak-kecil-tertusuk-besi-keluli/

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.