• Maklumat Terkini Covid-19

    Klik untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Covid-19 seperti jumlah kes baharu, kes sembuh baharu dan kematian baharu.

  • Facebook Fanpage

    Klik untuk mendapatkan perkongsian terus melalui fanpage. Terdapat sesetengah perkongsian yang hanya dibuat melalui fanpage sahaja.

  • Ciapan Twitter

    Klik untuk mengikuti kemaskini secara terus melalui twitter.

  • Youtube Channel

    Klik untuk menonton video tutorial beserta dengan penerangan terperinci di channel youtube.

  • Kisah 25 Rasul

    Bermula 4 May 2020, satu kisah nabi dari 25 Rasul akan dikongsi setiap hari dan dijangka akan tamat selepas Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Fenomena keajaiban alam ciptaan Allah. Subhanallah

Subhanallah..sungguh cantik alam ciptaan Allah.

Bersama-sama kita hayati foto-foto panorama yang telah disediakan di bawah.

Tidak faham apa yang ditulis di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris) bukan penghalang untuk anda mendapat mesej yang cuba simieY sampaikan.
InsyaAllah..

Sailing Stones


The mysterious moving stones of the packed-mud desert of Death Valley have been a center of scientific controversy for decades.

Rocks weighing up to hundreds of pounds
have been known to move up to hundreds of yards at a time.

Some scientists have proposed
that a combination of strong winds and surface ice account for these movements.

However, this theory does not explain evidence of
different rocks starting side by side
and moving at different rates and in disparate directions.

Moreover, the physics calculations do not fully support this theory
as wind speeds of hundreds of miles per hour
would be needed to move some of the stones.

Selamat pengantin baru Ustaz Abdul Samad

 

Ustaz Abdul Somad (UAS) selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, gadis 19 tahun, Fatimah Az Zahra, hari ini, lapor detik.com.


Abdul Somad sebelum ini dikhabarkan mahu melangsungkan pernikahan pada Mei ini, namun secara mengejut, beliau memuat naik gambar pernikahannya dengan Fatimah di media sosial.



Menerusi Instagram peribadinya, Abdul Somad mencatatkan hantaran, "Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 pukul 16.30 WIB (waktu Indonesia Barat)."


Dalam gambar yang dimuat naik itu, Abdul Somad dan Fatimah mengenakan busana berwarna senada, selain ibu bapa Fatimah, Salim Sholeh Barabud, 52 dan Bibi Kulsum, 52, dilihat turut merakamkan gambar bersama.


Detik.com melaporkan, Abdul Somad menikahi Fatimah dengan mas kahwin 244 gram emas.


UAS selamat diijabkabulkan, mas kahwin 244 gram emas

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/700202/uas-selamat-diijabkabulkan-mas-kahwin-244-gram-emas

koleksi pengasah pensel sepanjang zaman

Repost :
pengasah pensil boleh buat para ibu bapa pening kepala + trauma..
tambah² lagi yang ada anak² baru mula belajar di sekolah.
beli pensil kayu ari ni sebatang, esoknya dah tinggal 2 inci.hehee..































Punca peningkatan kes sporadik Covid-19 perlu perhatian pihak kerajaan

 

Enam faktor dipercayai menjadi punca peningkatan kes sporadik COVID-19 yang tidak diketahui puncanya, hingga menjadi penyumbang utama lonjakan kes harian bagi empat bulan pertama tahun ini.


Pakar kesihatan awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata pertambahan jangkitan sporadik itu mungkin kerana ada kelemahan dalam siasatan kes oleh Kementerian Kesihatan (KKM).



Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) itu berkata, kelemahan siasatan kes termasuk pengesanan kontak tidak sempurna, kajian epidemiologi tidak lengkap dan komuniti berisiko tidak atau lambat disiasat serta diuji.


Selain itu, katanya, ia mungkin berpunca daripada siasatan tidak lengkap atau lambat kerana kekangan jumlah anggota, atau terdapat kelemahan dalam sistem maklumat kes untuk tujuan siasatan kes dan epidemiologi.


"Selain itu, ramai yang dijangkiti tetapi tidak tahu atau sedar mereka dijangkiti, yang akhirnya menjadi punca jangkitan kepada orang lain.


"Apabila tidak tahu dijangkiti, mereka bebas bergerak ke mana-mana di dalam negeri, yang membuka ruang untuk mereka menjangkiti orang lain.


"Ramai tak tahu mereka dijangkiti kerana tidak diuji. Bilangan ujian mungkin banyak, tetapi tidak mencukupi atau menepati sasaran, atau ia sukar diperoleh kerana isu kos serta logistik.


"Ketidakpatuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) juga turut menyumbang, tetapi perkara yang disebutkan tadi adalah faktor utama," katanya kepada BH, hari ini.


Dr Lokman Hakim menyifatkan lonjakan jangkitan sporadik itu amat bahaya jika langkah mengatasi kelemahan dalam siasatan kes tidak diatasi segera.


"Macam kita sedang berperang. Kita tak tahu di mana musuh berada, tetapi ramai daripada kita kena tembak. Kalau tak tahu lokasi musuh, macam mana nak hapuskan mereka," katanya.


Berhubung tiga negeri dengan penduduk berkepadatan tinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor yang mencatatkan kes sporadik tertinggi, Dr Lokman Hakim berkata, siasatan kes sempurna akan memastikan semua kontak yang sepatutnya dikesan dan diuji, akan diketahui.


"Siasatan sempurna akan pastikan ujian menyeluruh komuniti perlu dilakukan atau tidak, sekali gus tidak terhad kepada kontak rapat sahaja kerana prinsip utama kawalan ialah kesan semua kes yang dijangkiti, termasuk tidak bergejala dengan cepat dan asingkan mereka segera," katanya.


Sehubungan itu, felo Akademi Perubatan Malaysia itu menyarankan KKM segera memperbaiki kualiti siasatan kes dan epidemiologi, termasuk menambah keupayaan sumber, serta memperkemas pengurusan kes, kontak dan komuniti berisiko.


Selain itu, katanya, KKM perlu mempertingkatkan akses kepada diagnosis, selain memperkemas komunikasi risiko kerana masih ada yang menetap di kawasan panas tidak faham kenapa SOP diwujudkan dan perlu dipatuhi.


"Tekankan tanggungjawab sosial untuk lakukan ujian jika bergejala atau terdedah (pada kes positif) serta patuhi arahan kuarantin dan tidak berada dalam khalayak, pergi kerja atau sekolah jika bergejala," katanya.


Enam punca peningkatan kes sporadik

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811338/enam-punca-peningkatan-kes-sporadik

Suntikan botox pada pundi kencing bantu atasi masalah kawalan kencing dewasa

 

Suntikan Botox dipercayai boleh membantu mengatasi masalah kawalan kencing atau inkontinensia kencing yang dialami hampir enam juta rakyat Britain, demikian menurut kajian pakar.


Menurut laporan akhbar Daily Mail kelmarin, Botox yang biasa digunakan sebagai suntikan penghilang kedut pada wajah bolehmenghentikan pengecutan otot pundi kencing secara rawak yang boleh menyebabkan kebocoran hingga sembilan dalam sepuluh kes.


Namun begitu, buat masa ini, suntikan ini hanya ditawarkan kepada 100 pesakit setiap tahun di hospital awam dan dilakukan di bawah suntikan bius anestetik umum.



Menurut laporan Pelvic Floor Society, sebuah badan penyelidik yang terdiri daripada pakar pundi kencing dan usus, beberapa penderita inkontinensia kencing menunggu satu dekad hanya untuk mengesan masalah mereka.


Kebiasaannya pakar akan mencadangkan beberapa jenis beberapa rawatan seperti alat rangsangan elektrik yang menyasarkan saraf di pundi kencing dan usus kepada hanya satu peratus penderita.


Pakar Bedah Kolorektal di Universiti Queen Mary di London dan pengarang utama laporan, Profesor Charles Knowles, itu ramai pesakit enggan mendapatkan rawatan pertama kerana didorong rasa malu.


“Tetapi jika mereka dirujuk untuk mendapatkan rawatan lain, mereka sering diletakkan dalam senarai menunggu di bahagian bawah senarai pesakit barah,” katanya.


Suntikan Botox di pundi kencing mampu mengurangkan inkontinensia dalam tiga per empat pesakit dengan kesan yang bertahan sehingga setahun sebelum suntikan tambahan diperlukan.


Semasa proses suntikan, pesakit berbaring dengan kaki yang diangkat ketika tiub logam nipis dimasukkan melalui uretra dan ke dalam pundi kencing dengan kamera terpasang padanya.


Melalui tiub ini, doktor menyuntik Botox ke sepuluh hingga 15 tempat di pundi kencing.


Dianggarkan bahawa 40 peratus wanita akan mengalami inkontinensia sepanjang hayat mereka manakala hanya satu daripada sepuluh lelaki dianggarkan mempunyai masalah serupa.


Inkontinensia berlaku disebabkan beberapa faktor tetapi umumnya adalah masalah dengan otot-otot di sekitar pundi kencing yang terlibat dengan pembebasan cairan dari badan. – Agensi


Suntikan Botox bantu kawal kebocoran kencing dewasa

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/26/suntikan-botox-bantu-kawal-kebocoran-kencing-dewasa/

Pemandu kancil kuning disaman dan kereta disita

 

Polis hari ini mengesahkan telah mengeluarkan satu saman atas kesalahan tiada lesen memandu terhadap pemandu kereta Perodua Kancil yang tular menerusi aplikasi TikTok kerana tiada bumbung.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu kereta berkenaan disaman pukul 1 pagi ketika memandu kereta berwarna kuning itu di Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur.


“Semakan lanjut mendapati kereta itu tidak mempunyai cukai jalan dan tayar depan kanan juga pecah.



“Pemandu berusia 47 tahun dan berasal dari Raub, Pahang itu kemudiannya menunjukkan sebuah lagi kereta kancil warna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin belakang kiri pecah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Jelasnya, kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya dan ia juga membahayakan kepada pengguna lain.


Katanya, kenderaan terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE


Pemandu kancil kuning tidak berbumbung disaman

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/25/pemandu-kancil-kuning-tidak-berbumbung-disaman/

Melaka jadi lubuk pemburu artifak

 

Bukan hanya terkenal sebagai negeri pelancongan dengan pelbagai tinggalan binaan bersejarah malah Melaka semakin digilai golongan pemburu artifak serta kumpulan pemburu harta karun tinggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Difahamkan sekeping pinggan seramik yang ditemui golongan ini mampu dijual di pasaran gelap mencecah sehingga RM15,000.


Golongan ini yang bergerak secara berkumpulan atau solo akan menjadikan lokasi di pulau terpencil serta pesisir Sungai Melaka untuk mencari tinggalan perkakas, siling emas atau artifak sama ada untuk koleksi peribadi atau untuk dijual kepada pengumpul barangan antik.


Hanya segelintir sahaja dikesan jujur dan bertindak menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab.


Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Nurman Mohd Baroldin berkata, kumpulan ini dikatakan menggunakan peralatan metal detector (pengesan logam) sensitif untuk mencari artifak bernilai ini.


"Saya percaya ada penemuan (artifak) dalam kalangan mereka. Sebelum wujudnya kumpulan ini, pernah terdapat individu yang kerjanya menyelam untuk mencari tinggalan sejarah ini di Sungai Melaka.


"Adakalanya kita dapat maklumat berlaku penemuan artifak tertentu. Tetapi apabila ditanya, mereka menafikannya selain ada juga yang turut merahsiakan lokasi penemuan," katanya.


Beliau berkata, pihaknya turut mendapat maklumat terdapat individu yang bertindak menjual artifak ditemui seperti seramik di pasaran gelap negara jiran.


"Selain permintaan tinggi, nilai harga ditawarkan juga lumayan. Maklumat diterima, sekeping pinggan seramik lama ditemui boleh dijual mencecah sehingga RM15,000.


"Bila disimpan atau dijual, sudah pasti kajian tidak dapat dijalankan. Sekiranya penemuan itu disimpan di dalam muzium, masyarakat dan generasi akan datang lebih menghargainya dan mengetahui susur galur sejarah ketamadunan dan kegemilangan Melaka sebelum ini," katanya.


Menurut beliau, terdapat juga orang awam dan penduduk setempat yang menemui artifak bersejarah ini namun segelintirnya mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak melaporkan kepada PERZIM mahupun Jabatan Warisan Negara (JWN).


"Mungkin mereka bimbang artifak dijumpai itu akan dirampas. Sebenarnya kami hanya ingin mendapatkan maklumat berhubung barangan yang ditemui sama ada peninggalan sejarah atau koleksi belum terdapat dalam simpanan kami.


Lubuk pemburu artifak

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/698852/lubuk-pemburu-artifak

Sarung sado dijual dengan harga serendah RM500

 

Lazimnya, lelaki yang inginkan bentuk badan sasa harus menjalani rutin kecergasan di pusat gimnasium.


Namun, Smitizen, sebuah syarikat berpangkalan di China memberi alternatif kepada golongan lelaki memiliki tubuh idaman dengan mengeluarkan sut badan sasa.



Hanya dengan menyarung sut berkenaan, tubuh pemakainya akan kelihatan sasa dan berotot walaupun ia sekadar ilusi saja.


Satu ketika dahulu, sut badan itu sering digunakan dalam filem dan drama untuk membantu pelakon kelihatan sempurna di kaca televisyen.


Percetakan tiga dimensi (3D) dan kemajuan teknologi bagaimanapun menjadikan alat itu tersedia di pasaran.


Malah, sut badan ultra realistik itu kini semakin popular di platform e-dagang China seperti Taobao dan Aliexpress.


Penjual di Taobao dilaporkan menjual sut badan berotot pada harga antara 790 yuan (kira-kira RM500) hingga 3,980 yuan (kira-kira RM2,519) bergantung kepada saiz dan kualitinya.


Beberapa pakaian hanya menutupi alat sulit manakala yang lain membiarkan lengan terdedah, tetapi ada juga menutupi seluruh bahagian badan


Ia dikatakan sudah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan tidak dinafikan kualitinya bertambah baik.


Apapun, pemakaian sut itu dilihat lebih baik berbanding menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan tubuh yang sasa.


Sarung terus jadi sado

Pautan : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/04/698389/sarung-terus-jadi-sado

CePSWaM Keperluan mengisi Consignment Note (CN) dalam eSWIS hari yang sama buangan terjadual diangkut keluar dari premis

 

Terdahulu saya telah berkongsi secara ringkas Cara menggunakan laman web eSWIS Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kertas kerja cara menggunakan laman web eSWIS, boleh ja hantar email kepada saya di simiey.a@gmail.com.


Untuk pengetahuan anda, JAS ke arah menguatkuasakan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekililing (Buangan Terjadual) 2005 melalui eSWIS.




Jadi, pihak JAS telah meminta premis pengeluar buangan (WG) untuk mengisi Consignment Note (CN) di dalam sistem eSWIS pada hari buangan terjadual (BT) diangkut keluar dari premis.


Ini bermakna, anda perlu mendapatkan beberapa maklumat seperti nama pemandu, no kad pengenalan, dan nombor plat lori/kenderaan yang akan mengangkut BT dari pegawai bertugas premis yang telah anda daftarkan dengan JAS sebelum hari pungutan untuk mengelakkan 'kelam-kabut' di hari kejadian.


Butang untuk memuat turun salinan CN dan juga kod bar boleh dimuat turun secara terus dari laman web eSWIS sejurus butang hantar ditekan selepas mengisi borang CN online.


Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.

United Kingdom lapor 32 penerima suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca meninggal dunia

 

United Kingdom (UK) melaporkan 168 penerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca mengalami kesan sampingan pembekuan darah termasuk 32 yang maut akibatnya.


Menurut Agensi Kawal Selia Produk Ubat dan Kesihatan (MHRA), mereka yang mengalami pembekuan darah atau 'thromboembolic event' meningkat sehingga 14 April lalu, apabila 21.2 juta orang menerima suntikan dos pertama vaksin itu.



"Ia menunjukkan peningkatan sepuluh kematian berbanding tempoh sehingga 5 April dan tambahan 68 kes.


"Berdasarkan tinjauan yang kami jalankan sekarang, nasihat kami kekal bahawa manfaat vaksin ini melebihi risiko dalam kalangan majoriti penerima," katanya.


Bertindak atas nasihat badan pengawalselia itu, kerajaan UK pada bulan ini bersetuju menawarkan vaksin alternatif selain AstraZeneca kepada penerima berusia bawah 30 tahun, susulan kebimbangan mengenai pembekuan darah.


Daripada 168 kes dalam penemuan terbaru, 'cerebral venous sinus thrombosis' (CVST atau pembekuan darah dalam otak) dilaporkan dalam 77 kes dalam kalangan individu berumur purata 47 tahun.


Sebanyak 91 kes lagi, dengan purata usia 55 tahun, menghidap 'major thromboembolic event' bersama dengan 'trombositopenia' iaitu jumlah platelet rendah.


Secara keseluruhan, kata pensyarah pediatrik dari Universiti Bristol, Prof Adam Finn, seramai 93 wanita dan 75 lelaki menghidap pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca.


"Saya menjangkakan jumlah sebenar kesan sampingan per juta dos vaksin akan menjadi jelas apabila laporan ini lengkap, tetapi setakat ini ia jelas bahawa simptom darah beku ini sangat jarang berlaku," katanya.


Britain merekodkan jumlah kematian tertinggi di Eropah akibat wabak pandemik COVID-19.


Sejak negara itu menjalankan program vaksinasi yang bermula dengan dos suntikan vaksin jenis AstraZeneca, kadar jangkitan dan kemasukan ke hospital termasuk kematian menunjukkan penyusutan.


Menurut data berasingan yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan, COVID-19 bukan lagi punca utama kematian pada Mac lalu.


Berdasarkan data itu, COVID-19 adalah penyebab kematian ketiga terbesar di England pada bulan lalu, jatuh kedudukan dari tempat teratas buat pertama kalinya sejak Oktober tahun lalu. - AFP


32 maut di UK selepas terima suntikan AstraZeneca

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/04/809746/32-maut-di-uk-selepas-terima-suntikan-astrazeneca

Why 1 is One, 2 is Two, 3 is Three?

Repost :

Terapi pernafasan utk sakit kepala & keletihan ( breathing theraphy for headache & tiredness )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe-out"?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold").


Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .
Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat, tetapi tidak sembuh .
I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study.. I took medicine but I was not cured.

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak berulang lagi.
One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me.

Ini adalah pengalaman saya sendiri .. Saya beritahu hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Practice the correct ways of breathing "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition.

Jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda (sebelah kanan dan kiri) dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa sakit lagi selepas itu .
When you are having suicide, please try to closed both of your nostril { right and left side } for about 2 hours, then you feel nothing 'aka' gone.

Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..


From: Wan Ahmad Wazir Afandy
Subject: INFO : Terapi Pernafasan

Breath-Holding Spells mimpi ngeri ibu bapa moden

Kesian kat mak mak yang pernah nampak anak kena Breath-Holding Spells ni depan mata kepala sendiri.

Ramai benar yang mengadu dah jadi trauma tiap kali dengar anak nangis. Takut sangat benda mengerikan tu jadi balik pada anak.

Saya ingat lagi cerita seorang mak ni.

Anak lelakinya baru je berusia setahun lebih. Ada satu hari tu, tengah elok budak tu duk main seorang diri, abangnya datang mendekat kemudian tak semena-semena terus rampas mainan dari tangan budak tadi.

Meraung panjang lah si anak sambil terjerit-jerit kemarahan. Namun yang paling mengejutkan, tiba-tiba je tangisan budak tu terhenti lalu terbaring senyap. Collapse!


Gambar screenshoot dari video youtube di bawah.

Kedua belah mata terpejam.

Kulit wajah dan warna bibirnya berubah jadi kebiruan.

Seluruh tubuhnya lembik. Kaku tak bergerak!

Dan keadaan mendebarkan tu berterusan hampir satu minit.

Kata si emak menyambung cerita, “Benda tu berlaku sangat pantas. Depan mata saya sendiri dia berhenti bernafas. Mulut saya dah tak mampu nak ucap apa-apa melainkan saya jerit ya Allah, ya Allah! Panik!

Jantung rasa macam nak terkeluar. Air mata saya mengalir memang dah tak dapat nak tahan sebab saya duk rasa anak saya dah mati!”

Tak berapa lama lepas tu barulah anak kecil tadi mula terbatuk-batuk sikit dan mengerdipkan mata. Mukanya pun beransur-ansur kembali kemerahan. Dah sedar balik tapi masih kelemahan.


Kawan-kawan,

Breath-Holding Spells ni boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun.

Malah lebih kerap berlaku pada anak yang ada ahli keluarganya turut mengalami Breath-Holding Spells, anak yang mempunyai genetic problem dan kekurangan sel darah merah (anemia).

Selalunya gejala ni berlaku bila si kecil kita berada dalam mood ketakutan, terkejut yang amat sangat, kesakitan, frustrated atau terlampau sedih.

Sebenarnya tu adalah involuntary reflex dan biasanya kanak-kanak yang mengalaminya akan bernafas balik macam biasa dalam masa kurang satu minit.

Ianya tak memudaratkan si kecil atau kacau perkembangan otaknya, namun ia akan jadi suatu pengalaman yang tak kan kita dapat lupakan.



Ini yang perlu dibuat kalau mak ayah berdepan dengan keadaan anak terkena Breath-Holding Spells ni:

👉 Tolong tenangkan diri sendiri dan jangan panik.

Saya tahu bukan mudah nak relax bila tengok darah daging sendiri dalam keadaan begitu tapi percayalah, kita tak akan dapat bantu anak kita tu kalau kita tak dapat kawal diri sendiri.

👉 Baringkan anak kita dalam posisi mengiring. Tolong jangan goncangkan badan si kecil tu ye.

👉 Make sure tak ada sebarang objek atau makanan kat dalam mulut anak kita. Benda tu boleh buatkan dia tercekik masa tempoh dia tak bernafas tu.

👉 Alihkan jugak barang yang ada kat keliling dia waktu tu. Kita tak nak dia terkena objek yang berbahaya sekiranya tiba-tiba dia mengalami sawan.

👉 Namun hati-hati, sekiranya si kecil tak bernafas balik macam biasa lebih 1 minit, kena cepat-cepat berikan bantuan kecemasan. Yang ni saya akan ajar lain kali insyaAllah.

👉 Biasanya parent yang ada pengalaman berdepan situasi ni lebih tenang dan tahu apa nak buat jika ia berlaku lagi.

Saya nasihatkan untuk mak ayah yang pertama kali jumpa keadaan ni, segeralah bawalah si kecil ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan.

Penting sangat untuk confirmkan apa yang berlaku tu bukan sawan dan juga bukan berpunca daripada penyakit jantung.

Tolong save siap-siap ilmu ni kat mana-mana dan #kongsikan jugak dengan semua mak ayah kat luar sana ye. Benda ni boleh je terkena pada anak kita sendiri. Mudah-mudahan waktu tu kita semua bersedia dan tahu apa nak buat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jemput follow FB ni dan klik set “See First” supaya mak ayah tak kan terlepas ilmu mahal tentang kesihatan anak-anak kita.

P/s: Saya baru je upload video situasi si kecil terkena Breath-Holding Spells ni kat group telegram saya. Mana yang nak lebih faham bagaimana benda ni terjadi bolehlah tengok kat situ ya. Klik https://t.me/notaALB .

Kredit : Dr Ahmad Luqman Bukhari
Pautan : https://www.facebook.com/ahmadluqmanbukhari


Video berkaitan hasil carian di youtube sebagai rujukan.



Begitulah ceritanya...

Tokan kantoi cuba seludup dadah ke penjara guna kucing

 Pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam penjara di Panama.


Selepas taktik menggunakan dron sebelum ini tidak berjaya, kini penyeludup cuba menggunakan kucing untuk membawa bahan terlarang itu.


Pihak berkuasa Penjara Nueva Esperanza berkata, mereka menangkap seekor kucing selepas ia dilihat membawa sesuatu mencurigakan di kawasan luar penjara.



Menurut satu laporan, dadah berkenaan diisi dalam plastik dan diikat pada bahagian bawah perut haiwan itu.


Antara dadah yang ditemui adalah kokain dan ganja, lapor Daily Star yang memetika laporan media tempatan negara itu.


"Kucing berkenaan akan dipakaikan beg khas yang diisi dadah di dalamnya. Kami menemui serbuk putih dan daun," kata Ketua Sistem Penjara Panama Andres Gutierrez.


Namun, ia bukan pertama kali haiwan digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke dalam penjara.


Pengawal penjara sebelum ini melaporkan penjenayah menggunakan burung merpati untuk menghantar dadah kepada tahanan dipenjara berkenaan.


Penjara itu kini menempatkan 1,700 tahanan.


Kes ini mendapat perhatian serius sehingga Pendakwa Raya Narkotik Colon, Eduardo Rodriguez bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.


Pengumuman mengenai kes itu dibuat pejabat Pendakwa Raya itu di Twitter.


Pendedahan kes itu turut mencuit hati ramai pihak apabila pihak berkuasa turut menyiarkan gambar dadah dan kucing berkenaan.


Seludup dadah guna kucing

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/amerika-selatan/2021/04/697212/seludup-dadah-guna-kucing


Pakar dari Singapura temui kaedah pengesahan Covid-19 melalui ujian penafasan menggunakan breathalyser

 

Pakar di republik ini menemui kaedah pengesahan COVID-19 menerusi ujian pernafasan menggunakan 'breathalyser' atau alat penganalisis nafas.


Kaedah itu memberi keputusan lebih pantas pada kos jauh lebih murah dan lebih mudah dilakukan pada skala lebih besar membabitkan ramai orang.



Syarikat perubatan, Silver Factor Technology, bekerjasama dengan Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID), Lapangan Terbang Changi dan firma keselamatan Certis bagi membangunkan ujian pernafasan itu, lapor The Straits Times.


Ujian pernafasan TracieX, yang dibangun Silver Factory Technology itu dilaporkan hampir tepat dengan ujian reaksi rantai polimerase (PCR), meskipun ia mengambil masa hanya dua minit untuk memberi keputusan.


Kos ujian pernafasan itu juga lebih rendah iaitu SGD$26 (RM80) bagi setiap ujian. - AGENSI


Singapura temui ujian pernafasan bagi pengesahan COVID-19

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/04/808930/singapura-temui-ujian-pernafasan-bagi-pengesahan-covid-19

Ingenuity helikopter mini pertama terbang sehingga ketinggian 3 meter di Marikh

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat (AS) berjaya menerbangkan helikopter mini Ingenuity di Marikh, awal pagi semalam.


'Rotorcraft' seberat 1.8 kilogram itu diterbangkan pada jam 3.34 pagi Waktu Timur dengan naik hingga setinggi tiga meter, memutarkan badannya yang hanya sebesar saiz kotak tisu dan mendarat selepas tempoh 39.1 saat.


Data serta imej daripada helikopter itu dihantar 278 juta kilometer kembali ke bumi, di mana ia diterima antena darat NASA dan diproses.





Sekumpulan jurutera pula tekun melihat paparan skrin di Makmal Penggerak Jet, California, di mana misi itu dirancang selama enam tahun.


Mereka bersorak kegembiraan selepas salah seorang daripadanya membaca senarai semak operasi berjaya dilaksanakan Ingenuity dan merumuskan: 'Ingenuity telah melakukan penerbangan pertamanya - penerbangan pertama pesawat berkuasa di planet lain.'


Pesawat itu segera menghantar balik imej skala kelabu daripada kamera navigasi menghala ke bawah, dengan memaparkan bayangan seperti pepijat di permukaan. - AFP


Ingenuity berjaya diterbangkan di Marikh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/04/808842/ingenuity-berjaya-diterbangkan-di-marikh

Pergerakan rentas negeri dengan kebenaran hanya dari isnin hingga khamis sehingga Aidilfitri


 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengehadkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan dengan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja.


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil serius peningkatan kes baharu Covid-19 sejak empat hari lalu.


"Usaha-usaha untuk mengekang penularan Covid-19 diperketatkan oleh PDRM dengan pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya membabitkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.



"Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan.


"Ini tidak termasuk bagi urusan-urusan membabitkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Acryl berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan sebarang jenis majlis adalah dilarang.


"Aturan ini akan berterusan sehingga selesai perayaan Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas," katanya.


Mengulas mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam, beliau berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.


"Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengeluarkan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan terbabit dihentikan," katanya.

Penerima punyai sistem imun badan kuat alami kesan sampingan vaksin Covid-19 lebih ketara

 

Orang muda dan wanita dilaporkan mungkin berdepan kesan sampingan lebih ketara selepas mendapat suntikan vaksin Covid-19 kerana mempunyai sistem imun lebih kuat.


Kesan sampingan yang biasa dialami termasuk sengal-sengal pada tangan, demam, pening dan keletihan.


Namun, ia tidak bermakna vaksin Covid-19 kurang berkesan pada mereka yang tidak mengalami kesan sampingan berkenaan, menurut pakar.



Penolong Profesor Hsu Li Yang, naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS), Saw Swee Hock berkata, kesan sampingan yang sering dialami seperti sakit lengan, sengal-sengal pada otot, demam, pening kepala dan keletihan adalah hasil kereaktifan, manifestasi fizikal sistem imun yang bertindak balas terhadap vaksinasi.


"Tiada kaitan secara langsung antara ketiadaan atau kehadiran kesan sampingan reaktifogenik dengan keberkesanan vaksin.


"Jadi, mereka yang tidak mempunyai kesan sampingan juga masih dilindungi oleh vaksin itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian Singapura.


Sementara itu, pakar penyakit berjangkit di Hospital Gleneagles, Dr Ling Li Min berkata, kesan sampingan seperti demam dan sengal-sengal adalah tanda baik bahawa tindak balas imun berfungsi.


"Namun, keberkesanan vaksin pada orang tua belum dapat dikaji dengan baik setakat ini.


"Secara teori, ini bermakna vaksin kurang berkesan pada orang yang lebih tua kerana kekurangan sel T yang ada dalam tubuh mereka untuk bertindak balas terhadap vaksin," katanya.


Sel T adalah sejenis sel darah putih yang bekerjasama dengan antibodi untuk menghapuskan virus Sars-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19, lapor The Straits Times.


Katanya, ia tidak bermakna warga tua tidak perlu mendapatkan vaksin, sebaliknya patut mendapatkan perlindungan dengan vaksin.


"Disebabkan sistem imun mereka yang semakin menua, (warga tua) mempunyai kemungkinan lebih tinggi mengalami simptom teruk, dimasukkan ke unit jagaan rapi atau mati jika dijangkiti," katanya.


Menurutnya, kajian di Britain menunjukkan bahawa bagi mereka yang berusia 80 tahun ke atas, vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 86 peratus dalam mencegah jangkitan simptomatik Covid-19 lebih 14 hari selepas dos kedua.


Dalam percubaan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dengan 55 tahun melaporkan mengalami kesan sampingan seperti demam, keletihan, sakit kepala dan sakit di bekas tempat suntikan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.


Vaksin Moderna juga menunjukkan trend serupa dengan mereka berusia 18 hingga 64 tahun melaporkan kesan sampingan lebih kerap berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.


Dalam kedua-dua percubaan itu, kesan sampingan lebih kerap dilaporkan selepas suntikan kedua.


Sementara itu, di Singapura, doktor berkata, mereka merawat segelintir pesakit setiap minggu yang mengalami reaksi vaksin, di mana orang muda lebih cenderung mengalami kesan sampingan yang ketara.


Doktor keluarga di Mission Medical Clinic, Dr Leong Choon Kit berkata, beliau berjumpa sekitar satu pesakit setiap hari bagi reaksi vaksin, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan pendidik yang berusia antara 20-an dan 30-an.


Katanya, beliau jarang berjumpa warga emas yang mengalami kesan serupa.


Kesan sampingan vaksin ketara jika sistem imun kuat

Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/04/696766/kesan-sampingan-vaksin-ketara-jika-sistem-imun-kuat

mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

gambar dari pakcik google

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. 

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. 

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

forwarded by: WaZZeR-AffeNdY

Punca dan Tanda Demam Denggi serta Rawatan dan Langkah Pencegahan

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Ketua Pengarah Kesihatan gesa penerima vaksin Covid-19 patuh semua langkah kesihatan awam dan SOP

 

Seramai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan dikesan dijangkiti COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sembilan kes dijangkiti dalam tempoh lebih dari dua minggu selepas dos kedua dan 31 kes lagi dijangkiti kurang dari dua minggu.


Beliau berkata, ia jelas menunjukkan langkah kesihatan awam termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dilaksanakan kerana COVID-19 masih boleh dijangkiti walaupun selepas melengkapkan vaksinasi, namun dengan gejala kurang serius.



"Seramai 142 kakitangan kesihatan pula dijangkiti selepas dos pertama, namun mereka yang dijangkiti itu mempunyai gejala kurang teruk," katanya di Facebook, di sini, hari ini.


Melalui perkongsian grafik di Facebooknya itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada 426 kakitangan kesihatan yang mengambil vaksin, 244 atau 57 peratus tidak dikesan dijangkiti COVID-19 selepas selesai program vaksinasi.


Pada masa sama, beliau berkata, mereka yang sudah menyelesaikan program vaksinasi tidak boleh mengambil ringan semua langkah kesihatan awam dan SOP.


"Meskipun vaksin memberikan sinar untuk kita melawan COVID-19, namun jangan kita membuat kesilapan dengan mengambil mudah langkah berjaga-jaga.


"Ini kerana tiada yang selamat sehingga semuanya selamat. Semua diminta untuk terus mematuhi langkah kesihatan awam 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran daripada KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).


"Selain itu, elakkan 3C iaitu jauhi kawasan sesak (crowded), kawasan sempit (confined) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close)," katanya.


Sementara itu, dalam muat naik di akaun Twitternya, Noor Hisham menjelaskan definisi vaksinasi lengkap adalah hanya selepas dua minggu seseorang itu menerima suntikan dos terakhir atau dos kedua.


Sehingga Khamis lalu, seramai 434,301 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, seramai 671,589 individu menerima dos pertama sehingga Khamis lalu, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 1,105,890.


40 kakitangan KKM dijangkiti COVID-19 selepas selesai vaksinasi

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807772/40-kakitangan-kkm-dijangkiti-covid-19-selepas-selesai-vaksinasi

Jumlah kematian dunia disebabkan jangkitan Covid-19 lepasi angka 3 juta

 

Angka kematian COVID-19 global melebihi tiga juta ketika negara dunia berlumba melaksanakan program inokulasi secara besar-besaran.


India umpamanya masih berjuang menangani peningkatan mendadak kes coronavirus walaupun negara itu adalah pengeluar utama vaksin di dunia.


Virus yang muncul pada akhir 2019 di Wuhan, China itu kini sudah menjangkiti 140,430,379 mangsa dan mengorbankan 3,010,133 nyawa di 219 negara di seluruh dunia serta mengakibatkan ekonomi global terjejas teruk.


New Delhi, menjalani perintah berkurung hujung minggu ini ketika negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu berdepan lebih 200,000 kes jangkitan harian.


Di Jepun, peningkatan kes menimbulkan kebimbangan Sukan Olimpik yang ditunda tahun lalu kerana wabak mungkin akan dibatalkan.


Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, dalam pertemuan pertamanya dengan Presiden AS, Joe Biden, berkata kerajaannya mendengar nasihat pakar dan melakukan yang terbaik untuk menganjurkan temasya terbabit Julai ini.


Persiapan juga sedang dibuat untuk mengadakan acara sukan global lain seperti Piala Dunia di Qatar tahun depan, namun semuanya bergantung kepada keadaan semasa yang dipengaruhi pandemik COVID-19.


Negara Teluk itu sedang berunding dengan pembuat vaksin untuk memastikan semua peminat yang menghadiri Piala Dunia 2022 di negara itu disuntik vaksin. - AFP


Kematian global COVID-19 melebihi 3 juta

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/04/807763/kematian-global-covid-19-melebihi-3-juta

Istiadat pemakaman Putera Philip, Duke of Edinburgh diadakan secara tertutup disebabkan pandemik Covid-19

 

Ratu Elizabeth II akan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada mendiang suaminya, Putera Philip pada pukul 10 malam ini (waktu Malaysia) dalam majlis pemakaman yang dibatasi peraturan koronavirus, namun tetap memperingati  jasa baginda yang amat besar dalam perkhidmatan awam dan pasukan tentera.


Majlis yang cuma dihadiri 30 orang di pekarangan  Istana Windsor, barat London itu ditonton berjuta-juta penonton televisyen dengan orang ramai diminta tidak berkumpul kerana pandemik.


Bagaimanapun, orang awam terus membanjiri lokasi sekitar Windsor yang mendorong halangan didirikan di sepanjang laluan siar kaki menuju ke pintu pagar istana lengkap dikawal pasukan polis beruniform.


Ieuan Jones, 37,  melakukan perjalanan dari bandar tempat tinggalnya di ibu negeri Wales, Cardiff untuk memberikan penghormatannya. Dia menggelar Putera Philip ‘lelaki gagah’  dan  ‘wira sejati’  yang banyak berjasa kepada negara dan kerabat diraja Britain.



“Satu kekecewaan kerana disebabkan pandemik, kita tidak dapat memberi penghormatan beramai-ramai kepada lelaki hebat tersebut,” katanya kepada agensi berita AFP.


Di Istana Buckingham yang menjadi kediaman Ratu Elizabeth, tengah London, Cef Santosh Singh meletakkan bunga tulip berwarna ungu untuk menandakan berakhirnya sebuah era.


“Saya sayang keluarga diraja. Saya anggap mereka menakjubkan. Sungguh menyedihkan kerana semua ini akan berubah,” kata cef berumur 57 tahun tersebut.


Dalam pada itu, majlis memperingati Putera Philip turut diadakan di Sweden dan Denmark manakala burung-burung daripada Persatuan Merpati Lumba dibebaskan dari Memorial Arboretum Nasional di tengah London.


Putera Philip yang memakai gelaran Duke of Edinburgh, disifatkan oleh kerabat diraja sebagai ‘datuk negara’. Baginda mangkat pada 9 April lalu ketika berusia 99 tahun dan beberapa minggu selepas dibenarkan keluar setelah menjalani rawatan hospital selama  sebulan akibat masalah jantung serta jangkitan.


Pasangan monarki Britain yang paling lama berkhidmat itu sentiasa berada di sisi Ratu Elizabeth II semasa baginda bertakhta sejak tahun 1952 apabila Britain membina semula negara daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua dan empayarnya mula berpecah.


Kematian baginda selepas perkahwinan diraja selama 73 tahun meninggalkan ‘kekosongan mendalam’ dalam hidup Ratu Elizabeth II, kata anak kedua pasangan monarki tersebut, Putera Andrew hujung minggu lalu. – AFP 


Istiadat pemakaman Putera Philip sebentar lagi

Pautan : https://www.kosmo.com.my/2021/04/17/istiadat-pemakaman-putera-philip-sebentar-lagi/