Madu Centauri termahal di dunia dijual RM50,000 sekilogram

 

Sekali imbas, Madu Centauri sama seperti madu lebah lain yang pernah kita lihat.


Namun, mungkin tidak ramai yang mengetahui madu yang dihasilkan di Turki madu paling mahal di dunia.


Guinness World Records melaporkan Selasa lalu madu itu memecah rekod madu paling mahal di dunia berharga 8,700 Pound Sterling (kira-kira RM50,000) untuk sekilogram.



Ia diambil dari gua yang terletak pada ketinggian 2,500 meter dari paras laut, jauh dari penempatan penduduk dan koloni lebah lain. Ia mempunyai tekstur lebih hitam dengan rasa pahit.


Madu Centauri juga mempunyai khasiat yang tinggi seperti magnesium, potasium, fenol, flavonoid, dan antioksidan.


Kandungan itu terhasil daripada tanaman herba di sekeliling gua yang menjadi makanan lebah di situ.


Penghasilan madu berkenaan juga mengikut kaedah khusus untuk menjaga lebah bagi memastikan kualiti terbaik dan ia sangat berbeza dengan kaedah konvensional.


Ia menjadikan madu itu lebih sukar dihasilkan terutamanya lebah berkenaan berada di altitud tinggi.


Berbanding madu lain yang biasanya dituai dua hingga tiga kali setahun, ia hanya dituai sekali saja bagi mendapatkan madu yang cukup serta menjaga lebah.


Sampel madu itu juga dihantar ke Institut Makanan Turki untuk pengesahan nilai serta kualiti campuran.


Madu Centauri termahal di dunia

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/03/685713/madu-centauri-termahal-di-dunia

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.