200 tan kerang gergasi bernilai AS$25 juta diternak secara haram dirampas

 

Pihak berkuasa Filipina merampas 200 tan kerang gergasi bernilai AS$25 juta (RM103 juta) dalam serbuan di wilayah barat Palawan, semalam.


Hidupan laut itu diternak secara haram, menjadi rampasan terbesar hidupan berkenaan di negara itu tahun ini.


Ahli konservasi alam sekitar menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan perdagangan haram hidupan laut itu yang kini semakin terancam.



Kerang gergasi itu menjadi pengganti gading gajah yang kini perdagangannya mendapat bantahan masyarakat global.


Filipina adalah negara yang memiliki spesies kerang tropika terbesar di dunia.


Penguat kuasa maritim berkata, empat suspek sudah ditahan di kawasan pedalaman di sebuah pulau di Laut Sulu.

"Mengambil kerang gergasi di habitat asalnya adalah menjadi kesalahan yang boleh memberi kesan kepada hidupan laut itu.


"Tindakan itu juga akan memberi kesan berterusan kepada ekosistem dan generasi akan datang," katanya.


Beliau menyatakan, kerang yang dirampas itu termasuk spesis Tridacna gigas, kerang terbesar di dunia.


Membesar sehingga 1.3 meter dan berat hingga 250 kilogram, ia menjadi perumah kepada alga marin yang menjadi sumber makanan asas bagi banyak spesies ikan yang dimakan oleh manusia.


Ahli konservasi menyatakan cengkerang kerang raksasa digunakan sebagai bahan alternatif untuk produk bermula dari anting-anting hingga candelier kerana gading perdagangannya mendapat bantahan masyarakat global.


Fabello berkata, perdagangan haram kerang raksasa telah berkembang di Palawan dan beberapa kawasan lain di Filipina dalam tiga tahun kebelakangan.


Membunuh spesies yang terancam boleh dihukum penjara hingga 12 tahun dan denda hingga satu juta peso (RM85,360) di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar negara itu. - AFP


Rampasan terbesar kerang gergasi AS$24.8 juta

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2021/04/807872/rampasan-terbesar-kerang-gergasi-as248-juta

0 comments:

Catat Komen

Thanks for your comment.