Facebook diarah bayar RM2.63 bilion selesai pertikaian kerahsiaan dengan 1.6 juta pengguna

 

Mahkamah mengarahkan Facebook membayar AS$650 juta (RM2.63 bilion) bagi menyelesaikan pertikaian kerahsiaan antara gergasi media sosial itu dengan 1.6 juta pengguna di sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS).


Hakim Persekutuan AS memberikan persetujuan akhir terhadap Facebook membabitkan pembayaran pertikaian kerahsiaan dengan pengguna di Illinois.


"Kami gembira dapat mencapai penyelesaian supaya dapat menangani perkara ini yang memberikan jalan terbaik buat komuniti dan pemegang saham," kata jurucakap Facebook melalui kenyataan kepada AFP.



Berdasarkan dokumen yang dilihat AFP, semalam, keputusan berkenaan dikeluarkan pada Jumaat lalu.


Wakil peguam Chicago, Jay Edelson menyaman Facebook pada 2015 dengan mendakwa syarikat gergasi media sosial itu mengumpulkan data biometrik secara tidak sah untuk mengenal pasti wajah yang melanggar undang-undang kerahsiaan Illinois 2008.


Pada akhir Januari tahun lalu, Facebook bersetuju membayar AS$550 juta (RM2.23 bilion) selepas gagal membatalkan tuntutan mahkamah yang difailkan pada 2018.


Bagaimanapun pada Julai lalu, hakim kes berkenaan, James Donato, memutuskan bahawa jumlah itu tidak memadai.


Ketika perbicaraan, Facebook didakwa melanggar undang-undang Illinois dengan menyimpan data biometrik iaitu imbasan digital pada wajah individu untuk menyokong fungsi penandaan wajah tanpa persetujuan pengguna.


Pada 2019, Facebook mengetengahkan fungsi pengecaman wajah sebagai pilihan sahaja.


Menurut Donato, keputusan itu penting dan mewakili kemenangan besar buat pengguna.


"Ia adalah penyelesaian terbesar bagi pelanggaran kerahsiaan," katanya dengan menyatakan plaintif akan menerima pampasan sekurang-kurangnya AS$345 (RM1,399) seorang. - AFP


Facebook diarah bayar AS$650 juta penyelesaian pertikaian kerahsiaan pengguna

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/03/791283/facebook-diarah-bayar-as650-juta-penyelesaian-pertikaian-kerahsiaan

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.