Rumah dilengkapi kubu bawah tanah berharga RM75.6 juta

 

Luarannya nampak biasa saja, namun sebuah rumah di Amerika Syarikat (AS) dijual dengan harga AS$18 juta (RM75.6 juta) kerana keunikan tersendiri. Ia memandangkan rumah terletak dua batu (kira-kira 3.2 kilometer) dari Las Vegas itu dibina dengan kubu bawah tanah sebagai tempat perlindungan jika berlaku serangan bom.


Kediaman itu dibina pada 1978 di atas tanah berkeluasan 15,000 kaki persegi. Ruangan dalamannya berkeluasan 5,000 kaki persegi dilengkapi dengan gaya era tahun 1970-an termasuk hiasan lukisan mural.


Bercakap kepada Business Insider, ejen hartanah, Stephan LaForge berkata, nilai tinggi rumah itu terletak pada ruangan kubu bawah tanahnya. Menurutnya, ia sukar digambarkan oleh seseorang dengan hanya melihat gambar berbanding melihat sendiri apa yang terdapat di dalamnya.


LaForge berkata kepada Realtor.com, harga yang tinggi itu menggambarkan kesukaran rumah dengan kemudahan seumpama itu pada hari ini. Kali terakhir rumah itu dijual adalah pada 2015 dengan harga AS$1.15 juta (kira-kira RM4.83 juta).


Rumah itu memiliki keunikan tersendiri dan cukup terkenal. Hartanah itu memiliki lima bilik tidur, enam bilik mandi dan kolam renang. Selain itu, kubu berkenaan mempunyai akes Internet. Bagi memberikan penghuninya pengalaman seperti berada di atas tanah, terdapat ruangan khusus yang diwarnai lukisan dengan imej halaman rumah dan pokok.


Menariknya, pencahayaan turut diambil kira apabila ia berubah mengikut keadaan masa seperti di atas tanah. Hartanah itu kini dimiliki oleh satu persatuan dan ia sudah melakukan beberapa penambahbaikan termasuk meletakkan perabot tahan lama bersesuaian untuk keselesaan bakal pembeli.


RM75.6j harga rumah ada kubu bawah tanah

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/08/611397/rm756j-harga-rumah-ada-kubu-bawah-tanah


Melalui carian dengan kata kunci "fortress house las vegas $18 million", saya telah mendapati terdapat satu laman web yang telah berkongsi gambar ruangan kubu bawah tanah rumah yang diceritakan di atas pada tahun 2019.


Melalui gambar - gambar yang dikongsikan, ternyata keadaan dalam rumah tersebut amat mengagumkan dan bagi saya ia menjawab persoalan kenapa telah ditawarkan dengan harga yang sebegitu tinggi.






Terdapat 24 keping gambar kesemunya dan anda boleh melihatnya di galeri forbes.com denagn mengklik pautan di bawah.


Bizarre Underground Bomb Shelter Mansion Listed In Las Vegas For $18 Million

Pautan : https://www.forbes.com/pictures/5c5f4ea631358e2a162eccb4/inside-look-at-the-18-mil/#21f7fb8266e0

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.