20 Apr 2021

Ingenuity helikopter mini pertama terbang sehingga ketinggian 3 meter di Marikh

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat (AS) berjaya menerbangkan helikopter mini Ingenuity di Marikh, awal pagi semalam.


'Rotorcraft' seberat 1.8 kilogram itu diterbangkan pada jam 3.34 pagi Waktu Timur dengan naik hingga setinggi tiga meter, memutarkan badannya yang hanya sebesar saiz kotak tisu dan mendarat selepas tempoh 39.1 saat.


Data serta imej daripada helikopter itu dihantar 278 juta kilometer kembali ke bumi, di mana ia diterima antena darat NASA dan diproses.





Sekumpulan jurutera pula tekun melihat paparan skrin di Makmal Penggerak Jet, California, di mana misi itu dirancang selama enam tahun.


Mereka bersorak kegembiraan selepas salah seorang daripadanya membaca senarai semak operasi berjaya dilaksanakan Ingenuity dan merumuskan: 'Ingenuity telah melakukan penerbangan pertamanya - penerbangan pertama pesawat berkuasa di planet lain.'


Pesawat itu segera menghantar balik imej skala kelabu daripada kamera navigasi menghala ke bawah, dengan memaparkan bayangan seperti pepijat di permukaan. - AFP


Ingenuity berjaya diterbangkan di Marikh

Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2021/04/808842/ingenuity-berjaya-diterbangkan-di-marikh

0 comments:

Catat Ulasan

Thanks for your comment.