Petronas janji tidak buang pekerja pemotongan gaji dalam pertimbangan

 

Petronas memberi jaminan tidak akan melaksanakan pembuangan pekerja meskipun berdepan dengan prestasi mencabar ketika ini.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, kumpulan bagaimanapun akan melihat jika terdapat keperluan melaksanakan pemotongan gaji.

"Tidak ada pembuangan pekerja kerana kami ibarat sebuah keluarga. Walaupun berdepan dengan kekangan kewangan tetapi kami masih mengekalkan prestasi semasa.


"Mengenai pemotongan gaji pula, kami sedang melihat perkara itu dan masih dalam pertimbangan akhir. Masih tiada keputusan. Segala keputusan mengenai pemotongan gaji akan disampaikan terlebih dulu kepada kakitangan kami," katanya selepas pengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2020 Petronas di sini, hari ini.


Tengku Muhammad Taufik berkata, sebagai tindak balas prestasi kurang memberangsangkan kumpulan, Petronas mengambil langkah segera mengendalikan serta mengukuhkan ketahanan dan memastikan kelangsungan jangka masa panjangnya.


Beliau berkata, Petronas komited mengambil semua langkah yang diperlukan untuk pemulihan termasuk penyusunan semula portfolio serta modal insan.


Katanya, ketika pandemik Covid-19 juga, Petronas terus memainkan peranan penting dan sentiasa memastikan keselamatan kakitangan menjadi keutamaan.


"Operasi perniagaan kumpulan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkepentingan yang lain serta mengikuti prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan," katanya.


Petronas tak buang pekerja

Pautan : https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/617212/petronas-tak-buang-pekerja


Petroliam Nasional Berhad[5] atau lebih dikenali sebagai Petronas (digayakan sebagai PETRONAS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut. 


Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[6][7][8]


Petronas

Pautan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Petronas


Sama-sama kita beri sokongan dengan berbelanja di stesen-stesen minyak Petronas. Kepada yang belum tau, anda boleh menggunakan aplikasi Setel dan boleh membuat pembayaran petrol dan diesel tanpa perlu berjalan ke kaunter.




Anda turut berpeluang mendapat kredit RM5 percuma selepas pembelian RM30 pertama dengan menggunakan kod referral 5k988 pada aplikasi Setel.

Pautan : https://www.setel.my/ref/5k988

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.