Aplikasi Tiktok dan Wechat diharamkan di Amerika Syarikat

 

Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan perintah melarang muat turun aplikasi video popular, TikTok dan menyekat penggunaan aplikasi China, WeChat, mulai esok.


Bagaimanapun, pengguna TikTok yang sudah memuat turun aplikasi itu masih boleh mengakses perkhidmatan berkenaan hingga 12 November depan.


TikTok yang dimiliki syarikat dari China, ByteDance manakala WeChat milik Tencent didakwa menggunakan aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.


Jangka masa itu berpotensi memungkinkan hubungan antara TikTok dan syarikat AS yang diperintah oleh pentadbiran Donald Trump untuk melindungi data bagi aplikasi hiburan popular itu.


Pegawai AS menyifatkan langkah itu penting bagi keselamatan negara kerana Presiden AS, Donald Trump, kini bergelut dengan Beijing dalam beberapa isu sehingga menyukarkan kempen pemilihan semulanya.


Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, dalam satu kenyataan berkata, Parti Komunis China menunjukkan cara dan motif untuk menggunakan aplikasi itu untuk mengancam keamanan nasional, dasar luar serta ekonomi AS.


TikTok, dalam satu kenyataan semalam mengecam larangan AS itu dan mengatakan akan terus menghalang tindakan keras oleh pentadbiran Trump.


"Kami tidak setuju dengan keputusan Jabatan Perdagangan AS dan kecewa dengan larangan memuat turun aplikasi ini mulai esok kerana ia menghalang ruang untuk hiburan, meluahkan diri serta perhubungan," katanya.


Tindakan itu secara langsung melumpuhkan penggunaan WeChat di AS, yang digunakan untuk membuat pesanan, membeli-belah, pembayaran dan perkhidmatan lain.


Sementara itu, TikTok pula tidak boleh lagi diakses daripada pasaran dalam talian dikendalikan oleh Apple dan Google.


Perkhidmatan di WeChat juga akan 'diturunkan taraf' selepas esok berikutan sekatan terhadap perkhidmatan digital AS yang menyokong aplikasi itu.


Pengguna yang sudah memuat turun WeChat mungkin masih mempunyai capaian akses namun tidak akan berfungsi terutama selepas esok.


TikTok, WeChat diharamkan di AS mulai esok

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/09/622183/tiktok-wechat-diharamkan-di-mulai-esok

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.