Peluru komunis tertanam 35 tahun dalam badan

 

Kisah keberanian wira - wira negara mempertahankan negara seharusnya diceritakan agar dapat menyemarakkan lagi tahap patriotisme dalam diri anak-anak. Ditambah lagi kita berada dalam bulan kemerdekaan, diharap dapat menyemai rasa syukur di kalangan rakyat secara amnya.

Jika ditanya mengenai wira negara, susuk tubuh "Sarjan Hassan" pasti berlegar di kepala. Jujur saya nyatakan, filem Sarjan Hassan sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam.

Sarjan Hassan (diiklankan dalam poster sebagai Sergeant Hassan dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah filem peperangan Tanah Melayu 1958 yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958.[1][2][3]

Sarjan Hassan

Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sarjan_Hassan


Kisah Sarjan Hassan adalah perjuangan melawan tentera Jepun. Namun apa yang dikongsi di sini adalah kisah bekas anggota polis yang ditugaskan untuk memerangi kumpulan komunis bersama pasukannya.

Menceritakan detik hitam itu, Zainun berkata, pada 24 Mac 1986 dia bersama seorang rakannya sedang melakukan rondaan dengan menaiki kereta di bandar Bentong kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, pada waktu itu usaha menangani komunis sedang giat dilakukan dan terdapat laporan menyatakan saki baki komunis memasuki bandar Bentong membuatkan pihak berkuasa perlu membuat rondaan dan kawalan berterusan.

“Ketika meronda saya dan rakan melihat sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di bandar Bentong yang dipercayai salah seorang ketua pemuda komunis pada masa itu.

“Kami kemudian tidak teragak-agak menghampirinya dan apabila dekat lelaki berkenaan secara tiba-tiba melepaskan tembakan jarak dekat kepada kami sebelum dia melarikan diri,”katanya.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu dia menyedari ditembak di bahagian perut dan rakannya terkena beberapa das tembakan di kaki sebelum dia segera membawa kereta ke hospital.

Zainun memberitahu, akibat kejadian itu dia terpaksa mendapatkan rawatan selama sebulan di hospital dan terpaksa hidup bebarapa bulan dalam keadaan saluran usus berada di luar perut.

Menurut Zainun, peluru berkenaan tidak dapat dibuang kerana boleh menyebabkan risiko yang lebih teruk akibat pembedahan.

Katanya, meskipun sudah tidak berasa sakit kesan tembakan dan peluru yang tertinggal itu tetapi detik hitam ditembak komunis sentiasa dalam ingatannya.

Semasa kejadian saya terkena satu das tembakan di bahagian perut menyebabkan ia menembusi usus saya manakala rakan saya terkena dua das tembakan pada kaki kiri.

“Keadaan saya ini membuktikan keganasan komunis yang tidak boleh diterima dan sebagai rakyat Malaysia kita harus menghargai kemerdekaan dan menolak sebarang anasir dan fahaman komunis yang juga bertentangan dengan ajaran Islam,”katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Hidup bersama peluru komunis dalam badan

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/08/13/hidup-bersama-peluru-komunis-dalam-badan/


Semoga Pakcik Zainun diberikan kesihatan yang baik dan jasa beliau dan pasukannya amat dihargai.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-63

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.