Pulang buku pinjam di perpustakaan selepas 63 tahun

 

Selepas 63 tahun, seorang wanita di Amerika Syarikat tergerak hati mengembalikan semula buku yang dipinjamnya dari perpustakaan awam.


Betty Diamond meminjam buku cerita dongeng berjudul Ol 'Paul, the Mighty Logger karya Glen Rounds ketika usianya 10 tahun.


Sepatutnya, Diamond perlu memulangkan semula buku itu pada 1957 namun dia terlewat dan lama-kelamaan buku itu menemaninya sepanjang hidup.



"Buku itu pernah hilang dan apabila menemuinya semula, saya menyimpannya di rumah.


"Apabila lanjut usia saya memutuskan menebus kesalahan saya dengan memulangkan kembali buku itu," katanya dalam portal iNews.


Katanya, dia memulangkan buku itu ke Perpustakaan Awam Queens dan menyumbang AS$500 (RM2,054) bagi menebus kesilapannya itu.


Sementara itu, Ketua Perpustakaan Awam Queens, Nick Buron berkata, tindakan Diamond menyimpan buku terlalu lama jarang berlaku.


Katanya, mengikut polisi mereka, selepas tujuh tahun maklumat buku yang tidak dipulangkan akan dibuang dalam sistem.


"Peminjam yang lewat mengembalikan buku tidak perlu risau mengenai denda kerana tujuan kami bukan mendapatkan wang," katanya.


Wanita pulang buku dipinjam 63 tahun lalu

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2021/03/687053/wanita-pulang-buku-dipinjam-63-tahun-lalu

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.