Redah banjir selamatkan koleksi Gundam suami

 

Gundam (ガンダム Gandamu) ialah satu metasiri anime yang menampilkan robot gergasi atau "mecha" yang dipanggil "mobile suit", dan direka oleh Sunrise.


Metasiri ini bermula dengan siri anime Mobile Suit Gundam yang mula disiarkan pada 7 April 1979. Dari situ, siri ini berkembang dengan pelbagai francais media yang merangkumi pelbagai media - OVA, novel, manga dan juga media lain. Cerita asal yang disiarkan pada tahun 1979 ini, telah dikembangkan dengan sambungan, pendahulu, kisah sampingan dan juga garis masa yang berlainan. Ini menjadikan Gundam sebagai satu metasiri.


Siri Gundam yang berlainan garis masa secara kasarnya tidak berkait antara satu sama lain, tetapi terdapat beberapa siri anime dan manga yang mengaitkan semua garis masa seperti dalam siri Turn A Gundam.[1]


Selain itu kemunculan model plastik Gundam atau Gunpla, telah menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang terkenal.


Gundam

Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Gundam


Sebuah robot humanoid gergasi yang canggih sedang dibina di selatan bandar raya Tokyo. Menurut portal kejuruteraan, Interesting Engineering pada 22 Julai lalu, kerja-kerja bagi membina robot yang dikenali dengan nama Gundam setinggi 18.2 meter itu masih diteruskan walaupun negara itu dibelenggu dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Apabila siap, robot tu dikatakan boleh berjalan dengan menggunakan alat kawalan dan keseluruhan beratnya boleh mencecah 25 tan.

 

Gundam robot gergasi Jepun

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/93822/GLOBAL/Gundam-robot-gergasi-Jepun


Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan koleksi figura Gundam milik suaminya selepas rumah mereka dilanda banjir di Yudong, China.


Video tular di laman Weibo menunjukkan wanita itu sanggup memecahkan tingkap rumah untuk menyelamatkan koleksi figura Gundam yang disifatkan barang berharga mempunyai nilai estetika dan sentimental.


Menerusi laporan Unilad, seorang saksi memberitahu, pihak berkaitan mengumumkan air tidak naik ke paras dua tingkat bangunan, namun tiba-tiba air naik mendadak tanpa sempat menyelamatkan barang berharga.


Suami wanita itu tidak mahir berenang mendorong isterinya menyeberangi Sungai Yangtze sebelum membawa keluar figura Gundam ke tempat lebih selamat bagi mengelak ia rosak.


Pecah tingkap, redah banjir selamatkan koleksi Gundam suami

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97806/GLOBAL/Pecah-tingkap-redah-banjir-selamatkan-koleksi-Gundam-suami

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.