Aksi menakutkan labah-labah tarantula gergasi memakan seekor burung dirakam oleh seorang individu tidak dikenali yang kemudian memuat naik video tersebut di laman web Reddit, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Rakaman itu memaparkan seekor labah-labah tarantula dipercayai daripada spesies ‘pink toe’ atau Avicularia avicularia, menangkap seekor burung dengan kaki-kaki berbulunya dan memakan haiwan itu perlahan-lahan. Spesies burung tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
“Ia merupakan spesies labah-labah paling besar di dunia,” ujar individu tersebut.
“Tapi itu cuma andaian saya sahaja.
“Saya mengesyaki labah-labah tersebut mampu mengunyah apa sahaja yang boleh dimakan,” katanya.
Menurut Dunlop, tarantula akan menyuntik sejenis racun untuk pencernaan dan menyedut cecair pada mangsanya untuk dimakan sehingga kering.Sisa seperti tulang dan bulu pelepah akan dibuang.
Labah-labah ‘pink toe’ adalah spesies labah-labah berbisa yang ditemui di Brazil terutamanya di hutan Amazon dan saiznya boleh membesar sehingga 13 sentimeter. – Agensi
Labah-labah memakan burung
Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/09/12/labah-labah-memakan-burung/
0 comments:
Catat Ulasan
Thanks for your comment.