Polis buka kertas siasatan pematuhan SOP majlis perkahwinan Neelofa

 

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).



Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.


"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.


Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.


Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.


Polis siasat majlis nikah Neelofa

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/03/688819/polis-siasat-majlis-nikah-neelofa

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.