• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Makanan sejuk beku positif Covid-19

 Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.


Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.


Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.


Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.


China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.


Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.


Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.


Makanan sejuk beku dikesan positif Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/11/647482/makanan-sejuk-beku-dikesan-positif-covid-19

Darth Vader meninggal dunia sakit tua

 

Aktor, Dave Prowse yang terkenal memegang watak Darth Vader dalam trilogi filem Star Wars, meninggal dunia disebabkan sakit tua pada usia 85 tahun, hari ini.


Berita sedih itu disahkan wakil pengurusannya, Thomas Bowington yang menyifatkan pemergiannya adalah satu kehilangan cukup besar dan menyedihkan peminat seluruh dunia.


"Ia penuh menduka citakan dan menyayat hati buat kami serta jutaan peminat seluruh dunia, untuk mengumumkan Dave Prowse meninggal dunia pada usia 85 tahun.


"'May the force be with him', selamanya. Meskipun banyak kali melakonkan watak jahat, saya dan semua yang pernah bekerja dengannya menganggap dia hero dalam hidup kami," katanya.


Prowse memegang watak Darth Vader untuk tiga filem terawal Star Wars pada 1977, 1980, dan 1983. Dia juga pernah membintangi filem The Horror of Frankenstein pada 1970 dan Carry on Henry (1971).


'Darth Vader' Prowse meninggal dunia sakit tua

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/2020/11/647453/darth-vader-prowse-meninggal-dunia-sakit-tua

Building Blocks cincin lego berharga RM96,000

 

Pereka barang kemas tersohor, Nadine Ghosn melancarkan koleksi terbaharu yang diinspirasikan daripada mainan kanak-kanak iaitu lego.


Ghosn yang terkenal dengan rekaan barang kemas pelik seperti cincin burger tampil dengan koleksi baharu yang diberi nama ‘Building Blocks’.


Koleksi unik ini mengambil masa dua tahun untuk direalisasikan kerana proses mengukir berlian mengikut bentuk lego adalah sangat sukar.


“Meskipun saya dapat melihat dengan jelas apa yang saya inginkan daripada koleksi ini sejak awal lagi tetapi projek ini memakan masa.

“Setiap proses bermula dengan mencari bahan paling sesuai dan menyempurnakan konsep sambil bekerja rapat dengan tukang ukir berlian adalah perkara paling penting dalam menjayakan koleksi ‘Building Blocks’,” katanya dalam status di Instagram.


Tambahnya, koleksi barangan kemas berbentuk lego ini seperti melawat semula zaman kanak-kanak yang mengajarnya tentang bagaimana untuk membina sesuatu.


“Melawat alam kanak-kanak dengan memori tentang blok mainan pertama. Kali ini dalam bentuk lebih besar, lebih cantik dan lebih baik,” tulisnya.


Harga koleksi ini dilaporkan bermula dari AS$4,480 (RM18,312) hingga $23,380 (RM95,565). – ETX Studio


Sumber asal : Barang kemas bentuk lego berharga RM96,000

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/11/24/barang-kemas-bentuk-lego-berharga-rm96000/

Hasilkan emas putih dari ekzos kereta lama

Sindiket curi ekzos kereta terbiar di tempat letak kenderaan bawah tanah dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang tumpas dalam satu serbuan pada 6 Oktober lalu.


Tangkapan terhadap dua lelaki berusia 36 dan 43 tahun itu dibuat selepas pihak polis menerima satu aduan daripada pengawal keselamatan sebuah bangunan kediaman di Puchong berhubung kegiatan dua suspek mencuri komponen daripada kereta terbiar di kawasan tersebut.


Bertindak atas maklumat polis menahan dua lelaki berkenaan di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur sebelum membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang juga pembeli utama barang curi itu di kawasan tepi jalan SS2, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, hasil siasatan terhadap suspek ketiga berusia 54 tahun itu mendapati setiap satu ekzos yang dicuri suspek akan dibeli dengan harga lingkungan RM350 hingga RM650 mengikut jenis kenderaan.


Katanya, suspek akan menjual ekzos tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai pembekal barang kemas dengan kadar RM1,500 setiap satu.


“Hasil siasatan mendapati di dalam tabung ekzos itu mempunyai tiga bahan iaitu paladium, rodium, platinum yang akan dicampur dengan bahan kimia tertentu bagi menghasilkan emas putih.


“Siasatan lanjut juga mendapati, suspek utama ini aktif membeli ekzos curi daripada suspek sekitar Lembah Klang sejak tahun 2018,” katanya pada sidang akhabr di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.


Menurutnya lagi, pihak polis berjaya merampas 15 buah tabung ekzos yang disimpan suspek di kawasan semak di Petaling Jaya.


Katanya, siasatan juga mendapati kereta jenis Kia dan Hyundai menjadi sasaran utama suspek-suspek yang terlibat dalam kegiatan curi komponen kenderaan sebelum dijual kepada suspek utama itu.


“Selain itu, kereta tahun 2010 turut menjadi sasaran kerana lebih lama sesebuah kenderaan itu banyak bahan untuk menghasilkan emas putih,” ujarnya.


Tambah Razali, ketiga-tiga tangkapan direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).


“Kita minta orang ramai khususnya yang kehilangan ekzos tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya. – K! ONLINE

Curi ekzos kereta untuk hasilkan emas putih

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2020/11/16/curi-ekzos-kereta-untuk-hasilkan-emas-putih/

Tengku Permaisuri hadiahkan Athirah motosikal

 

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor, Rabu lalu.


Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang menimpa Nur Athirah.


Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.


Nur Athirah adalah anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak sebagai penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.


Menurut kenyataan itu lagi, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.


Titah baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, baginda amat berharap masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.


Baginda turut mendoakan sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.


Terdahulu, motosikal Yamaha 135LC milik Mur Athirah dengan nombor plat BQF2182 hilang di depan pasar raya Batu Caves.


Nur Athirah berkata, dia ke pasar raya itu pada jam 1.30 petang untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.


"Apabila kembali ke kawasan parkir tidak sampai 10 minit, saya dapati motosikal sudah tiada sebelum diberitahu ia dicuri," katanya.


Alhamdulillah, Tengku Permaisuri Selangor gantikan motosikal Athirah yang dicuri

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/638887/alhamdulillah-tengku-permaisuri-selangor-gantikan-motosikal-athirah-yang