• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

KKM saran tidak ambil Ivermectin untuk rawat dan cegah Covid-19

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan Covid-19.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hal ini berikutan tiada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaannya dalam rawatan dan pencegahan Covid-19.



Menurutnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia.


"Untuk makluman, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) belum pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan ataupun sebagai pencegahan Covid-19.


"Perkara ini dijelaskan oleh FDA dalam artikel yang bertajuk Why You Should Not Use Ivermectin to Treat or Prevent Covid-19 bertarikh 3 Mei 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, selain itu, European Medicines Agency (EMA) juga mengambil pendekatan yang sama iaitu belum mencadangkan penggunaan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 susulan tiada data klinikal yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk itu dalam merawat atau mencegah Covid-19 sebagaimana kandungan artikel yang bertajuk EMA Advises Against Use of Ivermectin for the Prevention or Treatment of Covid-19 Outside Randomised Clinical Trials pada 22 Mac 2021.


"Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan Covid-19 dalam kajian/percubaan klinikal sahaja berdasarkan penjelasan dalam artikel yang bertajuk WHO Advises That Ivermectin Only Be Used to Treat Covid-19 Within Clinical Trials pada 31 Mac lalu.


"Oleh itu, memandangkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat di Malaysia, KKM tiada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin bagi tujuan percubaan klinikal sahaja di Malaysia," katanya.


Beliau berkata, KKM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam mengharungi pandemik Covid-19 dengan memberikan perhatian penuh kepada rawatan dan pencegahan Covid-19 yang diluluskan untuk kegunaan rakyat di negara ini.


"Pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah yang paling efektif pada masa ini untuk mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia," katanya.


KKM nasihatkan orang ramai usah ambil Ivermectin bagi rawatan Covid-19

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/706604/kkm-nasihatkan-orang-ramai-usah-ambil-ivermectin-bagi-rawatan-covid-19

12 fakta anak kidal yang ibu bapa mesti tahu


Berikut adalah fakta mengenai anak kidal;

1. Otak kanan lebih dominan

2. Kreatif dan rajin

3. Kadang - kadang tulis terbalik (mirror writting)

4. Kidal bukan sejenis penyakit

5. Ramai yang hebat dalam sukan dan muzik

6. Kerap tertukar tangan kiri semasa makan. Ibu bapa kena bersabar dan tegur berulang kali.



7. Hampir kesemua aktiviti menggunakan tangan kiri. Walaubagaimanapun ada juga yang boleh guna kedua belah tangan (ambidextrous)

8. Hadapi kesukaran menggunakan peralatan seharian (contohnya gunting - tolong carikan yang sesuai)

9. Tulisan comot kerana terkena tapak tangan sendiri





10. Bakal hadapi sedikit kesukaran ketika berada di universiti dengan kerusi yang dipasang meja dengan meja menulis kecil

11. 13 Ogos setiap tahun adalah hari kidal sedunia

12. Anak kidal adalah istimewa & genius (kebanyakan orang terkenal di dunia adalah bertangan kidal)


Kredit : GPS Bestari
Pautan : https://www.facebook.com/gpsbestari/posts/1751364575140047

Pengguna dakwa akaun Facebook "like" page Jerusalem Prayer Team tanpa kebenaran

 

Sekitar jam 8 malam tadi, pengguna Facebook di Malaysia menjadi kecoh kerana terdapat dakwaan pihak Facebook telah secara rawak mensasarkan akaun pengguna untuk "like" Page Jerusalem Payer Team tanpa kebenaran pengguna.


Page berkenaan dikatakan telah mengumpul sehingga 70 juta pengikut hanya dalam masa beberapa jam sahaja dan kejadian ini seakan satu perkara yang mustahil untuk dicapai.


Rata-rata pengguna dari Malaysia telah bertindak berkongsi dengan sahabat dan saudara mara yang terlibat agar mengambil tindakan sewajarnya. 


Snapshoot adalah seperti di bawah.






Persoalan siapakah dalangnya dan bagaimana pelanggaran ini terjadi masih belum terjawab??


Adakah akaun anda juga terlibat??


Kredit : Azie Surip

Polis pantau posting raya di facebook

 

Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada sekatan jalan raya (SJR) tetapi ‘posting’ atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan arahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19, dipatuhi.




Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pemantauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.


"Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.

"Kalau pasukan menerima ‘posting’ gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di SJR Tol Senawang hari ini.


Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melanggar SOP. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/138398/BERITA/Semasa/Awas-polis-pantau-posting-raya-dalam-Facebook

Pasang jaring perangkap mayat hanyut disyaki positif Covid-19 di Sungai Ganges

 

Pihak berkuasa utara India memasang jaring di Sungai Ganges selepas puluhan mayat disyaki mangsa COVID-19 dihanyutkan di dalamnya.


Penemuan 71 mayat di bahagian Bihar menimbulkan kebimbangan virus itu akan sampai ke kawasan pedalaman India yang luas di mana dua pertiga penduduknya tinggal.


Penduduk tempatan berkata mayat itu dilepaskan ke sungai kerana mereka tidak dapat membeli kayu untuk upacara pembakaran selain terlalu banyak mayat perlu dikebumikan.


Seorang lelaki meratapi kematian anaknya akibat COVID-19 di New Delhi, sebelum beliau bersama sukarelawan perubatan menguruskan pengebumian. - Foto AFP

Menteri Sumber Air Bihar, Sanjay Kumar, dalam ciapan di Twitter, berkata jaring itu ditempatkan di sungai di sempadan negara dengan Uttar Pradesh dan rondaan turut ditingkatkan.


Katanya, pemerintah negara itu sedih dengan tragedi berkenaan di samping membahayakan Sungai Ganges kerana hasil siasatan mengesahkan ia adalah mayat mangsa yang maut antara empat hingga lima hari lalu.


Laporan akhbar turut menyatakan sebanyak 25 mayat ditemui di daerah Gahmar, Uttar Pradesh.


The Hindu memetik seorang pegawai polis tempatan, Hitendra Krishna, mengatakan terdapat barisan panjang di tempat pembakaran mayat di negeri di utara itu.


"Tidak mustahil dalam keadaan terburu-buru, mayat dibuang ke sungai begitu saja," kata .


Angka kematian rasmi COVID-19 di India melonjak lagi hari ini tetapi ramai pakar percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.


Coronavirus ini merebak ke luar bandar di mana hospitalnya sedikit dan jauh jaraknya di antara mereka selain prosedur simpanan rekod yang teruk.


Sementara itu, di New Delhi, seorang lelaki berusia 56 tahun yang dijangkiti COVID-19 ditemui mati di tepi jalan di Shimla, Himachal Pradesh petang semalam.


Lapor The Indian Express, polis berkata mayat pesakit COVID-19 itu dijumpai berhampiran kawasan taman di Khalini kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan).


"Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke lokasi itu dan membawa lelaki tersebut ke Hospital IGMC di Shimla untuk pemeriksaan.


"Sebaik tiba di unit kecemasan hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum dan mayatnya dibawa untuk bedah siasat dan disahkan positif COVID-19," kata pegawai dari Balai Polis Timur Shimla.


Berdasarkan siasatan awal polis, individu itu dikenal pasti sebagai Sarjeet Singh dan bekerja di Jabatan Kerja Raya India. - AGENSI


Jaring dipasang bagi perangkap mayat di Sungai Ganges

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/816411/jaring-dipasang-bagi-perangkap-mayat-di-sungai-ganges

Teleskop gergasi James Webb Space sedia dilancarkan menerusi roket Ariane 5 hujung Oktober


Teleskop ruang angkasa terbesar dan terhebat di dunia membuka cermin emas gergasi buat kali terakhir di bumi semalam, sebelum balai cerap bernilai AS$10 bilion (RM41.24 bilion) dilancarkan akhir tahun ini.


NASA berkata, cermin Teleskop James Webb Space berukuran 6.5 meter (m) mengembang sepenuhnya dan terkunci pada tempatnya, ujian terakhir bagi memastikan ia bertahan dalam perjalanan 1.6 juta kilometer (km) dan sedia untuk mengetahui asal-usul semesta.




Kontraktor utama Northrop Grumman, Scott Willoughby, berkata ia seperti membuat jam tangan Swiss setinggi 12.2 m dan menyediakannya bagi perjalanan memasuki ruang vakum pada suhu -240 celsius (°C), empat kali lebih jauh dari bulan.


Beliau bercakap di lapangan terbang syarikat itu di Pantai Redondo, California, lokasi teleskop itu akan dihantar ke Guiana Perancis untuk dilancarkan menerusi roket Ariane 5 yang dijadualkan NASA, pada 31 Oktober depan.


Cermin utama Webb dibuat daripada 18 segmen heksagon, bersalut lapisan emas sangat nipis bagi meningkatkan pantulan cahaya inframerah.


Ia dilipat seperti origami ketika dilancarkan bagi memastikan muat di dalam reraut roket 5m, sebelum menggunakan 132 penggerak dan motor untuk membengkokkan setiap cermin ke kedudukan tertentu.


Cermin itu akan berfungsi sebagai pemantul besar, membolehkan teleskop melihat lebih jauh ke dalam kosmos berbanding sebelum ini. - AFP

Kerajaan sedia guna vaksin Covid-19 Sinovac


Negara sedia menggunakan lebih 500,000 dos vaksin Covid-19 keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd China yang dibotolkan oleh Pharmaniaga LifeSciences Sdn Bhd.


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Pharmaniaga dijangka membekalkan sejumlah 180,000 dos minggu ini.



Beliau berkata, sejumlah 450,000 dos lagi dijangka tersedia pada 18 Mei ini.


Katanya ia kini sedang melalui ujian oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).


"Vaksin yang dibekalkan secara 'fill-and-finish' akan mula digunakan bermula bulan ini," katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) di sini, tadi.


Khairy berkata, negara akan menerima bekalan seterusnya vaksin keluaran Pfizer-BioNTech 259,740 dos bulan ini.


Beliau berkata, sebanyak 197,730 dos akan tiba pada 19 Mei diikuti sebanyak 44,460 dos pada 20 Mei sebelum 17,550 dos lagi akan tiba sehari kemudian.


"Termasuk dengan angka ini, jumlah dos vaksin Pfizer yang sudah dan akan kita terima sehingga 21 Mei adalah 2,490,930 dos.


"Bagi vaksin AstraZeneca, ketibaan bekalan kedua adalah dijadualkan pada 20 Mei 2021 dan yang ketiga pada 1 Jun 2021 dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran," katanya.


Sementara itu, Khairy berkata, setiap tiga daripada setiap vaksin Covid-19 yang sudah tiba di negara ini, telah digunakan.


Justeru, beliau sekali lagi menafikan kadar vaksinasi negara adalah rendah.


"Untuk makluman kadar penggunaan vaksin di Malaysia untuk waktu ini adalah 75 peratus. Sememangnya, kami ingin meningkatkan lagi kadar ini ke 80 peratus, tetapi sudah pastinya kami tidak boleh pergi lebih tinggi daripada peratusan ini kerana perlunya simpanan untuk dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti dijadualkan," katanya.


Beliau berkata ketika ini, proses vaksinasi dijalankan selama enam hari seminggu dan ia akan ditingkatkan kepada tujuh hari seminggu sebaik bekalan vaksin Covid-19 meningkat dengan ketibaan lebih banyak bekalan vaksin di masa depan.


Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta mana-mana individu yang mengalami kesan samping yang teruk selepas menerima vaksin Covid-19 untuk tampil mendapatkan rawatan dengan segera.


Beliau berkata, bahagian farmasi di KKM akan merekodkan semua laporan serta aduan yang diterima melalui aplikasi MySejahtera.


Menurutnya, KKM juga mengumpul rekod aduan yang dikemukakan penerima apabila mereka menerima rawatan di hospital.


"Dengan kes kesan samping serius, kami dapati mereka tidak memerlukan rawatan di hospital yang berpanjangan.


"Kami merayu kepada penerima jika mereka memerlukan rawatan di hospital, jangan tunggu di rumah," katanya.


Rakyat Malaysia akan mula guna vaksin Sinovac

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704662/rakyat-malaysia-akan-mula-guna-vaksin-sinovac

Polis buru pelaku vandalisme terhadap penghadang plastik dan kawat duri di sempadan Terengganu-Kelantan

 

Segelintir individu tidak bertanggungjawab dipercayai membakar penghadang plastik dan kawat duri di Kampung Gong Lapang, di sini, semalam sebagai protes terhadap penutupan laluan tikus di sempadan Terengganu-Kelantan.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan vandalisme itu disedari anggota polis yang membuat rondaan di kawasan laluan tikus itu malam semalam.



Katanya, ia bukan kejadian vandalisme pertama sebaliknya sudah beberapa kali apabila penghadang jalan plastik ditebuk dan dibuang air serta dialihkan di beberapa laluan tikus sepanjang sempadan negeri ini.


"Sebelum ini, hanya 15 lorong tikus sahaja yang ada bagi menghubungkan penduduk di dua negeri ini tetapi bertambah kepada 26 lorong tikus baharu sebaik sahaja tindakan menutup lorong tikus dilaksanakan.


"Perbuatan membakar penghadang jalan itu menunjukkan ada pihak tidak puas hati dengan tindakan tutup laluan untuk menghalang pergerakan rentas sempadan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelang Aidilfitri, Khamis ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Rozak berkata, pihaknya kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang masih berdegil, keras kepala, tidak ambil kisah dan ambil tahu mengenai arahan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan.


"Mereka seolah-olah memberontak kerana laluan tikus yang biasa dilalui ditutup sepenuhnya di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan," katanya.


Katanya, tindakan pantas memasang penghadang jalan konkrit di laluan tikus berkenaan diambil dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan kembali dirosakkan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan vandalisme diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Besut di talian 09-6959999," katanya.


Kenapa keras kepala bakar 'halangan' di laluan tikus?

Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704288/kenapa-keras-kepala-bakar-halangan-di-laluan-tikus

Datuk Ayob Khan terima notis saman fitnah RM50 juta

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan sepenuhnya terhadap keputusan mahkamah berhubung notis saman fitnah RM50 juta yang dituntut seorang peguam, Kamal Hisham Ja’afar.


Ayob Khan berkata, kes notis saman itu sudah diterima pihaknya dan masih menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.



“Itu hak dia, kita tunggulah perbicaraan di mahkamah nanti.


“Sepatutnya tidak timbul isu ini (saman fitnah), dia (Kamal Hisham) ditangkap dan dituduh di mahkamah (kes penipuan pengiklanan), bila di mahkamah, dia boleh bela diri,”katanya selepas mengadakan lawatan di sekatan jalan raya (SJR) di Seelong di sini hari ini.


Notis saman fitnah itu diserahkan Kamal Hisham menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates kepada Ayob Khan pada pukul 10.30 pagi, 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.


Notis tuntutan itu adalah berkaitan sidang akhbar yang dilakukan Ayob Khan berkaitan seorang peguam memperdaya sebuah syarikat pengiklanan dengan menyamar sebagai peguam Istana Johor yang diadakan pada 22 April lalu.


Notis guaman itu antara lainnya mendakwa Ayob Khan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berniat jahat dan tidak benar.


Dalam sidang akhbar itu, Ayob Khan didakwa memaklumkan terdapat laporan polis yang mendakwa peguam itu menyamar sebagai peguam Istana Johor selain peguam tersebut melakukan kesalahan jenayah berkaitan pengubahan wang haram.


Susulan itu, Ayob Khan dituntut untuk membayar pampasan berjumlah RM50 juta sebagai bagi kerosakan imej dan reputasi akibat kenyataan yang dikeluarkan.-K! ONLINE


Saman RM50 juta: Biar mahkamah tentukan – Ayob Khan

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/saman-rm50-juta-biar-mahkamah-tentukan-ayob-khan/

Empat sekeluarga balik kampung berjalan kaki sejauh 400 kilometer

 

Seorang lelaki menjadi perhatian netizen kerana sanggup berjalan kaki ratusan kilometer dari Jawa Tengah ke Bandung untuk pulang ke kampung halaman, lapor laman berita Suara.com semalam.


Bukan itu sahaja, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dani, 39, turut membawa isteri serta dua anaknya yang masih kecil, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun setengah.



Dia terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menaiki kenderaan.


Tambahan lagi, pengangkutan awam turut tidak beroperasi susulan perintah larangan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia.


“Saya bertolak dari Gombong pada 2 Mei lepas dengan hanya membawa beg dan wang berjumlah 120,000 rupiah (RM34.50).


“Meskipun hanya membawa wang yang sedikit, saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan, ada sahaja manusia berhati mulia yang memberi makanan kepada anak-anak saya serta menghulurkan wang,” ujarnya.


Setiap hari, Dani sekeluarga berjalan kaki sejauh 25 hingga 30 kilometer dan berehat di surau atau masjid pada waktu malam.


Dia juga akan menghindar apabila terjumpa dengan anggota polis kerana enggan dikatakan sekadar mahu mendapatkan bantuan daripada kerajaan.


Dani berhasrat untuk terus menetap di kampung kerana sudah kehilangan pekerjaan lamanya di Gombong. 


Jika tiada halangan di sepanjang perjalanan, dia sekeluarga dijangka tiba di Bandung pada hari kedua perayaan Aidilfitri. – AGENSI


Jalan kaki beratus kilometer untuk balik kampung

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/09/jalan-kaki-beratus-kilometer-untuk-balik-kampung/

WHO lulus penggunaan vaksin Covid-19 Sinopharm dari China

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 dihasilkan Sinopharm dari China bagi meningkatkan usaha imunisasi global.


Ia menjadikan Sinopharm sebagai syarikat farmaseutikal bukan dari Barat pertama diberikan lampu hijau oleh WHO.


"Jumlah kes harian dan angka kematian terus meningkat. Kita mungkin akan melihat situasi sama yang serius berlaku di India dan Brazil," kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media.


WHO sudah memberi kelulusan untuk penggunaan vaksin Covid-19 yang dihasilkan Pfizer-BioNTech, Moderna, Johnson and Johnson, dan AstraZeneca yang dihasilkan di beberapa lokasi berasingan di India dan Korea Selatan.


WHO luluskan penggunaan vaksin Sinopharm

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/05/703961/who-luluskan-penggunaan-vaksin-sinopharm

Vietnam lapor kematian pertama penerima vaksin AstraZeneca akibat reaksi alahan anafilaksis

 

Kementerian Kesihatan melaporkan seorang pekerja kesihatan wanita berusia 35 tahun maut selepas menerima vaksin AstraZeneca, kematian pertama dikaitkan dengan vaksin itu di Vietnam.


Wanita berasal dari wilayah Selatan An Giang itu meninggal dunia sehari selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 pertamanya, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan sambil menambah wanita berkenaan meninggal dunia akibat reaksi alahan yang dikenali sebagai anafilaksis.



"Ini adalah kes yang sangat jarang terjadi dalam pengambilan vaksin COVID-19," kata kementerian itu.


Seramai 750,000 orang di negara itu sudah divaksin sejak kerajaan memulakan kempen vaksinasi pada awal Mac, menurut kementerian terbabit. Ia membabitkan penggunaan vaksin jenis AstraZeneca.


Vietnam sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 menerusi pelaksanaan ujian saringan yang pantas serta program kuarantin yang ketat dan berpusat.


Kematian yang berlaku pada Jumaat, ketika negara itu sedang menghadapi wabak berkenaan sejak awal minggu lalu, dengan penularan secara meluas berlaku di banyak bahagian negara, termasuk ibu kota Hanoi.


Kementerian melaporkan, sebanyak 47 jangkitan baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 3,137 kes dengan 35 kematian di negara itu. - Agensi


Vietnam lapor kematian pertama dikaitkan vaksin AstraZeneca

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/05/814856/vietnam-lapor-kematian-pertama-dikaitkan-vaksin-astrazeneca

Firma Amerika Syarikat tawar RM6,180 bagi pekerjaan pengulas tidur siang hari selama 30 hari

 

Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.


Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.



EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.


“Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti,” demikian kata syarikat tersebut.


Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.


Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. -Agensi


Bayar RM6,180 sebulan untuk tidur siang

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/06/bayar-rm6180-sebulan-untuk-tidur-siang/

20 rumah paling aneh dan pelik di dunia

jom kita tengok foto² rumah yang pelik dan aneh ni






















forwarded by: WaZZeR-AffeNdY

Wanita dari Mali selamat lahirkan bayi kembar sembilan

 

Seorang wanita di Mali melahirkan bayi kembar sembilan dan semuanya 'dalam keadaan baik', kata pihak berkuasa.


Pihak berkuasa Mali menerbangkan Halima Cisse, 25, dari utara negara miskin Afrika Barat itu ke Maghribi pada 30 Mac lalu supaya ibu berkenaan mendapat penjagaan yang lebih baik.


Pada awalnya, wanita itu dipercayai mengandungkan bayi kembar tujuh.


Kes membabitkan wanita yang berjaya mengandungkan kembar tujuh adalah amat jarang, tetapi kembar sembilan adalah sangat luar biasa.


Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari berkata, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kelahiran kembar dalam jumlah itu di salah satu hospital negara berkenaan.


Tetapi, kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan berkata, Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki.


"Ibu dan semua bayi itu dalam keadaan baik setakat ini," kata Menteri Kesihatan Mali Fanta Siby yang dimaklumkan oleh doktor Mali yang mengiringi Cisse ke Maghribi.


Menurutnya, bayi dan kembar sembilan itu akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu lagi.


Doktor sebelum ini khuatir akan kesihatan Cisse termasuk peluang bayi itu untuk selamat, menurut laporan media tempatan.


Kementerian kesihatan Mali dalam satu kenyataan pula berkata, pemeriksaan ultrabunyi di Mali dan Maghribi pada mulanya menunjukkan wanita itu mengandung kembar tujuh.


Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi yang membantu proses kelahiran bayi kembar berkenaan.


Wanita Mali lahirkan kembar sembilan

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/702892/wanita-mali-lahirkan-kembar-sembilan

Kerajaan Arab Saudi keluarkan gambar terbaru Hajarul Aswad

 

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan gambar terbaru Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim dengan lebih jelas.


Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.



Lebih 1,000 gambar dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi yang pertama kali boleh dilihat umat Islam di seluruh dunia.


Batu suci itu terletak di timur kaabah dan menjadi titik permulaan dan akhir tawaf.


Pihak berkuasa berkata, batu hitam berkenaan adalah dari syurga dan gambar beresolusi tinggi itu yang pertama kali diambil itu menggambarkan betapa indahnya syurga.


Sementara itu, pegawai kerajaan juga melantik pekerja wanita untuk menjalankan tugas di kaabah.


Penjaga Dua Masjid Suci melantik seramai 1,500 wanita di jabatan yang berbeza untuk tujuan itu.


Seramai 600 orang wanita sudah dilatih Agensi Urusan Teknikal dan Perkhidmatan untuk melayani dan membantu jemaah wanita yang beribadat di depan Kaabah.


Sebelum ini Arab Saudi menempatkan pegawai polis wanita yang bertugas di Masjidil Haram buat pertama kali dalam sejarah.


Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sudah mengeluarkan gambar pegawai wanita yang bertugas.


Mereka dilihat memakai seragam rasmi ketika menjalankan tugas di Masjidil Haram, dengan keterangan "Dari lapangan. Pengawal keselamatan untuk haji dan umrah".


Kehadiran petugas wanita itu turut menarik perhatian pengguna media sosial.


Gambar terbaru Hajarul Aswad

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/702298/gambar-terbaru-hajarul-aswad

Petani dari Colombia hasilkan mangga seberat 4.25 kilogram terberat di dunia

 

Pasangan petani di Colombia mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan mangga paling berat di dunia.


Penat lelah German Orlando Novoa Barrera dan Reina Maria MarroquĂ­n menanam mangga hingga terhasil seberat 4.25 kilogram berbaloi apabila diiktiraf Guinness World Records.


Pasangan itu mula perasan mangga yang ditanam di ladang San Martin, Boyaca itu membesar berbeza daripada mangga lain dari pokok sama.



Anak mereka, Dabegy membuat penyelidikan di internet sebelum mengetahui mangga mereka itu paling berat di dunia.


Menurut German, pengiktirafan itu satu kebanggaan buat rakyat Colombia.


"Ini satu pengiktirafan atas usaha kami selama ini dan didedikasikan buat semua penduduk Guayatuno.


"Pengiktirafan ini menunjukkan rakyat Colombia boleh menghasilkan tanaman yang hebat," katanya kepada media.


Rekod terbaharu itu mengatasi rekod terdahulu yang dipegang petani dari Filipina apabila menghasilkan mangga seberat 3.44 kilogram pada 2009.


Mangga paling berat di dunia

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/702067/mangga-paling-berat-di-dunia

Etika Makan dan Minum


JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

*JANGAN SESEKALI TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (maksudnya, jangan makan malam)

* Kurangi makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

* minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.

* Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

* SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI Sallallahu ‘Alaihi Wasalam :

1. Makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sendok. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.

2. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.

3. Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu nampan bisa untuk empat orang.

4. Jangan sisakan sebutir nasipun, karena nasi ini berdzikir.

Posted by nurfyda on August 8, 2009 at 1:29pm

Bakal jemaah umrah wajib ambil insurans Covid-19

 

Warga asing yang datang ke Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.


Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan semalam mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dalam hal ini dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.



Memetik portal berita Saudi Gazette, penambahan syarat itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.


Ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak selain memastikan akses yang cepat dan mudah dalam mendapatkan rawatan.


Perlindungan insurans merangkumi kos rawatan orang yang dijangkiti, kos prosedur kuarantin dan pemindahan perubatan dalam keadaan kecemasan. - AGENSI


Jemaah umrah wajib ada insurans COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/813124/jemaah-umrah-wajib-ada-insurans-covid-19

Rumah cetakan 3D pertama Eropah ambil masa 120 jam untuk disiapkan

 

Sepasang kekasih menjadi penghuni sulung rumah cetakan tiga dimensi (3D) pertama Eropah yang terletak di Belanda, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Elize Lutz dan Harrie Dekkers berpindah masuk ke rumah unik dengan keluasan 94 meter itu yang daripada luar kelihatan seperti sebuah batu besar dan bertingkap.



Kediaman tersebut merupakan projek kerjasama antara dewan perbandaran, Universiti Teknikal Eindhoven dan syarikat pembinaan Project Milestone.


“Semasa melihatnya buat pertama kali, bentuk rumah yang aneh mengingatkan saya kepada sesuatu yang pernah dilihat semasa kecil,” kata Lutz yang menyewa rumah tersebut bersama pasangannya, Dekkers dengan harga £700 (RM3,960) sebulan.


Biarpun kelihatan seperti rumah binaan biasa, rumah tersebut sebenarnya menggunakan teknologi canggih dan dicetak di sebuah kilang berdekatan.


Proses mencetak rumah itu menggunakan konkrit yang mempunyai kepekatan seperti ubat gigi yang mempunyai banyak lapisan.


Cetakan lapisan pada rumah itu memberikan tekstur bergaris pada bahagian dinding dalam serta luar rumah dan hanya mengambil masa selama 120 jam atau lima hari untuk disiapkan.


Menurut Profesor Universiti Teknikal Eindhoven, Theo Salet, teknik cetakan rumah 3D boleh mengurangkan bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah rumah dan mengelakkan pembaziran bahan mentah. -Agensi


Rumah cetakan 3D pertama di Eropah

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/05/03/rumah-cetakan-3d-pertama-di-eropah/

Permohonan 260000 slot janji temu vaksin AstraZeneca penuh selepas 3 jam setengah dibuka

 Permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca ditutup kira-kira jam 3.20 petang tadi selepas semua tarikh janji temu ditempah.


Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata, individu yang layak bagaimanapun masih boleh membuat tempahan janji temu menerusi senarai menunggu.



Katanya, tempahan slot senarai menunggu akan dibuka untuk tempoh beberapa jam, sebelum keseluruhan sistem pendaftaran menerusi vaksincovid.gov.my ditutup.


"Semua slot (janji temu bagi mendapatkan suntikan) AstraZeneca sudah ditempah.


"Maaf kerana berlaku beberapa kepincangan di peringkat awal dan ada yang terpaksa mengemaskini proses berulang kali.


"Kita akan mula memaklumkan pengesahan tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera atau secara khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya menerusi akaun Twitter, @Khairykj, hari ini.


Sistem permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca sesak sejak mula dibuka kepada orang ramai pada jam 12 tengah hari tadi.


Antara isu disuarakan pemohon ialah kesukaran mendapatkan slot janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas tertentu yang dipercayai paling dekat dengan tempat kediaman masing-masing.


Malah, ada yang mengeluh terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat menembusi sistem permohonan dan disahkan sebagai bakal penerima suntikan pelalian dari United Kingdom itu.


Permohonan mendapatkan 260,000 janji temu suntikan vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.


Vaksin AstraZeneca 'laris'

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/812997/vaksin-astrazeneca-laris

Didik anak guna kaedah Shichida Methods


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. 

Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.


Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. 

kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b. .c...d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku pun tengah try lagi ni…


Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

From:
Wan Ahmad Wazir Afandy Mohd Sani
Sent: Friday, September 04, 2009 2:39 PM
Subject: FW: [mysabul2u] Shichida Methods

8 Tips bagaimana cara jaga solat



Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.

Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.
 

Solat itu tiang agama!

Gambar dari Portal e-Solat

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

Bagi suami makan ubat mati pucuk elak curang

 Sanggup memberikan suaminya ubat mati pucuk.


Itu tindakan nekad seorang wanita di China bagi memastikan suaminya tidak curang kepadanya.


Memetik South China Morning Post, wanita itu membeli diethylstilbestrol (DES) untuk mencegah suaminya daripada menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain.



Wanita itu mengaku dia memberikan ubat itu kepada suaminya selama dua minggu berturut-turut.


"Suami tertanya-tanya mengapa alat kelaminnya tidak berfungsi normal.


"Jangan salahkan saya, saya melakukan perbuatan ini demi keluarga dan saya akan terus memberikannya ubat itu," katanya dalam sebuah video yang tular di media sosial.


Selepas video itu tular, penjualan ubat berkenaan ditarik dari kedai dalam talian.


Namun, dilaporkan masih ada peniaga yang menjualnya secara sembunyi dalam bentuk serbuk putih kerana tidak berbau dan mudah larut dalam air.


Mereka dikategorikan sebagai melanggar undang-undang kerana tidak mendapat kebenaran untuk menjual ubat berkenaan.


Difahamkan, lelaki yang mengambil ubat itu kembali normal selepas 21 hari penggunaannya.


Sementara itu, Global Times melaporkan wanita itu boleh dihukum jika suaminya mengalami masalah kesihatan dan kecederaan serius.


'Cegah' suami curang

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/05/700969/cegah-suami-curang

Fenomena keajaiban alam ciptaan Allah. Subhanallah

Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah.

Bersama-sama kita hayati foto-foto panorama yang telah disediakan di bawah.

Tidak faham apa yang ditulis di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris) bukan penghalang untuk anda mendapat mesej yang cuba simieY sampaikan.
InsyaAllah..

Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades.

Rocks weighing up to hundreds of pounds
have been known to move up to hundreds of yards at a time.

Some scientists have proposed
that a combination of strong winds and surface ice account for these movements.

However, this theory does not explain evidence of
different rocks starting side by side
and moving at different rates and in disparate directions.

Moreover, the physics calculations do not fully support this theory
as wind speeds of hundreds of miles per hour
would be needed to move some of the stones.

Selamat pengantin baru Ustaz Abdul Samad

 

Ustaz Abdul Somad (UAS) selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, gadis 19 tahun, Fatimah Az Zahra, hari ini, lapor detik.com.


Abdul Somad sebelum ini dikhabarkan mahu melangsungkan pernikahan pada Mei ini, namun secara mengejut, beliau memuat naik gambar pernikahannya dengan Fatimah di media sosial.



Menerusi Instagram peribadinya, Abdul Somad mencatatkan hantaran, "Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 WIB (waktu Indonesia Barat)."


Dalam gambar yang dimuat naik itu, Abdul Somad dan Fatimah mengenakan busana berwarna senada, selain ibu bapa Fatimah, Salim Sholeh Barabud, 52 dan Bibi Kulsum, 52, dilihat turut merakamkan gambar bersama.


Detik.com melaporkan, Abdul Somad menikahi Fatimah dengan mas kahwin 244 gram emas.


UAS selamat diijabkabulkan, mas kahwin 244 gram emas

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/700202/uas-selamat-diijabkabulkan-mas-kahwin-244-gram-emas

koleksi pengasah pensel sepanjang zaman

Repost :
pengasah pensil boleh buat para ibu bapa pening kepala + trauma..
tambah² lagi yang ada anak² baru mula belajar di sekolah.
beli pensil kayu ari ni sebatang, esoknya dah tinggal 2 inci.hehee..