Petani Indonesia angkut padi guna Lamborghini

 

Apakah pandangan anda bila melihat petani menggunakan Lamborghini untuk mengangkut padi??

Adakah ini satu penghinaan kepada pemilik-pemilik lamborghini. Hahaa..


Sekadar perkongsian dengan pembaca, pernah terjadi suatu ketika dahulu seorang Maharaja India, Jai Singh telah diperlekehkan oleh jurujual Rolls Royce di satu pusat pameran kereta di London. Sebagai pengajaran, Baginda telah membeli 7 buah kereta Rolls Royce dan digunakan untuk menyapu, mengutip dan menghantar sampah di India. Cuba bayangkan betapa mahal "harga pengajaran" yang perlu dibayar oleh syarikat tersebut kerana pada ketika itu model Rolls Royce adalah jenama nombor satu dunia..

Pautan :  https://iluminasi.com/bm/kisah-kereta-rolls-royce-digunakan-untuk-mengangkut-sampah-oleh-maharaja-india.html


Berbalik kepada cerita Lamborghini tadi, seorang petani di Aceh menarik perhatian ramai kerana menuai dan mengangkut padi menggunakan kereta sport ‘Lamborghini’, lapor laman berita suara.com.


Bagaimanapun, pandangan dari dekat mendapati kereta mewah itu sebenarnya replika yang diubah suai daripada sebuah motosikal jenis Yamaha Vixion.


Replika mirip kereta Lamborghini sebenar itu mengundang respons ramai pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan rekaannya.



Pesawah Aceh angkut padi guna kereta ‘Lamborghini’

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/09/13/pesawah-aceh-angkut-padi-guna-kereta-lamborghini/

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.